Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Kalah atau menang pilihanraya, pemimpin UMNO sudah kaya...

Sejauhmana dan berapa lama agaknya blog2 pro kerajaan dan pro UMNO khususnya dapat bertahan untuk mempertahankan kerajaan yang diungguli UMNO.

Tidak bertahan bukan kerana pembangkang hebat, tidak juga kerana blogger pro pembangkang yang bagus2, ulasan mereka lebih banyak ****** dari logik dan rasional. Mereka juga tidak berdaya tahan, jatuh moral kerana sikap pemimpin mereka sendiri. Mereka sendiri sudah patah dan lemah semangat. Yang segar dan makin galak hidup ialah blogger2 yang belot kepada UMNO atau yang mengkritik keras UMNO, mereka bersikap menentang UMNO kerana UMNO tidak berubah.

Jelasnya blogger pro UMNO yang bertungkus lumus selama ini mempertahankan UMNO tanpa didbayar sesen dua pun kini mula sudah 'fed up' dengan sikap UMNO sendiri, sikap pemimpin yang masih tidah faham2, tak reti bahasa, bodoh sombong dan ada yang masih syok sendiri merasakan rakyat sokong kerajaan sekadar pemimpin pembangkang diburukkan.

Sudah tentunya 'fed up' datang dengan merujuk kepada sikap Najib sendiri sebagai Presiden UMNO, Presiden BN dan Perdana Menteri Malaysia yang sudah hilang hormat, hilang kuasa, hilang kawalan dan kelihatan tidak konsisten, tidak tegas dan mula 'merapu' dengan ungkapan2 yang hilang kawalan dan maksud. Najib sudah mula menampakkan gohead gostan, flip flop dalam ucapan dan janjinya. Saya sendiri malas mahu merujuk atau membuktikan apa apa sikap tersebut, memadailah kita sudah sering membacanya seperti yang terpapar di semua media sejak dahulu hingga sekarang. semuanya menyakitkan hati dari hari ke sehari.

Semak bagaimana kerajaan tangani isu Allah, isu Kristian, isu petrol, isu gula, isu harga barang, isu sensitif, isu perkauman, isu projek, isu biasiswa, isu ahli UMNO yang belum mendaftar sebagai pengundi, kegagalan 1Malaysia, isu hak Melayu, isu anwar, isu rsuah, isu video seks, isu Dato T dan banyak lagi dan belum nampak sesuatu yang meyakinkan di dihadapan untuk rakyat bergantung harap melainkan kerajaan dilihat lemah dalam pengurusan dan kepimpinan, lembap, berlembut tidak kena tempat, tiada kecekapan dan ketepatan dalam isu keselamtan melainkan dilihat meleret dan tiada kesudahan menyebabkan rakyat makin gelisah dan bertanya tanya.

Ditambah pula dengan Ketua Pemuda UMNO yang hilang arah perjuangan, Menteri Dalam Negeri yang menikus dan banyak lagi kabinet yang meneruskan dasar 'separuh masak'.

Tidak ada gunanya sesiapa pun mempertahankan kerajaan hari ini kalau kerajaan sendiri dilihat sudah sukar berubah, tidak mahu berubah dan paling minimum, tidak 'mendengar' pun.

Apalah sangat blogger kecil dan individu kerdil mahu memmpertahankan UMNO, kalah atau menang dalam pilihan raya, mereka sudah kaya, anak mereka terlebih makan, rumah mereka terlebih mewah, kereta mereka terlebih menjalar.

Rakyat tetap sama, kena cari makan sendiri walau sesiapun perintah.
Dan tadi kerajaan sekali lagi hadiahkan rakyat dengan mendahulukan rakyat dengan kadar kenaikan kadar letrik sebanyak 7.12% dengan terkesan kepada penggunaan 300kw/j sebulan...tahniah pada semua blogger proumno.



Monday, May 23, 2011

PAS mempunyai pakej yang lebih meyakinkan...

Situasi UMNO di mana calon pilihanranya disokong dan diundi oleh kaum Cina (MCA/Gerakan) kini telah berlaku kepada calon PAS yang kini diskong dan diundi oleh kaum Cina (DAP/PKR). Situasi ini tidak pernah berlaku pada PAS sebelum ini.

Hari ini calon UMNO dipilihanraya mempunyai harapan yang sangat yang tipis untuk dipilih dan diundi oleh mana mana kaum Cina (MCA/Gerakan) dan tidak mungkin dari kaum Cina (DAP/PKR). Situasi ini tidak pernah berlaku pada UMNO sebelum ini.

Sejarah belum pernah terjadi secara ketara ahli PAS belot kepada parti dan menyokong parti atau calon dari parti lain. Tetapi situasi ini ujud pada UMNO dalam tahun 2008 dan akan berulang lagi pada PRU13 akan datang atas dasar penolakan di atas kepimpinan UMNO.

Di dalam PAS, Presiden sangat mudah didekati dan selalu mendengar pandangan bawahan dan melaksanakannya, berbeza dengan UMNO, Presiden sukar didekati dan arahan datang dari atasan kepada bawahan dengan begitu rakus dan keras sekali...Pemimpin UMNO minta ahli berubah sedangkan mereka sendiri tidak berubah, tuli untuk mendengar pandangan bawah.

Di dalam PAS suara Pemuda, Suara Setiausaha, Suara Naib2 Presiden, Suara Mursyidul, Suara Majlis Ulama jelas sealiran dan kolektif dengan Presiden malah kadang2 mendahului Presiden tanpa rasa kekok.

