Tuesday, August 19, 2014

Kita Perlu Fokus Pada Najib- dia berubah ke tidak..

Kemaskini 2.00am 

Seperti yang dijangkakan Najib tidak akan berubah atas teguran Mahathir, tak lut pun sebab ramai berlumba mempertahankannya:

mubarak minta Tun hentikan kritikan terbuka, boleh buat cara keluarga.

mubarak ni tuli ke buta, Tun dah kata, secara peribadi dah pun nasihatkan najib tapi tak makan saman, dah tarik sokongan dan sekarang teguran terbuka.

Begiti juga komen zahid, tengku adnan, shahidan yg mengkritik Tun secara TERBUKA supata Tun jangan kritik secara TERBUKA?  Paling tadika ialah komen hisham bahawa najib diiktiraf dunia atas tragedi mh17..... hebat atas tragedi? marilah kita berdoa banyak lagi tragedi selepas ini supaya Najib nampak lebih hebat...cuma hisham lupa kot pasal mh37 yg dirahsiakan.

Kita tunggu komen muhyiddin, kot-kot boleh "pakai".

Tun tak minta lepaskan jawatan pun, tapi takkan boleh fikir...Tun pun tak kata mesti dengar teguran dia - terpulang kpd Najib.

Sekurang-kurangnya biarlah Najib jawab dulu sebelum "dato-dato" seperti cerita dongeng Tun untuk buat komen.

KOMEN KOMEN YANG TIDAK BIJAKSANA JIKA TIDAK DIHENTIKAN OLEH NAJIB @ NAJIB MENGAMBIL PENDEKATAN MEMBISU AKAN MENGUNDANG PERANG DINGIN YANG LEBIH TERBUKA.......YANG LUKA WALAU KECIL IALAH NAJIB.

....




Tidak penting samada Mahathir kritik atau tidak, itu bukan ukuran sebenar untuk mengukur sejauh mana kritikan Mahathir itu benar atau sebenarnya apa yang Najib buat adalah betul, lebih betul dari paklah, lebih betul dari mahathir sendiri.

Kritikan Mahathir datang dari atas, dari rasa ketidak selesaannya, ia tidak menjejaskan ekonomi dan politik mahathir sekeluarga, mereka cukup wang.

Untuk mengetahui samada teguran mahathir itu ada kaitan semasa yang rakyat rasai betul atau tidak ialah dengan bertanya diri sendiri, pasangan sendiri, keluarga sendiri, rakan sekerja sendiri dan kawan-kawan sekeliling samada teguran mahathir itu betul, kalau betul berapa percent? kalau salah, berapa percent pula yang salah !!

Tanya pembangkang, tanya orang umno sendiri, tanya orang BN dan tanya yang di atas pagar.

Mahathir kata dia tegur, dia tak suruh letak jawatan - samada Mahathir suruh atau tidak rakyat boleh menentukannya kelak.

Jadi kita tidak perlu fokus sangat kepada apa yang Mahathir kata, kurang lebih sama dengan apa yang sudah diperkatakan oleh ramai orang selama ini, malah ada yang lebih pedas lagi.

Kita perlu fokus kepada Najib - dia berubah atau tidak !!!

Yang pasti:: Tidak lama lagi panglima2 Najib akan keluarkan angka-angka dan pelbagai lagi 'tools' untuk meyakinkan rakyat bahawa Najib adalah betul. Jika sudah begitu ramai berlumba-lumba untuk memberitahu bahawa Najib betul, kenapa pula dia harus berubah atas teguran Mahathir !!!

30 comments:

  1. Kalau susah sangat Tun M jadilah balik PM Malaysia..

    ReplyDelete
  2. Sokong kecuali geng KETUm danKipas Manual

    ReplyDelete
  3. Dulu Mamakutty memerintah, Ada ke sesiapa dapat menegur? Dia kan memerintah dengan kuku besi guna ISA.

    Habis, semua kena kontrol. Sultan, Menteri, kaki tangan kerajaan, PDRM, tentera, NGO, mahkamah, dll.

    Kenapa tak Tegur anak MB kat Kedah? Bagus sangat ke MB tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa setuju 100% sama lu bro.

