Wednesday, November 12, 2014

Alhamdulillah..Tindakan Yang Cepat - isu JPJ selesai dah kalau macam ni..

Gembiranya hati bila viral pasal JPJ tu mendapat komen dari pihak bertanggungjawab;

'Pihak kementerian telah mengkaji sedalamnya mengenai tinted, nombor plat kereta dan pengubahsuaian kereta yang dikatakan tidak relevan untuk disaman.Justeru pihak kementerian telah bersetuju untuk menggubal kembali akta-akta dan peraturan lain demi mengekalkan keharmonian rakyat Malaysia. Antara perkara yang digubal semula ialah;

1. Penggunaan tinted dibolehkan pada had 50% untuk cermin sisi bahagian tempat duduk hadapan, belakang dan cermin belakang (kecuali kenderaan import yang asalnya menggunakan tinted 70% - MPV, SUV) dan hanya 30% sahaja untuk cermin depan.

2. Nombor plate kereta yang diubahsuai TIDAK dilarang sama sekali asalkan perubahan nombor dan huruf TIDAK mengelirukan atau bercorak berlebihan.

3. Pengubahsuaian kereta juga dibenarkan akan tetapi pemilik kenderaan perlu mendaftar kepada JPJ bagi mengemaskinikan data pemilik berkenaan.

4. Had laju di lebuh raya adalah tidak terhad, akan TETAPI pemilik kenderaan haruslah mengikut lorong mengikut kelajuan yang ditetapkan;
Lorong 1 : 0 - 80kmsj
Lorong 2 : 80 - 130kmsj
Lorong 3 : 130kmsj ke atas
..walaubagaimanapun,pemandu kenderaan bas awam dan lori hendaklah memandu pada kadar dibawah 90kmsj. Pengguna motosikal hendaklah memandu di lorong sebelah kiri JIKA tidak memotong dan DIBOLEHKAN kepada mereka yang memandu pada kadar kelajuan 100kmsj menggunakan lorong tengah dan kanan. (bergantung kepada kemahiran pemanduan).

5. Pihak kementerian juga akan bekerjasama dengan pihak yang terlibat untuk membuka litar/lapangan kepada awam yang mempunyai hobi yang berkaitan dengan kenderaan serta pameran autosalon secara percuma.

6. Cukai kenderaan import dilupuskan manakala harga kenderaan tempatan dikurangkan.

7. Tidak dilupakan trek yang berasingan (berbayar) untuk golongan rempit/kereta yang suka membuat aksi badut sampai menyusahkan pengguna jalanraya yang lain. - sumber TidakBernama

-Dato Paduka Menteri Pasola
Menteri Pengangkutan
Negara Pasir Berdengung

p/s: Peraturan baru ini hanya SAH di Negara Pasir Berdengung sahaja.

5 comments:

  1. aku setuju. biar yang gila bagi tuh cepat mampus. kenderaan menteri macamana pulak tuh, takder lorong khas ker? kenderaan PM pulak macamana. mungkin jugak menteri pasola terlepas pandang agaknya tuh.

    ReplyDelete
  2. Salam,.
    Di Malaysia undang2 boleh berubah-ubah mengikut selera semasa.
    Undang2 di Malaysia boleh begitu disebabkan undang2 berada di celah kangkang orang politik, terutamanya Menteri dan Timbalan Menteri. Akal mereka lemah tetapi nafsu politik besar. Oleh itu undang-undang tak kebal.. mereka yang kebal.

    Bila Ketua-ketua Pengarah suatu agensi mahu menguatkuasakan undang2 yang telah lama ditulis (kecuali Pengarah2 KASTAM yg hidup mereka kenyang makan RASUAH). maka selera rakyat diutamakan dulu. Bila Menteri berdehem, tak boleh maka undang2 tadi akan disimpan semula dalam almari.. maka pesalah akan terus lah gembira dan bermaharajalela..

