Sunday, November 2, 2014

Peringatan kepada Najib ada asasnya...

Sebagai pemimpin politik yang menguasai negara dan berada di kedudukan utama sebagai Presiden UMNO yang membolehkannya sebagai Perdana Menteri apakah sumbangannya yang terkesan setakat ini terutama dalam ertikata berterima kasih kepada parti yang didukungi oleh orang Melayu dan Islam.

Tanpa diangkat menjadi Presiden UMNO, Najib is nobody and no where...Sebab itulah sepintar manapun Anwar, sebab dia bukan Presiden UMNO...akhirnya dia jatuh ke tanah juga.

Oleh itu apabila orang Melayu mendesak Najib menjadi lebih jatidiri mengutamakan Melayu dan Islam ianya sangat berasas dan sebagai peringatan jangan jadi kacang lupakan kulit.

Tidakkah Najib tahu dirinya sudah diperhati dan diperkata begitu lama, lebih teruk dari UMNO Selangor ... Kalau tahu, kenapa tidak hiraukan.
Kalau tak tahu...berbelas setiausaha dan penasihatnya buat apa, makan gaji buta (?)

Orang Melayu masih survive hari ini berasaskan bekalan berbaki usaha yang telah dipacu oleh Perdana Menteri 1 hingga ke 4 dan selepas itu PM ke 5 dan Najib hanya meneruskannya tanpa idea yang memungkin Melayu boleh survive 10 -15 tahun lagi akan datang.
Bukan sahaja mereka tidak ada idea membina malah merosakan apa yang sudah dibina dengan menghilangkan atau menyempitkan hak istimewa orang Melayu dan paling ketara gagal mempertahankan Melayu dan Islam diperlekehkan dibumi jawinya sendiri.

Sekurang-kurangnya Paklah di akhir pengurusan negara menunjukkan sikap berlapang dada dan berundur untuk kebaikan semua.

Tewasnya Paklah disebabkan penggunaan berlebihan suara tingkat empat dan ini di ulang dengan lebih melampau oleh Najib dengan suara Penasihat, suara Pemandu dan suara Rosmah (persepsi yang gagal dinafikan secara telus oleh Najib).

Bukankah Majlis Tertinggi UMNO sewajarnya menjadi rujukan (?)
Bukankah selama ini walaupun UMNO menjadi dominan memerintah negara, kerajaan tetap adil dan toleransi kepada warga kaum dan ugama lain tetapi tidaklah sampai ke tahap sekarang. Mereka dibiarkan menjadi lebih yahudi dan kurang ajar panjat dan pijak kepala.

9 comments:

  1. Aku nak tanya kluang la.....hang jadi blogger baru semalam ke?
    Aku nak tanya kat Ahli UMNO hang jadi ahli baru 2 minggu lepas ke?
    Aku nak tanya kat semua melayu UMNO baru tubuh 2 minit lepas ka?

    Najib hanya satu orang je dia mai jadi pemimpin pun baru ja tak sampai 2 penggal lagi.

    Persoalanya kita ambil bab tanah...hangpa tahu tak tanah hak Melayu tinggal 12%?
    Jawapanya tak tahu pasal hangpa semua bodoh semcam.

    Bila Utusan Melayu yg bodoh gak cerita melayu tinggal tanah sekankang kera baru la semua nak jadi Hero.
    Ibrahim Ali dah jadi ahli politik berpuluh tahun hari ni dah tunjuk taring nak jadi hero tanah.

    Sapa lagi nak jadi hero?

    Masalah Melayu bukan Najib sorang nak pekena dajjal.Tun Mahathir pun aku boleh belasah...tapi buat apa?

    Hangpa cuba sembang ngan CIna?
    Hangpa tahu tak cina akan katakan bangsa melayu ni hangat2 tahi ayam dan kalau sembang tu riuh sekampung..
    nanti hangpa tengok no tahun 2020 tanah hak melayu tinggal tanah kubur je...

    Siapa bersalah?
    Ahli UMNO berjuta-juta tapi semua tidoq lena..
    Masalah UMNO blogger dia pun bila menulis takda tujuan tahu nak pangkah je kerjanya...

    BERSATU la wei ..ni bukan masa nak bergaduh..Jangan la jadi bangngang sangat no....jadi la pejuang sejati tak dapat duit pun terus melihat dengan positif..Bantulah Team Najib Muhiydeen dan MT..
    Klau 1 juta ahli UMNO bersatu bawa cangkul kita dah boleh buat satu gunung baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi hang setujulah...
      Najib tak dapat menyumbang dan melakukan sesuatu atas alasan dia sorang...
      Najib jadi Presiden yang tunggul sebab tidak dapat menyatukan ahli UMNO..

