Wednesday, July 4, 2018

NASIB PENERIMA DEDAK TAKKAN SAMA DENGAN PEMBERI DEDAK..

Siapa yang sambut kepulangan Jamal Yunus dari Indonesia yang diiringi PDRM (?)

Berapa pula jumlah peguam yang akan mempertahankannya. 
Sudikah Peguam 9 Juta turut bersama. 

AG WAJAR TERUS BERBAHASA INGGERIS..

Betapa hipokriknya Melayu...
Betapa hipokriknya umno.. 

Kenapa sebut AG tak sebut PN.. Sendiri pun hipokrik. 
Kenapa sebut umno untuk united malays organisation dan bukannya PEKEMBAR...dasyat betul munafik dan hipokrik.

Selagi kemahiran dan kefasihan bahasa inggeris (dengan izin)  itu penting untuk ketelusan undang² dan keadilan...teruskan,  lagipun kes najib meliputi antarabangsa. 
Ingat lagi kes MH370, berabuk Hisham speaking london,  mana puak ni???? Puak hipokrik... 

Jika ada pertikaian,  versi bahasa inggeris akan digunapakai - itulah pra syarat perundangan kita - jangan hipokrik melampau lampau. 


# Bila tengok pemain sarkas di mahkamah semalam,  terpekik terlolong dari kapal lanun, rasanya makin malu aku nak berbahasa melayu, 
Kalau nak berbahasa Melayu - sekurang kurangnya biarlah macam Rais Yatim. Tommy Thomas pun akan hormat, bukan setakat hormat kepada bahasanya,  tetapi ilmunya,  akhlaknya. 

SEMUA WAKIL RAKYAT SILA BEREBUT UNTUK BEKERJA KEPADA RAKYAT...

Jangan siang malam masih membebel pasal tak dapat jawatan,  yang kecewa adalah individu tetapi janji datangnya dari pemimpin utama kamu dan parti. 

Yang dilantik bukan sampai kiamat. Cukuplah dua tahun,  rombak semula,  buang yang busuk. 

Sudah jadi kerajaan jangan cakap lagi tentang mahu lebih, hak bangsa dan ugama jelas dalam perlembagaan. 

Melayu juga,  tiada simpati kalau kamu malas, tidak berakhlak,  tidak amanah. 

Islam itu sudah cukup sempurna seluruh alam,  yang kalutnya sikap orang Islam yang menyempitkannya. 

Selepas diberi kepercayaan menjadi kerajaan,  lakukanlah yang terbaik.  

Rakyat sudah tiada lagi tolak ansur dan memberi peluang kamu berpuluh tahun seperti sebelum ini. 

Selepas 100 hari,  tiada lagi alasan menyesuaikan diri,  tiada alasan kami kerajaan baru.

Sekarang kerajaan diharapkan.. 
Besok jangan kena tendang. 





Dulu berlagak sombong dengan Melayu,  now they cry for malay..
Dulu kata,  tanpa umno melayu akan jadi bangsat,  rupanya umno jadi bangsat,  murahan dan low clas,  haprak bila melayu tak sokong. 







JADI PEMIMPIN BIARLAH JANTAN


Masa ada duit berkepok dalam akaun,  masa ada kuasa,  cakap macam guruh.. Panglima,  pahlawan semua mengaku.. 

Bila sikit kena dakwa,  telor macam kena clamp.. 
Saya dianiaya... 
Konspirasi.. 
Persepsi.. 

Poodah.. 
Wei... Bangun lawan,  cakap biar semangat. 
Penyokong pun kena disiplin.. Perkarangan mahkamah bukan zoo,  sarkas,  karaoke.. 

Beradab sikit,  jangan lagak samseng.. 
Samseng idola pun dah kena cekup. 

Tuesday, July 3, 2018

NEXT: UMNO PERLU DIBATALKAN / MUHYIDDIN DAN KERAJAAN TIDAK PERLU LAGI BERALASAN / BIKIN BIAR SERUPA CAKAP SEBELUM DAN SELEPAS PRU14

BETUL KAH NAJIB TAK CUKUP MASA MEMPERTAHANKAN DIRINYA SENDIRI...

Antara fakta:

Najib tahu dia akan didakwa,  dia tahu apa jenayahnya?

Segala tuduhan skandal ke atasnya bukan baru,  sejak 2013, bukan selepas dia kalah PRU14, apakah belum cukup masa kalau semua itu bukan satu kebenaran yang tidak boleh ditangkis?

Diajak ke mahkamah beberapa kali oleh beberapa pihak,  kenapa enggan malah menyalahguna proses undang² untuk mengelak dan menghalang?
Malah soalan 1MDB,  dihalang dengan pelbagai alasan.

Ribuan kali Najib dituduh penyangak besar oleh Tun,  kenapa tidak saman fitnah,  saman mempertahankan diri?

Najib Razak,  atas semua pembohongan kamu,  kalau 100 kali berbohong,  kamu perlukan 1000 pembohongan untuk cuba menutupnya.

Ingat lagi,  nasihat kami: bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru.

Pesan orang bijak pandai: sepandai pandai tupai melompat..


# Proses siasat tangkap dakwa penjenayah adalah juga proses keadilan.
# Layanan istimewa atau pengampunan yang tiada relevan adalah pengkhianatan.




Klik DAKWAAN KE ATAS NAJIB LEWAT JIKA DIBANDINGKAN DENGAN HUGE DAMAGE HAS BEEN DONE

UCAPAN² LONGKANG BUDAK² BARU TUMBUH GIGI POLITIK DI DEPAN SPRM PUTERAJAYA...



life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...