Google+ Followers

Tuesday, May 16, 2017

3 PENJURU SEKADAR KE ARAH KERAJAAN CAMPURAN

Tidak ada satu pihak pun berani meramal dengan tepat hasil keputusan dalam setiap pertandingan 3 penjuru melibatkan Pakatan + pas + umno/bn.

Keluhan rakyat adalah majoriti berpihak kepada pembangkang tetapi bukan semuanya pengundi, tidak boleh mempengaruhi keputusan.

Sikap rakyat yang sekarang pintar dan menerima apa jua pemberian kerajaan tetapi tidak mengundi parti pemerintah merupakan satu lagi fenomena yang memeningkan umno. 

PAS mungkin mempunyai penyokong yang tegar tetapi ianya dibayangi AMANAH yang masih berdamping rapat dengan akar umbi pas. Untuk mempengaruhi dan mendapat undi dari kalangan bukan ahli,  pas bergantung kepada calon di kawasan tersebut tetapi bukan melayu,  majoriti besar menolak pas. 

3 penjuru sangat terbuka untuk semua parti,  ia menjadi isu dan kebimbangan besar buat Pakatan,  macam satu kelegaan buat umno dan sekadar bermegah megah untuk PAS. 

Dengan segala teknik dan kemudahan,  umno sukar ditewaskan. 
Dengan sentuhan Mahathir,  pembangkang ada harapan besar peningkatan.. 
Dengan bersendirian, PAS bermain dengan lubang kuburnya sendiri.. Atau jadimangsa serigala. 

Keberuntungan PAS,  dia boleh menyertai Pakatan atau umno untuk membentuk kerajaan pusat selwpas PRU14 dan mendapat habuan setimpal. 

Bukan satu yang mustahil,  Hadi Awang mampu menjadi PM dalam kedudukan sempua terbaik walau berada di pihak mana sekalipun. 


2 comments:

  1. Kesian Blogger MahaKUTTY! kira nak psikologi PAS lar tu ! muahahahahah
    ...Kan MahaKUTTY dah ada! lagi pun MahaKUTYY ada 1.2 juta tandatangan penyokong! buat apa nak risau pasal PAS lagi! Ahli parti PAS pun tak sampai sejuta!! Sure MahaKUTTY PPBM dah boleh ganti PAS dalam Pakayan Hopeles!!

    ReplyDelete
  2. 3 penjuru sekadar kelebihan buat najib bn. Menang sorak tapi kampung tergadai. Bunyi sokongan lebih 60%, tapi kalah kerusi.4 undi bn 2 undi pas 3 undi pakatan, 1 undi pekasa. Memang yg sokong najib bn akan pastikan 3 penjuru.

    ReplyDelete

Sendiri cakap, sendiri tanggung..