
KUALA LUMPUR 26 Jun - Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan rasionalisasi subsidi minyak memandangkan banyak aspek perlu diambil kira.
Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan berkata, kerajaan akan
mengutamakan kepentingan rakyat berpendapatan rendah dalam membuat sebarang
keputusan bagi memastikan matlamat pemberian subsidi tercapai.
Beliau berkata, tahun ini kerajaan menjangkakan perbelanjan subsidi
minyak menurun RM2.4 bilion kepada RM22.4 bilion berbanding RM24.8 bilion pada
tahun lalu.