Menjelang PAU, beberapa pihak yang cemas dengan status Najib dikacamata ahli umno khususnya mula mencipta slogan bahawa ada kempen sedang dijalankan bertujuan memburuk-burukkan Najib, istilah yang digunakan "smear campaign".
Mereka istilahkan kempen ini sebagai serangan sengaja memburukkan Najib.
Hakikatnya apa yang diketahui, Prestasi dan kualiti Najib sudah mula diperkatakan umum sejak hari pertama selepas PRU13 di mana sudah ada pun suara memintanya berundur atas prestasi buruk PRU13, jauh lebih buruk dari paklah.
Apakah pihak yang cemas ini pura-pura baru tahu dan sedar selepas mereka jangkakan apa yang Najib lakukan kelak mampu menutup suara-suara tidak puashati tersebut.
Suara umum agak reda sedikit selepas itu untuk "wait and see" tetapi malangnya Najib bukan saja tidak membaiki keadaan malah merosakannya lebih jauh. Kemuncaknya apabila Melayu dan Islam sudah boleh diperlekehkan, urusan dicampuri dan dipertikaikan itu adalah petanda awal Najib memang sudah tidak boleh dipercayai lagi.
Lain-lain faktor sudah menjadi sejarah dan kehangatan bertambah apabila Tun Mahathir menarik balik sokongan kepada Najib sekaligus senada dengan rakyat - Najib sudah tidak boleh dipercayai.
Soal Najib mahu lepaskan jawatan atau tidak ianya bukan urusan rakyat setakat ini, tetapi lebih kepada urusan dan tanggungjawab umno itu sendiri menilai dan bertindak kerana di PRU14 rakyat bukan sahaja akan menolak Najib tetapi juga umno jika masih tidak berubah.
Sudah tidak ada belas kasihatan, sudah tidak ada simpati, sudah tidak ada kepercayaan, sudah sampai had kesabaran dan paling penting sudah tidak mungkin akan tertipu lagi....
Bagi mereka yang cemas dengan suara rakyat termasuk suara ahli umno yang sudah mula bosan dengan Najib kenalah sedar bahawa tidak ada serangan atau kempen memburukkan Najib, cuma yang ada ialah rakyat hanya bercakap sesama mereka tentang Najib ( ..................................................................................................... ) bukan rekaan atau ciptaan untuk sengaja serang.
Rakyat tidak paksa untuk Najib berundur cuma Najib sendiri kena fikirkan cadangan tersebut, sebaiknya Najib ada keberanian di PAU terdekat ini.
Mereka yang sokong dan sayangkan Najib wajar berbisik padanya sesuatu....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
Tak Payah Nak Bodek..
ReplyDeleteNajib Letak Jawatan... Berapa Banyak lagi yang Nak Rugiii\\
1MDB 665 JUTA duit siapa?? Duit BRIM ker??
1MDB dah berapa lama di tubuh, kalau pokok pun nak dapat hasil terpaksa di Baja dan dijaga dengan baik untuk dapat buah hasil yang bernilai, sikap melayu yang mau semua cepat dan malas tak kan hilang...beri masa 1MDB akan Berjaya...kenapa apa saja yang di buat oleh idea melayu di tentang...fikirlah..kamu nak Berjaya..pun melalui proses..mak bapak tanam benih, di besar kan dengan susu, nasi, pergi sekolah, kalau bijak di biaya oleh kerajaan, score dalam exam, masuk university, keluar kerja...tapi sayang bila dah Berjaya hentam kerajaan, lupa mak bapak..fikirlah wahai melayu...kalau betul mahu Berjaya..berjuang di bumi yang rata..sama dengan cina...siapa akan Berjaya..tapi kalau masih mentality melayu..tutup dan bungkus lah dan harap brim..lah untuk hidup.....
ReplyDeletekalau tak tahu prinsip ekonomi tak payah lah nak condemn terms ekonomi,..kita makin Berjaya dari segi ekonomi sebab pertumbuhan ekonomi nyata...dengar apa kata gabenor bank Negara tentang index ekonomi kita...najib bawa perubahan kepada kebaikan ekonomi, munkin dari segi politik ada sikit upset, tapi kita kena paham..politik Malaysia kotor..peliwat di Negara luar undur diri, tapi di Malaysia berterusan buat kacau bertahun tahun..fikirlah..
ReplyDeletepeliwat ialah saifool... meliwat diri sendiri dgn botol plastik dan berus gigi.
Deletepertumbuhan ekonomi? tak ke apa maksud pertumbuhan ekonomi?
index dan data2 ekonomi tidak mengenyangkan rakyat.
yg rakyat tahu kehidupan mereka semakin terhimpit dn pendapatan jauh ketinggalan, itu saja.
ekonomi bukan blh dibangga dgn teori dan data2 bombastic yg tidak memberi faedah kpd rakyat.
BILA MASA ADA EKONOMI MALAYSIA TK TUMBUH? SETIAP TAHUN TUMBUH
BILA MASA ADA BELANJAWAN NEGARA TIDAK BAIK? SENTIASA TERBAIK
lawak ekonomi.
najib lembab dan lembik..fakta
ReplyDeletenajib wajib letak jawatan.
ReplyDeleteEkonomi menguncup.
moral dan akhlak rakyat runtuh
LGBT dan puak samseng semakin besar kepala
Agama Islam makin dipijak2.
Melayu tak boleh sebut lagi..nanti racist..
so najib? kau hanya jaga stakeholder yg tak undi kau..
iaitu CINABABI dan SRJKC.. tell the truth laa..
usah selindung2..