      Delete
    2. aku sokong hang 200%...tepat..matang..dan berfakta...anda sgt bagus..tqvm

      Delete
    3. ni anon 4.15 gi sekolah balik...dah lah bodoh...langsung xde otak...masa dia beringus dulu Tun M siang malam pike cmna nk majukan negara kita nii..klu Tun M xda xtau la cmna Malaysia la nii..aku maki hang pon xguna anon 4.15...hang pi la blaja lg n moga tuhan bg hidayah kt hang...

      Delete
    4. Aku sokong 200% dengan zamzam.
      Dulu masa zaman Che Det perkara hina Islam, hina Allah dan Rasul, soal tentang azan, tentang solat Jumaat, tentang zakat, caci Melayu, peralatkan ayat Quran dan tafsiran, hukum-hukum Allah diolah mengikut fahaman manusia walaupun darinya nampak kesan yang boleh mengakibatkan Islam itu tercemar dan bermacam-macam lagi tidak pernah berlaku di era Che Det. Tapi sekarang yang dulu tak pernah berlaku dah pun terjadi. Malah sudah menjadi semacam permainan dan lagu yang dimainkan hari-hari. Sudah tidak ada segan-silu lagi untuk mereka lakukan semua dengan sewenangnya.
      Lu lihat sekeliling dan lu pikirla sendiri.

      Delete
    5. ini baru fakta..ada isi bukan macam puak satu lg tu..kosong kosong..

      Delete
  4. Tak susah pun... guideline dah ada iaitu HADITH dan SUNNAH RASULULLAH SAW serta guideline tambahan adalah pentadbiran cara TEGAS oleh Tun M ketika mentadbir negara.

    ReplyDelete
  5. Tanya orang umno..tanya orang melayu yg sokong BN ..semua dah meluat dengan tindakan kerajaan pimpinan ajib.. rakyat didahulukan..melayu dibelakangkan. orang kampung yg susah semakin malas berusaha ..hanya menganga mulut hari hari minta kerajaan ajib suapkan.. tindakan ajib bakal membunuh bangsa melayu sendiri. jika begini berterusan, melayu akan hancur dalam masa 10 - 20 tahun lagi. Nama saja ajib presiden umno tetapi hala tuju melayu pun dia dah celaru sebab bukan dia sendiri yang pandu..
    Presiden umno perlu ditukar..pemimpin setakat memekik semasa persidangan umno sudah bukan masanya lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ubah...berani la sikit Muhyiddin oiii...

      Delete
  6. BANGSAT lu PAS! BANGSAT lu si Islam/Melayu-LIBERAL -dlm. PAS/UMNO/PKRSODOM dan diseluruh dunia! Aku berdoa kpd. ALLAH SWT di atas KEHANCURAN kamu - semoga anak-anak/cucu-cicit kamu juga menjadi PENGEMIS spt. mana. umat Islam/Melayu yg. miskin dan tertindas makin MEREMPAT/MENGEMIS di Tanah Melayu/Dunia Islam, termasuk di Palestin! Baru kamu akan rasa penderitaan kami!

    Dahlah apa KEJADAHnya hasil mesyuarat OIC kat Arab Saudi tu tentang nasib umat Islam Palestin dan di seluruh Dunia Islam yg. makin diBUNUH sewenangnya oleh si KAPIRDAJAL yg. diketuai Barat-ZIONIS - HABUK pun tarak; inilah dasar pemimpin-pemimpin Islam PENAKUT, TAMAK HALOBA dan ANGKUH-nak-MAMPOS!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Islam-Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BANGSA BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari PELBAGAI bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera [BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples – maka istilah “(SATU) BANGSA Malaysia“ sebenaqnya adalah PALSU].

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 4.46 kalau marah pun jangan sampai merepek dan merapu orang susah nak faham yang aku faham hang ini dah terlalu frust tapi jangan sampai meracau macam dunia nak kiamat esok.

      Delete
    2. OI anon 6.48am, lu jgn. nak MENYAMAQlah!

      Dahlah tu, asyik sasarkan hanya Makcik Sambal Belacan, dan asyik nak tutup mulut dia - apa yg. mereka TAKUT sgt. dia tulis tu?! Dasar PENAKUT-nak-MAMPOS; otak dahlah BANGANG-LUCAH-penuh PORNO; tahu nak GERTAK umat Islam/Melayu!

