Sunday, June 1, 2014

muhyiddin perlu lepaskan jawatan..berjuang di wadah lain.

Sudah sampai masanya muhyiddin lepaskan jawatan dari kerajaan dan parti bagi membolehkan umno ditadbir
sepenuhnya oleh najib. muhyiddin sekadar menjadi penghalang atau sesuatu yg tidak berapa kena dengan umno najib.

Muhyiddin merupakan suara utama dari dalam parti selepas mukhriz secara vokalnya meminta paklah berundur untuk memberi laluan kepada najib sebagai pengganti, ianya berjaya setakat itu.

Pada satu peringkat, muhyiddin pernah disebut-sebut sebagai timbalan perdana menteri dan bukannya najib apabila paklah dengan sengaja melambat-lambatkan pengumuman perlantikan najib ke jawatan timbalan perdana menteri selepas paklah memggantikan mahathir.

mungkin atas dasar itu juga muhyiddin vokal ke atas paklah?


bagaimanapun lewat kebelakangan ini sudah ada suara menyatakan kepimpinan najib tidaklah lebih baik dari paklah kerana kedua-dua mereka tersangat bergantung kpd penasihat-penasihat yang kurang sihat dari segi semangat bangsa, ugama dan negara. malah najib sendiri "silent" dalam beberapa isu yg sepatutnya ditangani segera.

berbeza kali ini, muhyiddin begitu setia sedangkan umno secara moralnya sedang menuruni curam, merudum.
( jika ada yg berpendapat umno masih kuat, kuatnya di mana? )

mungkin bagi muhyiddin, kali ini berbeza, jatuh bangun umno terletak dibahu najib 100%..dia tidak boleh disalahkan, sekadar saya yang menurut perintah....

memang mudah difahami, sekeliling muhyiddin adalah orang2 najib..ertinya muhyiddin tidak ada kekuatan untuk undurkan najib atau minta najib berundur. Tidak ada ruang untuk bersuara melebihi garisan kerana ikrar dan sopannya untuk tidak cuba memandai-mandai.
Tetapi muhyiddin masih ada kekuatan untuk sendiri berundur demi menyelamatkan melayu dan Islam. jika itu berlaku..maka wajarlah dikatakan najib mengambil tanggungjawab sepenuhnya.

muhyiddin masih ada jiwa Melayu dan Islam.
untuk mempertahankannya, memartabatkannya semula dan kembali berjuang...muhyiddin boleh mulakan di luar umno... di wadah lain.

Jika umno tidak boleh diubah, kenapa tidak dikejutkan.




# apa hang dok merepek ni - ada aku kesah !!

19 comments:

  1. Apa hal ni. Wadah apa? Saja nk jd batu api ke. Tak de pasal cari pasal....

    ReplyDelete
  2. Meamang sah Batu Ronson......sebijik macam cai sebelah sana

    ReplyDelete
  3. kah kah kah.. siapa yg suruh kau buat entry ni? pakatan haram?? kah kah kah kiok!

    ReplyDelete
  4. Saya berpendapat, saudara bukan merepek. Jika mahyudin berada di platform lain, ahli UMNO totok, yang setia dan sayangkan UMNO (bukan kerna kejar pangkat, wang ringgit) insyaAllah akan berada di belakang beliau. Saya sangat tertarik dengan anjuran saudara. Dan saya percaya, menjelang 2017, platform yang dibawa oleh mahyudin akan menjadi 'penyelamat' bangsa melayu ketika itu di mana UMNO mungkin makin dibenci oleh ahlinya sendiri kerana bermacam2 isu sekarang yang menjadi ahli UMNO makan hati dan SAKIT HATI.
    Ayohlah mahyudin, jgn takut hilang jawatan pada masa sekarang, pastikan platform yang anda bawa bukan seperti semangat 46 atau semangat PKR, ITU KATA KUNCINYA. 2017 adalah tahun sangat mencabar kesabaran melayu maka sebuah parti yang dibentuk dengan semangat kemelayuan dan keislaman akan membantu perjuangan anda. SIAPA TAHU, platform anda bawa akan dapat menyatukan ISLAM UMNO dan PAS & islam lain-lain. ANDA BUKA JALAN, maka ANAK BUAH ANDA yang ikhlas kerana agama dan bangsanya, AKAN MEMAKMURKAN perjuangan anda.
    Saya percaya akan datang tahunnya, bulannya dan harinya (sebelum 2017) TIBA-TIBA ROH ISLAM sangat disenangi oleh setiap jiwa ASLI orang bernama melayu dan islam. Maka saat itu, landasan yang anda bawa itu akan menjadi tempat setiap orang melayu dan islam ingin berteduh.
    Anda percaya? Allah Maha Pengatur Bagi Sesuatu Perkara.
    ALLAH TIDAK MENGUBAH NASIB SUATU BANGSA JIKA MEREKA TIDAK BERANI MENGUBAH NASIB BANGSANYA.
    Mungkin agaknya bukan mahyudin (jika dia tak yakin atau tak diberi naluri oleh ALLAH), tapi entahlah siapa agaknya yang akan memulakan...???
    Sekian pendapat saya.

    ReplyDelete
  5. Ini bukan cara UMNO...ini cara mangkok talibarut.

