Tuesday, June 17, 2014

SAMAN...UTUSAN TIDAK MUNGKIN SIARKAN...


1. SESUATU YANG TAK MUNGKIN UTUSAN MALAYSIA AKAN SIARKAN..
2. KEPADA MEREKA YANG TIDAK MEMBACA HARAKAH..
3. JOM KITA LUPAKAN FAHAMAN POLITIK MASING-MASING...JOM KITA SAMA-SAMA BERSETUJU..
4. @ ADA YANG TIDAK SETUJU KOT..


TIPS BILA BERHADAPAN DENGAN OPERASI WARAN TANGKAP TRAFIK

SUATU HARI DI JALAN RAYA...
Jai (bukan nama sebenar) sedang memandu kereta dari Kota Bharu ke KL melalui Lebuh raya Pantai Timur (LPT). Apabila tiba di suatu tempat ada Polis buat Operasi (Ops Warta Khas) untuk mencari pemilik saman yang enggan membayar saman. Kata SAC Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, ada lebih kurang 1.9 juta saman tertunggak dan waran tangkap yang belum selesai.

Polis: Encik... tolong ke tepi ya...

Jai pun memandu ke bahu jalan dan berhenti.

Polis: Mintak IC & Lesen Encik.

Jai keluarkan lesen & IC. Alhamdulillah lesen memandu masih hidup. Setelah memeriksa IC & Lesen Jai, Polis tersebut berkata.

Polis: Encik, ikut rekod kami, encik ada 15 saman tertunggak dan 1 waran tangkap. Jadi Encik kena ikut saya ke Balai.

Jai: Boleh tunjuk pada saya rekod yang encik kata tu?
Polis pun tunjuk kepada Jai rekod dalam komputer dan kemudian diprintkan kepada Jai.

Jai: Owhhhhhh ini rekod saja... mana samannya?? Saya tak pernah tau pun ada saman. Ini rekod saman ke notis? Yang waran tangkap tu kes apa? Bila saman keluar? Bila saya kena pergi mahkamah?

Polis: Encik, setakat sekarang ni, ini ja yang saya boleh tunjuk. Kalau encik nak lebih lanjut sila ke ikut saya balai.

Jai: OK la kalau macam tu jom kita ke balai. Saya pun nak juga tahu saman apa yang saya ada & waran tangkap tu kes apa.

** Rajin ke polis tu nak bawak Jai ke balai dalam dok tengah kalut operasi??**

Kalau ke balai. Di balai.

Polis: OK encik ini senarai saman dan waran tangkap yang encik ada.

Jai: Sama je, itu hanya rekod. Saya nak tengok saman. Nak tengok waran tangkap. Sebab saya nak tahu yg dlm rekod tu betul saman ke notis. Kalau encik tak boleh bagi sekarang, saya nak balik dulu. Saya ada kerja lain lagi nak buat.

Polis: Tak boleh macam tu Encik, kami ada bukti Encik ada saman tertunggak.

Jai: Ya la encik ada bukti tapi mana buktinya? Yang encik tunjuk tu rekod tapi mana samannya? Kalau tak ada, encik ambil nombor telefon saya, nanti bila ada bukti boleh telefon saya ya.

PEGUAM ZUL HAZMI SHARRIF


Sumber: Harakah daily

10 comments:

  1. Polis boleh tahan orang yg disyaki tanpa bukti kukuh pun,rekord yg ada tu dah merupakan alasana yg cukup utk polis tahan..Kalau dah ada bukti kukuh itu kerja pihak pendakwa.Peguam Pakatan bukan pandai sangat,dgn polis biasa boleh lah mereka nak main-main,kononnya dia peguam.Utusan memang tak siar benda macam ni,hanya Harakah je yg ambil point taraf mangkuk.Keluang ni ada saman tertunggak ke?.

    ReplyDelete
  2. kerajaan buat susah diri saja.

    kuatkuasakan sistem yg ada dgn lebih effisien dah cukup. kalau tak bayar saman, confirm tak boleh renew roadtax. takdak tapi2. habis cerita. confirm boleh selesai 70-80% saman tertunggak. ini tak.. saman sampai berpuluh2, waran tangkap banyak.. masih boleh renew roadtax. habis duit saja buat operasi. tak cerdik..

