Google+ Followers

Sunday, February 26, 2017

OTAI REFORMASI MASIH EMO, BELUM MATANG MATANG BERPOLITIK..



Tidak dapat di elak kan untuk blog ini daripada  menyentuh Konvensyen Reformasi 2017 yang hangat diperkatakan kerana Tun Dr Mahathir ditolak secara kasar oleh sebahagian peserta.

Mungkin Tun tidak menjangka sebegitu buruk layanan fizikal yang diterimanya ketika hadir tanpa dijemput.

Tetapi mengetahui dari awal kumpulan tersebut memang masih berdendam dan marah kepadanya,  langkah Tun hadir sangat tepat kerana adalah lebih baik dia berhadapan dengan situasi sebenar daripada mengelak dan berpura pura semuanya akan okay.

Keakraban semula Tun dengan Anwar sejak kebelakangan ini sekadar menunjukan bahawa sikap dan perangai otai otai reformasi berkenaan lebih sudu dari kuah,  emo desperado terperasan hebat.

Kehadiran Tun mengesahkan lagi keazamannya untuk memastikan umno tidak mampu lagi menang di PRU kerana Tun telah pun menjinak kan hampir semua musuh musuhnya satu demi satu.

Kalau mahu dilihat kembali, ejekan dan kutukan segelintir peserta reformasi tersebut masih lagi dianggap biasa dan ringan jika dibandingkan sikap biadap ahli dan pemimpin umno sendiri mengutuk,  memburuk, menghina, memfitnah,  melabel dan menarik balik segala keistimewaanya selaku mantan PM.

Adalah tidak penting siapa Tun di kacamata manusia dan bukan penting pun jika itu pandangan pendedak kerana perjuangan Tun lebih kepada kepentingan menjaga alam kubur dalam istilah perjuangannya.

Lebih lebih lagi semua mereka yang sering mengkritik keras ke atasnya termasuk yang bermotor besar mewah bukanlah golongan yang banyak pun pengaruh atau jasa kepada ugama, bangsa dan negara.







12 comments:

  1. Rasuah: MB Johor kena bertanggungjawab


    JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin perlu bertanggungjawab memberi penjelasan berhubung isu rasuah dan penyelewengan yang berlaku secara terbuka dalam agensi kerajaan baru-baru ini.

    Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, isu rasuah ini perlu diberi perhatian serius memandangkan tindakan mereka telah mengakibatkan negeri itu kerugian jutaan ringgit hasil pendapatan negeri.

    "Rakyat Johor dikejutkan semalam dengan penahanan enam individu berusia antara 24-50 tahun kerana terlibat dalam kes rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor.

    "Mereka yang ditahan adalah anak exco kerajaan negeri, dua pemaju, seorang peguam dan seorang awam. Mereka semua disyaki bersubahat dalam mengurangkan premium tanah yang diluluskan untuk projek-projek perumahan dan perindustrian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap enam individu kerana dipercayai terlibat dalam skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor.

    Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Azam Baki berkata, keenam-enam suspek yang berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditangkap di beberapa lokasi di Johor Bahru dalam satu operasi serentak yang dilancarkan oleh SPRM kira-kira jam 8.30 pagi pada 24 Februari 2017.

    Turut dirampas adalah 21 kereta mewah, wang tunai RM500 ribu dan 45 akaun dengan jumlah simpanan RM15.5 juta.

    Sehubungan itu, pihak Amanah juga mendesak SPRM membuat siasatan secara telus dan pendakwaan perlu dilakukan bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab sehingga mengakibatkan kerugian besar kepada kerajaan dan rakyat menerima hukuman setimpal.

    "Selaku ketua kerajaan, Khaled perlu bertanggungjawab sepenuhnya diatas isu ini kerana ianya melibatkan anak exco, agensi kerajaan negeri seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor dan SUK (Bhg Perumahan) yang terletak dibawah portfolio Menteri Besar Johor sendiri.

    "Beliau perlu tampil dengan penjelasan kenapa ketirisan dan penyelewengan serta salah guna kuasa dalam agensi kerajaan Johor berlaku secara terbuka akhir-akhir ini. Isu ini telah menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri," katanya lagi - SH
    celahgelegar at 2:29 PM

    ReplyDelete
  2. Kluangman,

    Saya setuju..
    Saya suka ayat "desperado perasan hebat"
    Kita kena pandang ke depan..

    ReplyDelete
  3. Gila macai madey ni makin sewel mcm ketua penabur dedak haram jgk.. Dosa jho low najib kena tanggung?

    Dosa penyangak mna di Johor Mb kena tanggung?

    Dosa menyamun judi forex bkn kah madey yg tggung?
    Dosa arahan bunuh memali pulak mcm mna?

    Sejak bila pulak anwar yg ditumbuk muka zmn reformasi dulu tetiba jd akrab dgn mahazalim?

    Nk kencing aje berok macai madey ni. Clps cari psl dgn Sultan Johor skg cari psl dgn puak ketom pulak.. Mmg sgguh gila..

    Kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik KD..! Ulasan yg bagus..!!!

      Anon 12.15, dah mula meroyan.. Hehehe

      Delete
    2. bubarkan saja puak reformasi.. anwar pun tak perlu tanggung dedak untuk mereka lagi.
      nama saja ahli reformis tetapi anwar juga yang keluar masuk sg. buloh..
      ahli reformis sesuai jadi tukang arak dan sorak saja..

      Delete
  4. Take the bull by the horn. Not by cash is king..

    Karisma yg xde pada najib dulu kini dan selamanya

    ReplyDelete
  5. karisma madey kutty terletak pada pangkalnya... bukan hulunya... pokok pangkal demi menyelamatkan kekayaan diri dan anak beranak dan kroni.. better go fly kite !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cacai komen cacai lain sokong.
      Kikikiki

      Mamak kuty itu ini sedikit pun xmensucikan pemimpin kleptokrat.
      Kikikiki

      Dabik dada era baru perang cara baru..
      Tp isi komen masih taraf budak2 sekolah.

      Delete
  6. SETUJU BRO....MADEY SANGGUP TEBAL MUKA JUMPA PENYOKONG NUAR WPUN KENA MAKI...POKOK PANGKAL DEMI MENYELAMATKAN KEKAYAAN ANAK BERANAK....SEMUA JUTAWAN BRO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Struktur demokrasi malaysia memerlukan parti.

      Kekayaan anak beranak itulah yg diamalkan najis.
      Kaya dari kontrak kerajaan masih boleh diterima, tp ambil dari wang negara?

      Tarantula, suharli masrop dan ntah berapa ramai lg nama dipakai.
      Alih tiang gol xselesai masalah.

      Delete
  7. kah kah kah!! kluang tuko jd ayam je la.. dh trlebih mkn dedak ni kd!!

    ReplyDelete