      Jadi...nasihatlah najib berundur...
      Kalau Najib sorang pun kau tak boleh nasihat macamana nak kau nasihat 1 juta ahli umno...

      Kalau najib sanggup pegang cangkul dan mandi peluh...berjuta rakyat mampu ikut...no hal
      Tapi kalau Najib asyik naik jet peribadi...rakyat tak mampu

      Delete
    2. Anon 6:11... Najib "baru" jadi PM dua penggal...hang nak tunggu 10 penggal baru hang nak nilai...masa tu hang dah mampuih pun..
      Najib bukan tetrun tiba2 jadi PM..dia jadi menteri semasa berumur 25 tahun dlm pelbagi jawatan sepatutnya sudah excell from the first day...
      Betui le kata org tua...kalau benih baik campak ke laut akan jadi pulau, kalau benih tak baik jadi habuan jerung...

      Berundurlah Najib...buat apalah pegang jawatan kalau hari2 rakyat dok maki dok sumpah... Bukan kata najib tak bagus cuma tak cukup bagus untuk jadi PM....

      Delete
    3. Saya setuju anon 7.50 & 9.04...yg paling menarik..najib bukan x bagus..cuma x cukup bagus utk jd pm..
      bila mengenangkn beliau dah lama terlibat politik sejak tahun 1976..umur 23 tahun tu..kalau saya umur tu baru mula nk mengenal cinta dan kehidupan..masih dianggap novice..beliau da jadi ahli parlimen..jajahan bule tahan luas..takkn setelah hampir 40 tahun bergelumang dgn politik yg penuh muslihat dan ketidakpastian ini beliau masih lg terkial2 mengemudi hal ehwal negara..rakyat makin terhimpit..
      betullah kata rakyat kebanyakan..beliau lahir dlm dulang emas..naiknya beliau ke persada tertinggi politik tanahair tanpa pertandingan..beliau x pernah diuji..laluannya selesa..seselesa beliau memberi brim kpd rakyat tanpa memikirkan bahwa ianya membawa lebih bnyk keburukan dari kebaikan..teruskan la najib dengan caramu..moga percaturanmu mmembuahkan 'hasil' seperti yg kau inginkan..

      Delete
    4. Aikk... Boleh aku tanya, siapa sebenarnya pemenang kerusi VP umno..?

      Delete
    5. Kalau ikut perangai busuk hati korang abis semua Pemimpin atasan kena buang.
      Kalau selangor semua pakat humban pasal tak buat kerja..

      Engkorang nak mengamuk engkorang punya pasal lagi pun persidangan UMNO tak kan layan isu lapuk jatuh menjatuhkan...

      UMNO tak sebodoh korang ..Dulu zaman Mahathir puak2 ni gak minta Mahathir turun...bukan aku tak tahu.

      Pakai baju UMNO menjerit akulah pejuang sejati....boleh blah


      Kalau tak suka cara UMNO boleh blah jgn jadi munafik.

      Delete
  2. Bukan sekali, bukan dua kali, sudah berkali-kali Najib diminta berundur...

    Maksud rakyat kalau tak mahu berundur di mana penyelesaiannya...

    Lalu Najib pun merangkalah pelbagai penyelesaian yang di jangka berhasil...

    Tetapi apabila desakan rakyat untuknya berundur meningkat...bererti kerangka penyelesaiannya buntu, gagal malah merosakkan lagi.

    Penyelesaiannya bagaimana sekarang (?)
    Boleh bertahan ke dengan api yang makin marak dalam ketika hutang di sekeliling pinggang, nak rgula dan rasuah kan rakyat pun sudah tidak mampu.

    Jika GST ditunda, tidak dilaksanakan April 2015... Akan ada yang pindah tengah malam !!!!!

    ReplyDelete
  3. Najib perlu berubah!! Full stop

    ReplyDelete
  4. Cara Najib memikat hati rakyat melalui rasuah..
    BRIM .. apa kejadah bagi ikan kat rakyat
    Kalau U sokong BN..bukan 3 juta .. 5 juta saya bagi ..by monday the cheque will be ready..
    Kalau nak nak bantuan undilah BN..
    itu hanya sekelumit perangai najib dalam memikat hati rakyat
    berbeza dengan Tun M..
    Kerja kerja ..dan hasilnya kita nampak hari ini ..tak pun aku ada dengar Tun M offer 5juta kalau undi BN ..
    Kalau naik pun dah amal rasuah .. jadi PM lagilah pulak ..
    Sekarang ni tugas ahli ahli UMNO ... pemimpin datang dari rakyat ..
    sorrylah pembangkang .. kamu tak ada dalam hati aku ..
    Hidup TSM....

    ReplyDelete