Tuesday, September 19, 2017

AZMIN DIGESA BERHENTI CARI...

NO KATAK DI DUN SELANGOR...

Tak sangka, minggu lepas, seminggu kami sekampung gelak terguling guling di padang bola PKNS, dan lepas tu sambung lagi 3 hari, ketawa berdekah dekah kat lobby KLIA Perlepasan Antarabangsa..

Tahniah pada otai madtaib yang pandai mengayat, menggelecek lepas tu kencing kat muka depa, lepas kencing, terbang ke london sekeluarga... Aku rasa dia pun terkekekkekek sepanjang penerbangan..



Monday, September 18, 2017

TIPS KESIHATAN TUN M

Aku tau ramai yang akan baca santai apa sahaja tentang Tun ( manusia hebat, insyaAllah ) walaupun kurang bersetuju dengan Tun dalam beberapa perkara.. Raikan perbezaan...

Dalam satu pendapat..Tun meraikan apa sahaja gelaran buruk yang diberikan oleh musuhnya...katanya itu tentu satu keperluan kepada musuh untuk memusuhi dan melawannya....itu kot namanya berlapang dada dan sekaligus menolak anggapan beliau tidak boleh dikritik...

Tips kesihatan yang baik bukan sahaja datang dari pemakanan yang seimbang tetapi untuk kekal sihat adalah atas kebahagian keluarga, sikap dan melakukan yang terbaik untuk negara...

Kalau asyik membohong, menipu rakyat, memang sakit sokmo..




















Pada satu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Amir tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Jin Tasik kepada Pak Amir.

Jin Tasik: "Kenapa dengan kau?"

Pak Amir: "Kapak aku terjatuh ke dalam tasik."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"

Pak Amir: "Tidak."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"

Pak Amir: "Tidak."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak berlian.

Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"

Pak Amir: "Tidak, kapak aku buruk sahaja."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"

Pak Amir: "Ya, itulah kapak aku."

Jin Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur itu lalu memberikan keempat-empat kapak itu kepadanya.

Pada hari yg lain pula. Pak Amir mencari kayu api di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Amir susah hati. Maka datanglah Jin Tasik kepada Pak Amir..

Jin Tasik: "Kenapa kau bersedih?"

Pak Amir: "Isteriku jatuh ke dalam tasik."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama Nora Danish.

Jin Tasik: "Inikah isteri kau?"

Sambil menangis Pak Amir menjawab... "Ya.."

Jin Tasik pun marah, 

"Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi lupa daratan & penipu?"

Sambil menahan pilu Pak Amir menjawab, 

"Aku bukan lupa daratan atau penipu... 
Kalau aku kata 'tidak' pada Nora Danish... kau akan bawakan pula Erra Fazira... kalau aku katakan 'tidak', kau akan bawakan pula Emma Maembong... kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku... Dan bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka berempat padaku... Aku yang dah tua lg kencing manis ni tak mampu nak tanggung semua..."
.
.

Moral of the story... jagalah kesihatan... jgn sampai tak cukup rehat, tak lena tidor malam, hutang keliling pinggang, dihantui...kena kencing manis.... rugi wooo!😂!😝!😅
Hati nak bersih, jangan asyik nak rcikan orang je..


SAKSI KE 24 SELESAI











Penubuhan RCI kerugian Forex BNM menyaksikan kehadiran saksi ke 24 untuk memberi keterangan atas semua pertanyaan.
Asas RCI adalah siasatan dan bukannya perbicaraan dan dua perkara ini perlu difahami dan ada perbezaan.

Saksi mempunyai beberapa hak di sisi undang² termasuk pilihan untuk membwri keterangan.

Saksi ke 24 telah menjawab dihadapan Panel RCI berasaskan kemampuan pengetahuannya kerana ianya sudah berlaku 30 tahun yang lampau dan perlu merujuk beberapa dokumen yang relevan.

Yang paling penting saksi ke 24 menjawab bagi pihak dirinya sendiri dan menjawab #bukan mengikut kehendak pihak lain, #atau menjawab untuk menghiburkan mana² pihak #atau menjawab seperti yang dihendaki oleh pihak lain.