    ReplyDelete
  6. dah kau ni kenapa? tau lah kau dah jadi anti Najib tp jgn nak laga2kan pemimpin

    ReplyDelete
  7. Jangan nk menambah masalah lgi. Cukup² lh masalah yg Umno hadapi skrg. Smpai masa peralihan kuasa akan berlaku secara teratur.

    ReplyDelete
  8. Muhyiddin jangan mimpi untuk mengharap peralihan kuasa kepadanya kerana pelbagai faktor, Faktor usia dan ramai lagi yang sedang menunggu untuk bertanding Timbalan Presiden di masa akan datang. Zahid Hamidi bagaikan sudah tidak sabar dan jika dia tidak merebut bertanding Timbalan Presiden, bererti juga dia akan terlepas kapal selamanya..

    Orang2 seperti Kj dan Hishammuddin juga sedang menunggu untuk disahkan baligh kali kedua bagi layak untuk duduk di kerusi panas tersebut. Mukhriz mungkin pada masa yang sama sudah semakin berkilau.

    Semakin lama Muhyiddin di dalam UMNO, dia akan semakin karat dan basi dengan idea Melayunya, ditelan liberal dan malaysian..Akhirnya Muhyiddin terpaksa keluar juga dari UMNO sehelai sepinggang.

    Adalah lebih baik Muhyiddin mengorak langkah sekarang, tidak perlu kecoh-kecoh, tidak perlu bawa penyokong untuk keluar UMNO, keluar sebatang kara...di luar masih ramai Melayu yang tidak dapat menerima PAS dan PKR sebagai alternatif mereka, di luar masih ramai Melayu yang geli dengan UMNO, masih ramai yang tidak berparti...cukuplah itu jadi kawan2 Muhyiddin.

    Jangan bimbang - kita tak cuit pun Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus. Anda sangat memahami situasi mahyudin. Puak liberal dalam UMNO sedang mengganas hendak menerjang puak konservatif. Melayu tulen dalam UMNO (& luar UMNO) akan perlahan2 membawa diri mencari pemimpin melayu berjiwa melayu.Sebelum 2017, kita akan lihat episod demi episod, tragedi demi tragedi berlaku keributan dalam negara. Tunggguuu...

      Delete
  9. Tak payahlah nak keluar,diluar sana dah banyak NGO Melayu dah.Diamx Mahyuddin pengaroh beliau dalam MT masih utuh dan Najib tak rela nak jadi Pak Lah.Tak elok kita laga lagakan mereka ini.Biar lah mereka laksanakan tugas masingx,kalau tak baik kita tegur dan kalau baik kita beri galakkan.

    ReplyDelete
  10. Kenapa berfikiran Muhyiddin akan jadi musuh kepada UMNO kalau tujuannya untuk menyatukan Melayu yang diluar sana? Kalau merasakan UMNO sudah tidak cukup kuat, jangan buat perangai takut tetapi buatlah perangai berbaik dengan mereka yang bersalah sangka terhadapnya.

    Setakat ini banyak NGO termasuk PERKASA merapati dan membantu UMNO tetapi apa sikap sebahagian pemimpin UMNO, mereka takut kepada bayang sendiri, mereka takut dicap rasis kalau berdamping dengan PERKASA....mereka menjauhkan diri, mereka lebih rela dan bangga sebagai liberal.

    ReplyDelete
  11. kepada kluangdiamond....

    pala boto lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang saya ada, sebab tu saya berani bercakap..awak ada ?
      Awak pergi cakaplah dengan Rayer...ada berani? ooopppss..duduk diam dalam rumah dan senyum, itu pesanan ketua saya

      Delete
    2. Biarkan kluangman. Mereka x faham yang tersirat tulisan kluangdiomand kali ini...

      Delete
  12. Kenapa tak cuit Mat Sabu dengan Hadi Awang, Kit Siang dengan Jagdeed Singh, Anwar dengan Azmin barulah hebat bro.

    Ini semua tektik Red Bean Bro!.

    Tektik Komunis Bro! Cukup cukuplah Bro!. Buat cerita lainlah Bro!. Lu ni ngantokkah Bro! lalok lah lu.

    ReplyDelete
  13. najib oh najib please wake up be on your toes, the drum is beating. we want action in the country.

    ReplyDelete
  14. Pergi mampus dengan Kit Siang.. tak perlu tegur dia, tak perlu nasihat dia,..biarlah parti dia buat kesilapan demi kesilapan kerana itu melemahkan partinya dan memberi peluang kepada parti Melayu dan Islam untuk menang. Yang perlu dinasihat adalah Najib...tapi malang, pemujanya cukup kuat melenting !!!

    ReplyDelete
  15. Umno sekarang berada dalam keadaan kelam kabut. Kita lihat tentang perlantikan Pengerusi JKKK di N. Sembilan baru-baru ini. Ada Pengerusi JKKK yang dilantik bukan ahli UMNO cawangan tersebut dan ada pula yang bukan ahli Umno dilantik. Jadi sekarang MB dengan sngaja memecahbelahkan ahli-ahli UMNO. Sedarlah wahai pemimpin-pemimpin Umno! Jawatan dalam Umno bukannya pusaka dan jika tidak mampu lagi berkhidmat dalam Umno undurlah secara sukarela!

    ReplyDelete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...