    Bila disuruh ikut piawai nombor plat.. ada yg mengamuk. itu adalah piawai. Mana2 negara termasuk Thailand. Singapore. USA.. tp di Malaysia.. mcm rojak.. ada yg loyar buruk.. bertanya apa kah dgn nombor plat ikut piawai kemalangan tak jadi? Lembu bila berkata2 akan nampaklah sgt bodoh.

    Tujuan untuk seragamkan no plat sebagai salah satu bentuk mengajar pemilik kenderaan supaya PATUH UNDANG-UNDANG. Soal berok atau babi atau lembu itu tak perlu ditanya.


    Kematian kemalangan di Malaysia ini seperti perperangan. Bila Ketua Pengarah JPJ nyatakan unjuran statistik ada berok-berok yang mengamuk dan marah.. konon menghina. Yang mati macam katak atas jalan raya dilanggar dan melanggar itu tidak hina kah?

    Bila suatu peraturan hendak dikuatkuasakan, pesalah-pesalah lebih berkuasa, dan suara mereka lebih power didengari oleh Menteri. Sampai bila pun undang-undang akan jadi sampah di Malaysia.

    Zaman Tun Mahathir, undang-undang cukup tegas, kerana itulah caranya untuk membentuk manusia supaya tidak jadi berok atau setan. Menjaga hak manusia lain melalui undang-undang

    Di zaman Najib.. undang-undang duduk dalam kocek Menteri dan semestinya dalam poket PM.. bila pesalah bising, maka PM akan korek koceknya.. pesalah akan diraikan sama seperti pesalah ISA.

    ISA yg salah.. pesalah itu tak salah..

    Itulah hebatnya Malaysia.. dibawah PM 1Malaysia.. maka lahirlah rakyat yg tidak kisah apa2 janji nafsu dan perut sahaja yang dikisahkan..

    Oh Malaysia.. apa nak jadi...??

    ReplyDelete
  3. jaga2 kat Malaysia ada banyak babi2 yg suka Challenge peraturan.

    Jika 110 mereka lari 160.

    Jika 130 mereka akan lari 230..

    MMg babi mcm tu..Kalau ikut cakap mereka manusia bertamadun tak hidup.

    Sabda nabi:

    Banyak benda yang patut diabaikan sahaja, Jika aku memberitakan memukul najis itu haram, maka akan adalah ramai manusia yg cuba memukulnya dengan pelbagai cara.

    ReplyDelete
  4. Nak tanya dgn menteri pasola. Xsident sebab no plate ke sbb kondisi kenderaan yg x sempurna? Kalaupun nk cari duit tabung, keluarkan arahan setiap kenderaan perlu jalani ujian berkala di puspakom. 2 tahun sekali ke. Charge pulak jgn gila babi nak mampos. RM30 dah la. Kalau semua kenderaan kena buat, beratus juta duit tabung boleh kutip ooo. Nk tambah duit tabung lagi? JPJ sendiri yg keluarkan no. plate kenderaan. Amacam, tak berjuta juts juta duit tabung boleh kutip. Saja je aku bagi tip camane kerajaan nak kumpul duit tabung... Menteri pasola kena ambil maklum ni....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weii lembu, jgn ikut perangai bapok rafizi suku generates fitnah. Peraturan klau ko ikut ada JPJ atau Polis nk saman ke? Krjn boleh kumpul duit krn lembu bodoh mcm kau byk kt Malaysia ni. Satu dunia ada peraturan, mcm2, no plat tu plg mudah, tp knapa keras kpla xnak ikut? Nk jd apa negara ini bla peraturan ikut sedap kepala lutut? Bila buat slh jgn saman? Bodoh je, klu saman org wat slh krjn zalim dn b6at duit? So semua rkyat buatlah salah. Jgn saman? Kita tgk apa nk jd. Bila lembu jd hakim..

      Delete

6ANGKA