Monday, August 14, 2017

SIAPA PIHAK KETIGA YANG SABOTAJ

Masih ramai lagikah yang berminat untuk bercerita tentang kekecohan di N2H02..

Aku masih berpendirian ia bukan dilakukan oleh macai umno.. Tetapi aku hairan kerja haram,  kerja salah,  kerja bodoh ini disokong sepenuhnya oleh macai umno sekadar bencian semborono kepada Tun dan kebangkitan PH.

Sikap mereka ini menyebabkan persepsinya macai umno yang lakukan, mereka patut marah kepada sikap mereka sendiri. 

Tambah low class,  blogger umno memberi pelbagai alasan bangang untuk menjustifikasikan kekecohan tersebut. Mungkin untuk menarik perhatian pengunjung yang sudah merosot 300%

Penganjur N2H02 perlu mengakui kesilapan dan kelalaian mereka sendiri kerana pihak polis sudahpun memberi taklimat dan peringatan. 
Lebih pelik 42 anggota polis yang turut hadir tidak dapat menghidu penjenayah amatur yang berkeliaran dan tangkapan pun dibuat oleh orang awam dan menyerahkannya kepada pihak polis (?)

Bagi yang munuduh armada yang merancang,  Muhyiddin dah jawab, sewel. 
Ada lagi ke dalam blog ini yang suka jadi sewel? 

Jika macai umno pun bukan, armada pun bukan,  siapakah pihak ketiga.. 

Sekali lagi, jangan jadi sewel kalau mahu menuduh mana mana parti politik (?)
Kena ada sedikit fikiran di luar kotak.

Hanya yang pandai menganalisa sahaja tahu,  siapa punya perancangan, siapa yang ikut arahan dan yang melakukannya pun kita sudah tahu.. Tak perlu lah panggil james bond siasat. 

Tajuk ini tidak perlu dikomen. 


BIASANYA AKU JARANG BERSETUJU DENGAN MUHYIDDIN TAPI KALI INI 100% SOKONG


Hanya ada seorang dua pemimpin umno yang masih waras mengutuk keganasan tersebut, majoriti yang lain seolah turut menyokong kerja haram dan mungkar semata mata untuk memuaskan nafsu politik yang sempit.. 


HISHAMUDDIN SUDAH WARNING..

Tabik spring kepada Hisham yang pada peringkat awalnya dilihat ehsan ketika dibawa masuk umno dan tidak juga menampakan harapan sebagai pemimpin terpenting tetapi akhir akhir ini menjadi paling harapan dan paling berkuasa. 

Hisham diramal tewas naib presiden umno jika bukan tangan kotor mencampuri dan jika Tun Dr Mahathir mengutamakan kepentingan peribadi dan jadi kuku dengan jari kepada Najib,  Mukhriz sudah mendarat sebagai Naib Presiden undi terbanyak,  bukan wak zahid. 



Walaupun mukhriz tewas naib presiden ia tetap tidak memberi cahaya kepada Hisham sehinggalah Mukhriz (diamond)  dipecat umno,  barulah kaca kaca lain dilihat bersinar. 

Atas malapetaka yang berlaku kepada Najib,  satu satunya cara daripada umno terus tidak bocor adalah melantik zahid sebagai TPM walaupun yang paling selamat untuk Najib adalah Hisham. 

Dan hari ini jika ada gerakan Hisham sebagai Timbalan Presiden sekaligus melayakannya secara tradisi sebagai Timbalan Perdana Menteri ia bukanlah menyalahi sesiapa pun kerana pada asalnya pun ia wajar jadi milik Hisham. 

Apabila Hisham nyatakan bahawa tiada tempat bagi tukang kipas, sekaligus ia menepati apa yang berlaku sekarang,  tidak perlu berwalaa berulangkali hingga nak termuntah kita mendengarnya. 
Mungkin Hisyam patut juga bagi warning kepada pemimpin yang kena kipas,  jangan lalai dan terlebih syok. 