Di dalam UMNO, suara Presiden akan dijadikan panduan atau dinanti untuk melihat coraknya, kalau 'hijau' kata Presiden, maka selepas itu berebut rebutlah pula pemimpin bawahan meng'iya'kan saranan Presiden. Sikap mengampu yang sangat ketara.

Di kalangan ahli PAS, kurang sekali kritikan tertutup atau terbuka dilemparkan kepada pemimpin mereka, berbeza dengan UMNO, pemimpin bukan sahaja dikritik tetapi jadi bahan lelucu dan sendaan. Sikap hormat pemimpin UMNO sudah berkurangan kerana pemimpin diselaputi, dikelilingi ampuan dan kroni.

Najib sudah berulangkali ditegur untuk gugurkan KJ dan Nazri sebagai makhluk yang sangat tidak digemari akar umbi? Apakah Najib dengar? Najib sudah berulangkali ditegur untuk mengurangkan penonjolan Rosmah yang dianggap tidak pernah dilakukan oleh mana2 PM sebelum ini dan tidak juga mana2 Presiden parti sebelum ini. Apakah Najib dengar? Banyak lagi contoh isu2 nasional yang akar umbi suarakan? Apa yang Najib kekal dan tambahkan hak Melayu dan pribumi? Apa yang Najib kekal dan tambahkan hak Islam?

Dengan segala kepincangan, kekurangan UMNO atas kelemahan dan ketandusan kepimpinannya yang sedia ada - UMNO dilihat sudah tidak mampu berubah, angkuh untuk berubah, takut untuk berubah, tidak tegas dan tidak berani untuk membuat perubahan drastik, reform hanya dimulut untuk ahli dan bukan dihati dan di diri pemimpin - sudah sampai masanya UMNO wajar ditolak secara maksimum oleh orang Melayu keseluruhannya.

Orang Melayu tidak boleh memilih UMNO sedikit dan PAS sedikit jika mahu orang Melayu dan Islam masih relevan dan kekal kuasa politik di Malaysia. Pemilihan orang Melayu kena jitu dan jelas. Dalam hal ini PAS adalah pilihan terbaik untuk mewakili orang Melayu dan Islam secara total kerana kepimpinannya yang masih lagi bersih, baru dan boleh berubah, PAS juga dihormati dan lebih dipercayai di kalangan parti dan kaum lain.

PAS walaupun pada masa ini seperti menjadi alat dan diperkudakan oleh DAP dan PKR sebenarnya masih dalam kedudukan 'menguntungkan' dari segi politik walaupun agak tercaalar dari segi moral dan maruah. UMNO pula dilihat walaupun tidak diperkudakan oleh sesiapa tetapi barisan kepimpinannya tetap dilihat takut dan tunduk kepada desakan kaum lain yang sangat tidak dapat diterima oleh akar umbi dan pro UMNO .

Sebab itulah sokongan padu Melayu kepada PAS sangat diperlukan untuk mengembalikan PAS sebagai kuasa yang kuat dan stabil dalam Pakatan Pembangkang untuk dihormati dan disegani kawan dan lawan. PAS akan jadi dominan dalam Pakatan Pembangkang menggantikan UMNO yang dominan dalam BN.

Perjuangan PAS yang berteraskan Islam dan bukan berkonsep bangsa mampu untuk menjadi parti yang berbilang bangsa keahliannya dan ini mampu mengurangkan pergeseran sentimen perkauman.


Tetapi tidak dinafikan PAS juga perlu melupuskan beberapa pemimpinnya yang bersikap diktator serba maksum dan PAS perlu dilihat tidak bersubahat dan menolak kemungkaran di pihak kawan atau lawan secata total tanpa kompromi dengan menjadikan Al Quran sebagai pegangan utama.


Saturday, July 17, 2010

Tanpa PAS and UMNO (PaU), orang Melayu hendak ke mana..

Orang Melayu kena gunakan persatuan untuk bersatu padu tanpa taksub kepada fahaman politik apabila pemimpin parti politik yang mereka sertai sedang berada dalam keadaan mabuk kuasa dan sindrom takut hilang kuasa. Pemimpin Melayu dan Islam hari ini merasakan mereka berada dipuncak kuasa atas kekuatan undi bukan Melayu.

Pemimpin UMNO percaya orang Melayu tidak mempunyai pilihan lain selain dari memilih UMNO dan pemimpin PAS percaya penggunaan sentimen Islam akan mmemastikan orang Islam memilih PAS.
Mereka saling tuduh menuduh, salah menyalah untuk mengekalkan sokongan dan ketaksuban penyokong masing2 dan berlumba lumba untuk mengambil dan menawan hati bukan Melayu dan Islam.


Apakah benar di PRU13 nanti, orang Melayu dan Islam tidak punya pilihan lain selain PAS dan UMNO. Ada sesiapa di sini yang nak cadangkan Anwar sebagai penyelamat..

Wednesday, May 12, 2010

Usia Emas...


UMNO
sudah
tua..

64thn

Bila nak pencen
....

kemaskini 13/5/10


posted by null at Malaysiakini - 2 hours ago
Huge losses associated with the Bakun hydroelectric dam project have led to Ahmad Zubir Murshid being asked to go to on leave immediately.

Kenapa Najib tak ikut cara pentadbiran Sime Darby, tendang keluar Menteri yang bertanggungjawab jika agensi dibawahnya rugi akibat cuai, rasuah, menyeleweng atau apa sahaja. