Sunday, March 17, 2024

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

 


𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

Kita jawab secara am



"Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?"


Baru -baru ini saya terima pertanyaan daripada seseorang yang hubungi saya melalui wasap.


Kadang-kadang saya nak gelak pun ada, nak nagis pun ada. Tetapi kalau diingatkan balik, itulah saya dahulu. 


Saya andaikan dengan simpanan emas ini saya boleh dapat dividen (return investment) berlipat ganda berbanding modal asal. Saya tak terkejut kalau ada tanya soalan seperti ini, sebab saya pun macam tu dulu.


Sebelum kita cerita berapa untung dengan emas, jom kita kenali posisi-posisi dalam dunia emas.


𝗣𝗢𝗦𝗜𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦| Posisi ini fokus kepada pertambahan GRAM saja. Bulan ini beli 1gram, bulan depan beli lagi 1gram.


Tak ambil kira soal harga emas semasa. Harga emas RM300 segram beli, harga emas RM286 segram beli, harga emas RM291 segram beli. Yang penting gram bertambah setiap kali gaji atau kalau ada duit lebih.


𝗣𝗢𝗦𝗜𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥 𝗘𝗠𝗔𝗦 | Posisi ini fokus kepada keuntungan RM (return investment). Aktif beli apabila harga rendah, jual apabila harga tinggi. Untuk jadi pelabur emas kita perlu beli emas minimum 100gram dan ke atas (250gram, 500gram atau 1 kilo).


Perlu mahir analisis teknikal harga emas. Boleh kenal pasti di mana harga dianggap harga lantai, di mana pula harga dianggap harga siling. 


𝗣𝗢𝗦𝗜𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔 𝗘𝗠𝗔𝗦 | Posisi peniaga emas fokusnya  kepada pertambahan gram dan RM. Jika ada seseorang membeli emas atas nama dealer tersebut. Dealer itu akan dibayar komisen berdasarkan jumlah pembelian customer terbabit. 


Dengan komisen tersebut dealer boleh tambah lagi gram emas sedia ada. Dealer boleh untung menambah gram dan RM dalam pada masa yang sama.


Hakikatnya, emas tak seperti saham dan kita  tak boleh membandingkan emas dengan mana-mana instrument kewangan sekalipun. 


Ia perbandingan yang tidak kena, ibarat membandingkan sebuah oren dan epal.


Kalau saham ada dividen. Emas tak ada dividen. Keuntungan emas hanyalah apabila kita jual semula.


Tetapi bukan itu saja keuntungan menyimpan emas. Ada lagi keuntungan-keuntungan lain yang ramai antara tak tahu.


1. Duit simpanan tak bocor.

2. Nilai kekayaan kekal dalam jangka panjang.

3. Simpanan hari tua.

4. Tabung pendidik, haji umrah atau perkahwinan.


Selepas menjawab secara am, dah join, dah simpan, dah belajar, dah invest, dah faham, bukan ikut ikut sahaja...pertanyaan di atas bolehlah dijawab secara khusus dan diterangkan bagaimana ia boleh berganda tetapi masih tidak sekelip mata, ambil masa, tetapi selamat, stabil dan lumayan.


Apabila sendiri faham ada ilmu maka keuntungan berganda akan menjadi logik dan realiti. Lebih penting 100% pengawalan dibuat oleh anda sendiri.

Tanpa ilmu ia akan disalah tafsir seperti scam








No comments:

Post a Comment

Hidup ini keras

  https://youtube.com/shorts/hnHsWU3gQzE?si=7I5K3DnWYTyDoJMG