      PI MAMPOS lu punya ekoq kat KANDANG si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL PKRSODOM/DAPBANGKAI-si-PORNORASIS-no-1!

      Delete
  7. Oi anon 4.15am, lu punya ekoq ni si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL PENGGANAS SODOM Red Bean aaahh?!

    PI MAMPOS lu punya ekoq kat KANDANG si PENDATANG KAPIRDAJAL PKRSODOM/DAPBANGKAI-si-PORNORASIS-ejen ZIONIS-no-1!

    ReplyDelete
  8. Tun M bijak dn pandangan di ajauh sbb tu semasa org lain dlm UMNO tgh khayal dgn ayat2 Najib dan sandirwara bodoh PR di Selangor.. Tun 'ketuk' kepala Najib dan org2 UMNO yg pengampu ni supaya suruh sedar.
    Zaman Tun M petintah siapa nk tegur sbb Tun mmg mendahului kebijaksanaan pengampu dan org 2yg nak melingkup. Tun tk harap Punasehat mcm Najib laki Rosmah neh. Bini pun gaul rata urusan negara..

    lepas tu dgn bangganya Najib umum bininya tlg selesaikan masalah negara. habis tu Menteri Luar mcm tak buat kerja atau Rosmah yg rampas kerja Menteri? lepas tu Najib bangga?

    Tun tkkan tegur selagi tak ada keperluan. Najib sbg melampau krn biarakn negara huru hara dr Sabah sampai ke Perlis rakyat diulit dgn hasutan.. hina Agama.. hina Melayu.. hina Raja.. kedaulatan dicabul. Krn kepimpinan LEMAH.

    Zaman TUn ekonomi kita tukaran asing cukup tinggi.. USD1 dolar = RM2.40.. skrg? berapa? Ekonomi kita disabotaj teruk oleh org asing tapi Tun berjaya dgn usahanya.. itu sapa nk sanggah??

    Najib.. dia gula2kan rakyat keterlaluan tnpa fikir sifat dan sikap buruk rakyat. Najib tk mendidik.

    Patriotism amat KURANG dlm pentadbiran Najib. lagu2 patriotik langsung tiada dlm TV melainkan kitar semula lagi yg dicpta zaman Tun M memerintah.,

    Zaman Tun memerintah...80-an sehingga 2000 cukup sarat dgn lagu2 patriotik..sehingga generasi yg pernah lalui zaman kanak2 di zaman Tun perintah terasa rindu dgn zaman itu.. lagu2 yg menyentuh jiwa kenegaraan.. bangsa dan Agama..

    apakah Melayu dna pemimpin skrg fikir dan ingat halusnya cara Tun memerintah??

    fikri atau hangpa pun bodoh jugak mcm puak2 PR..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon rasa apa yg hang rasa...zaman Tun aku rasa selamat jaa...xsusah hati mcm zaman najib nii...kenapa ehh???

      Delete
  9. Ketua pemuda umno wilayah kata, najib berhati hati dan sedang sebok membaiki kesilapan masa lalu, dan apa yg najib buat hari ni, 10 tahun lagi baru nampak....
    Dia ni terminum air ketum ke ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu ayat membodek... Harap2 timbul..

      Delete
    2. Lobi utk calon pru 14 tu. Perisai lapis satu baru. Kalu tdm bunyi lagi, keluar berlapis-lapis.

      Delete
  10. nampak sangat banyak yang tak berapa faham terutama yang bodek najib , apa lah takut sangat kalau Tun M menegur apa yang dia kata memang betul pun dan banyak orang dah tahu sebelum Tun M tulis dalam blog , cuma orang di keliling Najib semuanya kaki perosak si najib itu sebab Tun M kena tegur kalau tak salah kenapa nak takut sangat dengan teguran Tun M , Najib menjadikan diri nya rosak sebab penasihat yang salah , dan masih menyimpan buaya-buaya besar semasa pak lah didalam kazanah nasional serta membazir banyak wang dalam 1MDB yang di laburkan diluar negara yang menghasil kan kerugian , Menteri beliau sendiri mengakui di parlimen yang Najib telah membelanjakan 7 billion untuk konsultan ( perunding ) yang tidak menghasilkan apa-apa ini fakta , yang menghairankan ,Najib tak pandai berfikir sendiri ka untuk buat keputusan dan apa kurang ka penasihat pakar kerajaan . Dizaman Tun M kurang orang nak tegur dan orang tak berapa nak tegur bukan kerana kukubesi tapi kerana penasihat dan orang dikeliling pun ketinggalan dari segi idea masa depan sebab kebanyakan mengharapkan Tun M saja bagi arahan ini fakta .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, semua tu isu lama. Keluhan org kerdil tak sampai telinga pm. Pm syok tang I lap pm. Tu yg buat pak lah jatuh. Mssih tak sedar?