    ReplyDelete
  3. Kluang ni bole thn poyo nye...

    ReplyDelete
  4. Agak2 mana lebih besar nilai saman polis tertunggak tu dgn penjimatan jika diatasi duit tiris psl rasuah...?

    ReplyDelete
  5. Sedih betul – hampir hari-hari umat Islam/Melayu diBUNUH/diLANGGAR , termasuklah anggota PDRM ISLAM/Melayu kita! Kemalangan jlnraya yg. majoriti mangsa adalah umat Islam/Melayu – sering dipersalahkan sbg. cuai kononnya oleh NGO-NGO si KAPIRDAJAL; yg. herannya si KAPIR ni tak pernah menyalahkan pemandu dan TUANPUNYA lori-lori/bas-bas/kereta-kereta BUAS, yg. sering menyebabkan kemalangan – di mana mangsa sbg. umat Islam senang dikenali dr. pemakaian atau hiasan Islam pd. kenderaan! Apahal Menteri Pengangkutan boleh biaqkan si lori/bas/kereta BUAS BERMAHARAJALELA kat Tanah Melayu ISLAM ni - patutnya PEMILIK lori/bas/kereta BUAS ini pun kena TANGKAP dan mesti beri PAMPASAN pd. mangsa kemalangan – bukan hanya pemandunya terutamanya lori/bas; dan hanya bayaran denda! Aku tak pernah dengaq perasaan simpati si Menteri ni pd mangsa-mangsa kemalanganjlnraya! Apakah mangsa kapalterbang terutamanya warga asing saja berhak dpt. simpati Menteri ni?!

    Tapi adakah kes ini spt- kes lain akan disiasat dgn. TERPERINCI – kenapa rakyat tak diberitahu perkembangan kes-kes JENAYAH Kemalangan BUAS spt. ini mahupun jenayah lain, termasuk yg. TERBENGKALAI?! Dan lihat bagaimana MANGSA asyik dipersalahkan terutamanya penunggang motosikal – sebab kononnya topi keledar ‘lusuh‘ - geramnya aku! Sedangkan LORI/BAS/KERETA BUAS besar , termasuk pemilik-pemilik GANGSTERnya yg. menyebabkan KEMALANGAN tak pula disebut – lihat di dihttp://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140527/dn_16/Tukar-topi-keledar-selepas-lima-tahun , Tukar topi keledar selepas lima tahun!

    Sebenaqnya jenayah-jenayah makin berleluasa, yg. majoriti MANGSAnya adalah umat Islam/Melayu, termasuk dlm. kemalangan jlnraya di mana mangsa terus dibiarkan MATI dgn. kEJAM/cedera kdg-kdg sampai CACAT akibat dilanggar LORI/KERETA (terutamanya MPV) /BAS - BUAS (terutamanya tekan brek tiba-tiba, lalu kenderaan belakang terbabas ke laluan bertentangan, atau si pemandu BUAS ini tiba-tiba pandu laju bila kenderaan belakang nak potong atau lori/bas/kereta depan sengaja ke tengah dan menggilis kenderaan yg. nak potong – umat Islam yg. disasarkan si MUSUH Islam, senang dikenali dr. pakaian atau hiasan Islam pd. kenderaannnya) akibat ramai TUANPUNYA lori/bas/kereta ini sendiri puak KAPIRGANGSTER atau dibiarkan ambil ramai pemandu dr. GENG-KONGSI-GELAP termasuk si PENAGIH DADAH/PATI!

