Tuesday, May 30, 2017

NIK ABDUH TUNJUK PEKONG

Sebab musabab pas jilat kahaknya sendiri sudah dikenalpasti.

Bukan salah umno,  sekadar ubahsuai sedikit skrip... Pas terjun sendiri dengan labu labunya, dibuai angan2..

Tidak ada seorang umat Islam pun membantah RUU355 tetapi beberapa penjelasan perlu dibuat sebelum sokong membuta tuli dan akhirnya memalukan umat Islam jika perlaksanaannya kucar kacir dan hukuman tanpa jelas dalilnya.
RUU355 bukan milik pas atau umno untuk diubahsuai sembarangan.

Tidak ada siapa yang kafir atau munafik jika tidak menyokong RUU355 yang kabur,  lebih bimbang RUU355 lebih kepada politik mencari nama dan publisiti murahan,  setakat ini itu yang mereka raih.

Baru pembentangan,  belum bahas, belum lulus.. Riuh sekampung..

Isu umat Islam yang lebih besar dari RUU355, skandal 1mdb lebih wajar diberi keutamaan,  untuk dibahas dan diselesaikan.. Isu 1mdb melibatkan pemimpin Islam,  sekelompok umat Islam yang bersekongkol dan melibatkan maruah umat Islam Malaysia,  apakah itu tidak penting (?)

Bagaimana RUU355 mahu dilaksanakan jika umat Islam belum terdidik dengan sempurna soal skandal,  rasuah,  derma dan kelepek (?)





Apakah pendirian rasmi pas sama dangkalnya dengan pandangan nik abduh (?)

PEMIMPIN UMNO HANYA BERCAKAP SEHALA

Dalam beberapa group whatsapp umno dan proumno terdiri dari pemimpin,  bekas pemimpin dan pegawai jasa dan komunikasi kementerian yang sudah tentu berperanan menyampaikan maklumat bertaraf "harum manis" dan "angin syurga".

Secara jelasnya walaupun semua itu masih ahli umno,  sayang umno tetapi sebahagiannya tidak membutatuli sokong kepimpinan sekarang yang membawa maksud berpotensi untuk tidak mengundi umno atau bn bergantung kepada isu semasa atau calon.

Sesuatu yang jelas,  pemimpin ini copy paste info atau memberi pandangan mereka sendiri tetapi puratanya dalam bentuk sehala. Apabila diberi komen,  dikritik,  dipersoal,  ditanya 99% membisu,  tidak memberi respon.

Mereka sekadar nak tunjukkan pada boss dah buat kerja,  sendiri tak faham isu dan lebih jelas mereka yang kononnya bertaraf pemimpin takut untyk berhujah,  takut dimalukan dengan fakta sekadar propaganda.

Copy paste maklumat yang disampaikan sebenarnya sampah dan akar umbi termasuk pemimpin bahagian dan cawangan tidak akan menerima bulat bulat info dangkal dan temberang.

Nyata umno makin dimakan anai anai kerana pemimpin lari dari memberi jawapan,  takut berhujah dan hilang integriti.

Mana mana yang cuba berhujah,  dianggap pro pembangkang,  Ada Kat nsur sindiran dan ugutan tetapi hujah tidak berjawab juga.  Lebih lucu,  ada yang mempromosi diri sendiri.. Ada yang teringin jadi calon, ada yang teringin jadi MB..

Di sesetengah group,  Ketua Bahagian, Exco Negeri, Ketua Penerangan Negeri,  Pengarah Komunikasi dikritik secara membina tetapi masih membisu (?)
Kalau mereka tiada jawapan,  bagaimana pemimpin setempat dapat menjawab persaolan ahli dan orang sekelilng..

Walaupun BERSATU seperti terkena sindrom dan jangkitan ahli keluar parti tetapi secara diam dan sudah lama,  umno juga sedang mengalami..

BAB MAKI DAN LABEL, PEMIMPIN UMNO PUN TAK MACAM TU...






Yang Di Pertua PAS Gombak.