      Delete
  11. Lebiu ayahanda tun...fighting...

    ReplyDelete
  12. Masa PAU lepas dah ada blogger2 sokong najib digantikan..tapi hampeh dia menang tanpa bertanding lak tuh. Muhyidin tak berani nak lwn. Maknanya lps pru13 ahli2 umno dah rasa perlu tukar presiden. Tguran2 dah dibuat tapi najib masih dok layan cina, ketepikan hal2 keselamatan, buat pekak badak hal2 melayu di sepak terajang, tabur duit bebanyak brim dsb ajar rakyat makin lama makin malas nak keje.. Mcm2 lagi malas nak tulis. Ni semua sebenarnya Tun tahu sbb Tun is a good listener. Setiap keputusan Tun dibuat selepas ambil kita semua angle. He has this endurance coz dia bijak n byk membaca. Najib nak buat kepitusan asyik ingat undi cina camana nanti..popular ke tak nanti..bini tarik muka tak nanti.

    ReplyDelete
  13. meroyan betul pembodek najib bila tun mahathir "menegur" najib secara terbuka. terbukalah topeng masing-masing termasuk ketua pemuda umno wilayah. setelah teguran secara lisan dan tertutup tidak dipedulikan oleh najib, tun mahathir terpaksa memilih teguran secara tulisan dan terbuka. makan berkumandanglah nyanyian pembodek najib membela beliau. yang mendengar tidak hairan kenapa najib menjadi seperti yang disaksikan pada hari ini. punca utamanya telah dikiaskan oleh tun mahathir iaitu dato'-dato' yang setiasa bersetuju dan mengiyakan apa sahaja yang diungkapkan oleh najib.

    najib tidak pernah dicabar sebagai presiden umno. tun mahathir hampir tewas di tangan tengku razaleigh pada pemilihan presiden. maka najib pun mungkin tidak kenal yang mana kawan sebenar dan yang mana musuh atau hanya pembodek yang mengambil kesempatan. memang ayahanda hishammuddin yang melantik tun mahathir sebagai timbalannya dengan mengetepikan tengku razaleigh yang lebih senior ketika itu. namun pembelaan hishammuddin atas sepupunya terhadap kritikan tun mahathir amat janggal. takkanlah satu musibah mahu diwajarkan sebagai kejayaan sedangkan pelbagai musibah lain telah dan sedang berlaku hingga menjejaskan negara dan kepentingan rakyat. beliau sendiri terbuang daripada umno kerana kritikan terbuka terhadap tunku.

    jika diperkirakan kepentingan, adalah lebih beruntung jika tun mahathir mendiamkan diri. sebarang tindakannya mengkritik sudah pasti menjejaskan masa hadapan mukhriz pada mata pucuk pimpinan parti dan kerajaan sekarang. tetapi tun mahathir tidak mementingkan diri atau keluarganya mendahului kepentingan rakyat dan negara. tun mahathir menyebut aoa yang telah disuarakan oleh banyak pihak lain sebelum ini. sesetengah yang lain secara terbuka menyeru najib supaya turun tetapi tun mahathir tidak sedemikian. walau bagaimanapun najib perlulah respon terhadap kritikan tun mahathir dan tidak hanya bergantung kepada pembodek-pembodeknya untuk menjawab. tidak ada untungnya bersikap kurang ajar kepada manusia yang boleh dianggap ayahanda kerana setiap tegurannya adalah nasihat ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  14. Kalu bkn kerana jasa dan usaha gigih ayahanda tun dunia tak kenai malaysia...

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...