BETAPA BERTUAHNYA KITA KERANA GST
Insaflah
Pakatan Rakyat Supporters
Beberapa hari lepas, PRs telah pergi kursus GST di kastam kelana jaya, tiada tujuan lain melainkan ingin mengetahui sejauh mana terkesannya rakyat jika ia d. i laksanakan pada 1 april 2015 nanti, di sini saya akan ceritakan bagaimana GST berlaku, rupanya ianya amat menguntungkan bagi kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit tetapi tidak kepada pengguna. Cara kiranya begini setelah saya tamat berkursus dengan penuh bangga! jika harga satu barang itu.. Contoh..
Sebiji aircond yang di buat oleh pengilang, segala bahan materialnya akan di kenakan cukai GST sebanyak 6%, maka kosnya juga akan meningkat 6%, dari harga asalnya, sebelum sampai segala material kepada pengilang, pembekal juga akan di kenakan cukai GST 6% untuk setiap material barang, ini menjadikan jika sebiji aircond 1.0 hp jika dulunya berharga RM 700.00, ianya akan bertambah menjadi 12% dari harga asalnya iaitu RM 784.00
Kemudian pengilang akan menjual kepada pemborong dengan tambahan 6% GST lagi menjadikan harga aircond 1.0 hp itu tadi menjadi RM 831.00.
Sesudah itu pemborong pula akan menjualnya pada peruncit dengan cukai 6% GST di tambah dengan mengambil keuntungan RM 50 ianya menjadikan aircond 1.0 hp itu tadi kepada RM 831.00 + RM 50.00 + 6% GST = RM 933.90
Kemudian peruncit akan menjualnya pada pemasang dengan menambah keuntungan RM 50.00 + RM 933.90 + 6% GST = RM 1042.40
Seterusnya pemasang pula akan mengenakan bayaran sebanyak RM 250 + RM 1042.40 + 6% GST
= RM 1369.60
Harga sebenar sebelum adanya GST bagi sebiji aircond 1.0 hp sehingga terpasang di rumah anda adalah RM 1369.60 / 100 x 70 = RM 958.70 saja! ini bermakna anda wajib menambah RM 411.00 lagi setelah GST di laksanakan pada 1 april 2015 bagi di kongsi-kongsikan oleh kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit dan pemasang!
Kesemua mereka boleh claim balik pada kerajaan dan hanya pengguna saja tidak boleh claim kepada kerajaan, bunyinya seperti indah bukan? Tetapi sebenarnya, pengguna terpaksa membayar 30% cukai kepada kerajaan, kerajaan berkongsi keuntungan itu kepada peniaga yg memang telah kaya raya atas dasar penindasan dan kezaliman yang melampau ini. Rakyatlah akan tanggung semuanya!
Berdasarkan merit dan populasi pekerjaan, di anggarkan seramai 14 juta pekerja dan berjuta masih belajar dan tidak bekerja dan hanya 2 juta saja peniaga di malaysia, maka secara realitinya, 3/4 rakyat malaysia akan di tekan 30% cukai sama rata dari pendapatan mereka oleh kerajaan Barisan Nasional bermula 1 april ini..
Maka akan berlakulah inflasi, iaitu majoriti rakyat akan berkira-kira untuk membeli walau suatu barangan sekalipun, ini akan menyebabkan kecairan wang dalam negara tidak berlaku, ekonomi akan lembab, pemintaan kurang dan pengeluaran akan berlebihan kemudian kerajaan pun akan tumbang!
Begitupun, jika pemasang aircond 1.0 hp itu tadi tidak berdaftar dengan kastam untuk GST, secara rasionalnya mereka tidak akan dapat berdaya saing dengan yang berdaftar, kerana mereka terpaksa meletakkan harga yang lebih tinggi kerana barang yang mereka beli tidak sama harganya dengan yang berdaftar GST, kerana yang berdaftar, ia boleh merendahkan sedikit harga pemasangannya kerana ia boleh claim semula 6% GST tadi, ini menyebabkan majoriti sumber pendapatan yang tidak berdaftar akan gulung tikar.
#
Rumusan PRs adalah, inilah dia gaya kapitalis terbaru dalam menjerut leher rakyat marhain di malaysia, cukai ini di paksa sebanyak 30% ke atas rakyat yang majoritinya berpendapatan rendah dan cukup-cukup makan. kerajaan yang suka menindas begini pasti tidak akan kekal lama dan pasti rakyat akan menumbangkan atau menggulingkan mereka.
Huraian PRs, di manakah pakar-pakar ekonomi kita yang kononnya hebat hingga perkara sebegini jelas penindasannya boleh berlaku?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
bukan sahaja GST, tetapi isu minyak pun terang2 akan menyebabkan kerajaan skrg tumbang.
ReplyDeleteTolong jelaskan juga bagi barang yang sama dan juga proses yang sama tetapi sebelum dikenakan GST. Kita ingin lihat perbezaan harga yang tuan katakan pengguna kena bayar 30% itu.
ReplyDeleterasanya harga sebelum GST lagi mahal, sebab bukan 6%..tapi 10% - 15%.