    Yg. heran tu, kalau pemandu lori/bas/kereta BUAS tu Islam/Melayu – akan dinamakan; tapi kalau pemandu lori/bas/kereta BUAS tu adalah si KAPIRDAJAL, kenapa TAK dinamakan, terutamanya bila langgar umat Islam/Melayu ?! Sepatutnya juga, mengikut undg-undg, LORI tak boleh di jlnraya yg. sibuk waktu pagi/balik kerja!
    Dan lihat kes ni –seorang ibu dan bayinya terbakar dgn. amat kejam; tapi yg. ganjilnya dari gambar di Berita Harian, kereta BESAR (MPV yg. kononnya dilanggar mangsa – apahal merentang kat jln depan kereta mangsa; jadi aku syak kereta BESAR ni lah menyebabkan kemalangan, bukan mangsa)! Tapi adakah kes ini spt- kes lain akan disiasat dgn. TERPERINCI – kenapa rakyat tak diberitahu perkembangan kes-kes JENAYAH Kemalangan BUAS spt. ini mahupun jenayah lain, termasuk yg. TERBENGKALAI?! Lihat di - http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ibu_bayirentungdalamnahasdiMiri/Article/index_html ;
    Ibu, bayi rentung dalam nahas di Miri; 2014/05/26 ataupun pasanagn suami isteri ini yg. DILANGGAR dgn. KEJAM oleh si Inggeris (aku syak dia mabuk – tapi disisasat tak tahap alkoholnya sebelum/selepas dihantar ke hospital – kononnya dia pun cedera parah?!). Patutnya keluarga mangsaMALANG ni SAMAN BERJUTA kat pemandu mcm. ni – mana NGO-NGO/Peguam Islam/Melayu?!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  6. PEMBETULAN: (perenggan akhir)

    Dan lihat kes-kes ni –seorang ibu dan bayinya terbakar dgn. amat kejam; tapi yg. ganjilnya dari gambar di Berita Harian, kereta BESAR (MPV yg. kononnya dilanggar mangsa – apahal merentang kat jln depan kereta mangsa; jadi aku syak kereta BESAR ni lah menyebabkan kemalangan, bukan mangsa)! Lihat di http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ibu_bayirentungdalamnahasdiMiri/Article/index_html, Ibu, bayi rentung dalam nahas di Miri; 2014/05/26!

    Ataupun pasangan suami isteri ini yg. DILANGGAR dgn. KEJAM oleh si Inggeris (aku syak dia mabuk – tapi disisasat tak tahap alkoholnya sebelum/selepas dihantar ke hospital – kononnya dia pun cedera parah?!) – lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140616/je_04/Suami-isteri-maut-dua-anak-parah , Suami isteri maut, dua anak parah, 16/06/2014. Patutnya keluarga mangsa MALANG ni SAMAN BERJUTA kat pemandu BUAS mcm. ni – mana NGO-NGO/Peguam SUKARELAWAN Islam/Melayu?!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  7. Bahagian Komunikasi PDRM perlu peka dengan ulasan2 sebegini di media utama dengan jawapan segera.

    Jika tidak, ramai yg merasakan PDRM sendiri hentam kromo dlm melaksanakan undang2, lebih2 lagi sekarang ini bukan sahaja PDRM dipertikaikan malah PEGUAM NEGARA pun sudah diminta lepas jawatan.

    ReplyDelete
  8. Saman punya banyak tak kan tak dapat satu pun ? Peliklah cerita ni....

    Dah tentu utusan tak akan siarkan cerita merepek macam ni sebab wartawan kena siasat latar belakang cerita sebelum buat laporan. Lainlah harakah, memang boleh "goreng" je apa2 cerita.

    ReplyDelete
  9. Saman "tembak" ada ke dinyatakan tarikh perlu hadhir ke mahkamah?

    ReplyDelete
  10. kalu tindakan polis salah, dah lama majlis peguam bunyi. tapi mungkin majlis peguam tunggu orang kena tangkap dulu. boleh buat duit bila orang ambil loyar. majlis peguam tak bunyi mungkin juga pasal yang buat ni polis untuk tangkap pesalah trafik tegar, kalu polis nak berdemo, mungkin mereka berbunyi kerana hak asasi. kita tak tahu undang2, tak boleh ikut sangat cakap loyar ni, kekadang makan diri pasal maklumat tak lengkap yang diberikan. undang2 ni berkait-kait. so hati2.

    ReplyDelete