RCI telah ditubuhkan atas kehendak dan kepentingan pihak tertentu, jika ada dakwaan atas kehendak rakyat, RCI 1MDB juga wajib.
Saksi ke 24 dipanggil pun atas pertimbangan perlu atau tidak kerana beliau tiada kaitan secara langsung terhadap urusniaga.

Keterangan saksi 24 adalah sebahagian dari keterangan yang akan diambilkira sebagai laporan penuh RCI.



# Gambar menunjukan saksi ke 24 dalam keadaan santai dan diramah mesra.

8 SAOLAN JIKA DIJAWAB AKAN MERUNTUHKAN PAS

8 saolan Tun ditujukan kepada PAS dan jika dijawab kesemuanya dengan telus tanpa tamsil ibarat, ia hanya akan menggoyang dan meruntuhkan parti tersebut.

8 saolan yang akan menyaksikan jawapan yang lari dari persaolan.

8 saolan yang akan menghasilkan 1001 jawapan dari 1001 pemimpin dengan 1001 perbezaan.

8 saolan yang tidak ada satu pun pemimpin yang menjawabnya dengan tertib satu persatu.

8 saolan yang kita boleh jawab berdasarkan ilmu yang ada kerana Islam bukan milik PA5, milik semua.

Apa helah PAS kali ini.







# Jika ada yang nak berkomentar, pastikan siuman.

Sunday, September 17, 2017

BELUM ADA REZEKI TINGKAP

KEMASKINI 1831

Berita pengambilalihan DUN Selangor oleh kerajaan baru dikatakan tidak mungkin terjadi kerana kesetiaan mereka kepada parti.

Kalau macam tu, macam ada yang kena kecing je...


.........



Simpati juga bila khabar angin meniup akan ada perubahan di DUN Selangor seiring kemasukan semula mike tyson kedalam umno tidak menjadi kenyataan seperti dirancang.
Belum ada rezeki masuk ikut tingkap.

Kenalah beradab masuk ikut pintu (PRU14) sesuai dengan kekuatan yang selalu sangat dicaikan.



# Berdasarkan kajian dan kejian rakyat, umno akan merosot kerusi DUN (sekarang 12) Selangor samada pertandingan tiga atau dua penjuru di PRU14.
Jika analisa itu tidak tepat, sudah tentu umno hanya tunggu PRU14 untuk menguasai Selangor, tidak perlu pintu belakang.

MERAIKAN PERBEZAAN PENDAPAT....BUDAK BUDAK NAJIB TAK BUAT HOMEWORK KE


Bawa masuk Ibrahim Ali semula ke umno lebih value added.




TIDAKKAH KERAJAAN, UMNO DAN RAKYAT PERLIS RASA TERHINA

KEMASKINI 12:17 180917
Pemerhatian ke atas media pro umno, tidak semua mengalu ngalukan kemasukan semula Muhammad Taib.

Ada dua kemungkinan:
Merosakan strategi umno Selangor untuk tawan Selangor dan bukan mudah untuk Muhammad di ajak bersama memandangkan dia bekas ahli PKR.
Kemungkinan keduanya: Merancak lagi majlus² penerangan umno di luar kawasan bandar.





Difahamkan Zahid memendekan lawatan dan membatalkan beberapa program di Perlis yang sudah diatur awal, tergesa gesa pulang semata-mata kerana untuk meraikan mat taib yang kembali ke pangkuan  umno semula.
.
Apakah seseorang seperti mat taib yang tidak punya jadi diri kesetiaan kepada umno begitu penting dan dihargai umno berbanding dengan seluruh ahli umno Perlis yang bertungkus lumus setia pada umno dan disokong rakyat.




Apakah perkara semudah ini, maruah umno dan kerajaan perlis tidak ada nilai buat Zahid dan kenapa Shahidan Kassim gagal memberi peringatan kepada Najib.

Berhubung kemasukan semula mike tyson ke umno...
Komen Tun - apa yang nak kecoh sangat hingga perlu pengumuman khas.
Komen pelbagai media - buang masa menunggu sidang akhbar yang sangat kecil nilai berita
Komen Azmin - kahkahkah..


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...