# Pemimpin umno perlu berhati hati dari dijangkiti.

Monday, May 29, 2017

BOLEH BANTU TAK TANPA IMBUHAN...

Ada sesiapa yang boleh bantu,  bantu dengan ikhlas,  tanpa imbuhan.. 

Bantu nyatakan,  senaraikan fakta 1MDB yang boleh dibanggakan dan peranan PM sehingga ia begitu "sukses"..

Sangat penting,  sebab cuti raya nanti balik kampong,  kalau makcik bedah tanya,  paksu mat soal,  boleh gak aku jawab. 


Anyone!!! 



Saturday, May 27, 2017

Friday, May 26, 2017

TULIS BUKU DAP BAHAYA, SELESAIKAH MASALAH MELAYU DAN ISLAM (?)

Ramadhan Pertama


Nak tanya sikit,  di mana patriotiknya  negara ini diuruskan oleh umno dengan cara kekal,

pertahankan dan tingkatkan kepentingan Melayu dan Islam.
(Jawab dengan hujah,  bagi fakta sikit.)


Bukan sahaja cara baru,  pendekatan baru tetapi jiwa baru Melayu dan Islam pun tidak kelihatan,  masih ditakok lama,  sekadar mewarisi apa yang sudah dilakukan terdahulu.
(Tak payah sebut le kalau benda tu hanya ditokok tambah dari apa yang pernah dibuat sebelum ini) 

Peluk pak arab walau 7 kali dalam masa sebulan pun  bukan tanda Islamik.. 


Cukup ke riuh rendah RUU355 yang sekadar dapat dibentang menjadi kebanggaan (?) dan cukup ke sekadar tulis buku, DAP Bahaya dapat mempertingkatkan Melayu dan Islam.. 


Setakat tu saja ke (?)
Jangan emo,  cer citer dengan fakta.. 




# Sewajarnya DAP mengambil tindakan undang2 terhadap penulis dan puak2 tertentu.. 
Bagaimana nanti kalaulah seorang cina tulis pula buku BAHAYA UMNO DAN LOBAI? 

Kenapa sesuatu yang menggugat perpaduan dan isu perkauman lagi sensitif seolah sengaja dibenarkan, apa motif? 

Thursday, May 25, 2017

ANDA TANYA #NAJIB JAWAB# ELOK BUAT

Bukan sahaja pada bulan Ramadhan, tetapi setiap bulan,  setiap tahun dan selama hayat dikandung badan kena buat benda baik yang disuruh Allah dan tinggalkan segala kemungkaran. 

Kalau bahasa ayat tersebut di arabkan sikit baru nampak Islamik,  begitulah kita dikelirukan oleh sesetengah pihak sedangkan maksudnya sama.. 

Berbalik kepada keutamaan Ramadhan, tetap tidak dapat menghalang cakap dan politik berterusan malah kemungkinan lebih hebat lagi. 

Antara perkara mengelakan fitnah berterusan terhadap PM tercinta dan kerajaan adalah mengadakan dialog terbuka secara langsung, telus dan santai antara rakyat dengan PM dan Menteri. 


Seharusnya pemimpin pembangkang terutama yang bukan ahli parlimen,  ngo dan individu turut dijemput hadir untuk berdialog dalam keadaan sopan dan terkawal.  Sudah tentu majlis ini perlukan moderator team yang tested dan berpengalaman. 

Ala rosyam nor,  ala mat over,  ala david teoh wajar ditiadakan. 

Jika keberanian dan keterbukaan ini dapat dilaksanakan,  sudah tentu kerajaan dapat menangkis banyak perkara.  Kesilapan dan kelemahan kerajaan memang ujud tetapi berlapang dada lah dengan teguran rakyat selari dengan pemimpin tahu semua,  betul semua sudah berakhir. 

Jika sekadar cakap sehala,  bantai pembangkang,  bantai Tun - rakyat dah bosan. Rakyat nak lihat persembahan dan pendekatan baru. 

Ini cakap hari Junaat. 



Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...