Monday, March 1, 2010

Projek Barisan Nasional - Nik Aziz mengamuk tak dapat nama..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm
02/03/2010 2:02pm
KOTA BAHARU 2 Mac - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini hangat seketika apabila beberapa wakil kerajaan membangkitkan tindakan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTDL) membelakangkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan peserta semalam.
Majlis pelepasan perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia yang memulakan peringkat pertama dari sini ke Kuala Berang sejauh 174.5km itu disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.
Ketika ditemui di luar Dewan, beliau (Abdul Fatah) berkata, kerajaan negeri akan menilai semula peranannya dalam memberikan kerjasama pada masa akan datang. - Bernama

Apa sangatlah nak direbutkan tu... kedua dua pihak dah macam kemaruk nama dan kuasa..
Rakyat dok tonton ni...

3 comments:

  1. Itu je yg pemimpin melayu Kelantan dok berebut? Tak ada ke yg duduk dan fikir secara serius camne nak bangunkan negeri Kelantan yg kurang serba serbi ni? Pemimpin melayu belah UMNO dok fikir nak kayakan diri dgn projek2 manakala pemimpin melayu belah PAS dok terkebil-kebil tak tau nak buat lagumana, kononnya atas alasan kerajaan tak dak duit, mana boleh buat sesuatu untuk bangunkan masyarakat!

    Orang Kelantan dah letih, mual dan muak dgn pemimpin melayu Kelantan nih. Dapat duit royalti / wang ehsan nanti, kalau dpt kat melayu UMNO akan dok perabih mengkayakan diri, kalau dapat kat melayu PAS, mnugkin habis camtu je, tak dak planning / tak reti nak buat apa yg mustahak untuk rakyat.

    ReplyDelete
  2. Kau orang pun Melayu jugak kan ? Ha..ha... tepuk air kencing di dulang ,masuk hidung sendiri !

    ReplyDelete
  3. pepatah "takkan melayu hilang d dunia" dah xbleh pakai dah...

    ReplyDelete