ReplyDeleteaku rasa2 harga sebelum GST airkon tu sekitar RM1600.
Yang 6% pengilang, pemborong, peruncit tu asalnya 10-15% dijadikan 6% keseluruhannya.
jangan melenting dulu, kita tunggu pencerahan dpd mat maslan atau menteri2 najib. sama ada dia nak nafi ke, nak pusing kita tengok nanti. menteri najib, ada masa utk study sebelum cakap. jangan cakap mengarut sudah la...
ReplyDeleteMi sya jwb bagi pehak amat maslan. Sya sporean. Duduk di JB. Rezki ada dimana2. Yang mustahak ukur baju dibadan sendiri. Kalau tak mampu jangan nak berangan macam mampu. Jangan beli barangan tak perlu. Di spore dan lebih 100 negara dah lama ada GST. Rakyat tak songeh pun. Yang mustahak pembangunan negara mesti diteruskan.
ReplyDeleteDi singapore anda tiada suara langsung..ikut je lah..
DeleteIni bukan soal mampu atau tidak tetapi soal kesan GST..
Persaolan utama sekarang ialah harga sebelum dan selepas GST - meningkat atau tidak.
Jika meningkat - itu sesuatu yang mendukacitakan.
Jika peningkatan harga barang di sebabkan oleh GST dan kerajaan tidak menggantikannya secara relatif seperti peluang pekerjaan dan kemudahan perniagaan yang banyak ini akan menjejaskan sosio ekonomi rakyat dan peningkatan jenayah.
pengiraan yg diuar-uarkan ialah GST dikenakan atas nilai tambah sahaja untuk mengelak dari cukai dua kali keatas kos barang. Dgn itu pengiraan yg sepatutnya ialah :
ReplyDeletepembekal kpd pengilang = 700 + 6 % = 700 + 42 = 742.
pengilang kpd pemborong = 742 + untung 50 + 6 % atas 50 = 742 + 50 + 3 = 795.
pemborong kpd peruncit = 795 + untung 50 + 6 % atas 60 = 795 + 50 + 3 = 848
peruncit kpd pengguna = 848 + untung 60 + 6 % atas 50 = 848 + 60 + 3 = 911
Jumlah GST = 42 + 3 + 3 + 3 = 51.
Kalau cukai sblum gst = 700 x 10 % = 70. sekali saja.
Kesan :
Harga Barang dulu = 700 + 70 + 50 + 50 + 60 = 930
Harga jika GST = 911.
Kesimpulan : Harga GST lebih rendah.
Isteri aku adalah seorang ketua di sebuah syarikat. Tiap-tiap tahun syarikat dia mendapat keuntungan setelah tolak cukai kepada kastam purata rm 500.000. Katakanlah cukai kepada kastam setiap tahun purata rm 50,000.
ReplyDeleteApabila GST nak dilaksanakan, mereka telah membuat congak dimana keuntungan syarikat setahun akan menjadi rm150,000 setelah menolak cukai kepada kastam.
Itu sebelum mereka mendapat maklumat yang sebenarnya. Apabila syarikatnya memanggil satu badan yang profesional memberi taklimat kepada semua kakitangan di syarikat itu dari A - Z selama 8 jam, dan setiap kakitangan faham macam mana nak tadbir urus, key in data dan sebagainya, hasilnya syarikat yang isteri aku kerja tu masih maintain keuntungan rm 500.000 tetapi cukai kepada pihak kastam lebih dari rm 50,000. Ini disebabkan, ketirisan tidak berlaku seperti sebelum ini.
Satu lagi, instead, kastam pungut cukai pada hujung tahun sebelum ini, ia akan jadi bulanan wang cukai dibayar kepada pihak kastam. Kalau sebelum GST cukai tahunan nya rm 50,000, kini syarikat itu otomatik bayar kepada pihak kastam tiap-tiap bulan rm 4,000 ke rm 4,500 sebulan.
Dan seterusnya lagi, syarikat isteri aku tak perlu naikkan apa-apa kos tambahan.
Seperkara lagi pihak yang memberi penerangan tentang GST mestilah faham betul-betul apa yang nak di sampaikan dari A - Z, kalau tidak memang tak boleh tidur malam....apake hei nya yob, untung rm 500,000 tinggal rm 150,000. Nak naikkan kos, orang lari, syarikat gulung tikar.
Itu lah yang aku tahu sedikit sebanyak tentang GST ni.
Setakat mana teori jadi kenyataan.. Kerajaan berhadapan peniaga cina yang monopoli pembekalan dan pengeluaran...mereka akan cuba tipu dlm percukaian, menaikkan harga barang dengan alasan gst untuk mengaut keuntungan segera dan lebih dan ketiganya semua itu menyebabkan rakyat marah pada kerajaan dan kroni mereka DAP mudah menang.
ReplyDeleteSetuju, setakat mana kerajaan boleh pantau...kastam adalah antara lubuk rasuah (?)
DeleteTerlibat dengan banyak jabatan untuk pemantauan...dari kepala - menteri kementerian ketua jabatan penjawat awam semuanya terdedah kpd pelbagai penyelewengan.