Apapun jika umno tewas PRU,  ramai pemimpin tertinggi ummo dan ketua ketua bahagian dijangka terdedah kepada siasatan dan buruan untuk mendapatkan semula wang 1mdb. 

Yang layak terus memimpin umno mungkin Noh Omar atau JJ. 


# Rujuk gambar Hisham - bahasa badannya,  dia boleh imbangi dan kuasai tukang kipas dan yang kena kipas. 


Sunday, August 13, 2017

TUTUP MULUT TUN ADALAH KERJA YANG PALING SENANG

Apa yang Tun mahukan adalah jawapan berbentuk penjelasan fakta  yang boleh diterima akal atau sehingga sudah tidak ada persaolan atas persaolan.. 

Saolan dari Tun,  jawapan untuk rakyat nilaikan.. 

Once for all,  cara yang paling baik adalah bersemuka, face to face, one to one atau bawalah gang dan team sebanyak manapun.. Dan benarkan Tun ditemani Muhyiddin,  Tony Pua. Rafizi dan Mujahid Yusuf Rawa. 

Jika rasa team yang dibawa kurang cukup kuat, bawa sekali AG,  KPN,  Ketua Hakim, Ketua Audit Negara,  Pengerusi PAC,  SPRM, LHDN, ROS dan lain lain. 

Buat secara tertutup tetapi lebih baik secara terbuka dan siaran langsung di media.. 

Jawab semua persaolan Tun sehingga dia kehabisan idea dan saolan!!! 


Tapi setakat ini apa pendekatan yang diambil (?)  serang Tun  !!!!!!!  Tak ke bangang namanya tu... 


# Apa yang rakyat lihat,  kerajaan tidak ada jawapan fakta secara telus dan telah berlaku salahguna,  seleweng dan pecah amanah tetapi enggan mengakuinya. 
Serang Mahathir walau sehingga dia dipenjara sekali pun tidak akan boleh memadam penjelasan yang rakyat mahukan. 
Hatta jika Mahathir mati pun,  Tun akan bangun dari kuburnya menuntut kebenaran.. 

CONTOH POLITIK TAK MATANG DARI SI BARAN

Buatlah sedikit analisa dan beri komen, adakah komen anda juga dalam frasa tidak matang dan tidak universal. 

Dari awal lagi si fariz ini tidak matang,  berpecah belah sedara dan kawan² kerana isu yang bukan pun berkait langsung dengan kehidupan mereka. Berbeza pendapat tidak perlu sampai terputus si raturahim. 

Apabila sendiri terperangkap dengan emosi sendiri,   bukan Tun,  bukan Anwar, bukan Najib yang perlu dipersalahkan.. 

Carilah keutamaan,  bukan kesempurnaan. 





# Farid memang datang secara terancang untuk bertanya saolan perangkap dan balik selepas bertanya,  dia tiada hasrat pun untuk duduk lebih lama tidak kira apapun jawapan Tun.
(isteri dan anaknya tunggu dalam kereta...) 

YANG SERANG MAHATHIR UMUR 17, 18 DAN 19, APAKAH MEREKA INI BERCITA CITA JADI PM

Berdasarkan penangkapan ke atas remaja remaja ini sangat mudah untuk kita sifirkan,  mereka diupah. 

Seusia ini,  apa yang mereka tahu tentang politik dan perjuangan, tentang memali dan sebagainya. 

Tahap ekonomi negara yang merudum memaksa budak budak ini menerima apa saja jobs. 

Sudah tentu PDRM mampu menjejakinya hingga ke lubang cacing. 

PARTI BUNGA BUKAN TANDINGAN UMNO

MANIFESTASI KETAKUTAN

Bila dah mengaku dan sebut "bukan" memang confirm sedang menggoncangkan umno..

Kalau itu pengakuan ketua puteri atau ketua cawangan, bolehlah dianggap biasa. 
Kalau itu saolan wartawan tepi longkang, bolehlah dianggap setakat melayan. 
Tetapi kalau itu luahan Presiden di hadapan perwakilan umno bahagian di negeri yang bakal tumbang tentulah serius dan membimbangkan. 

Tahniah PH dan BERSATU

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...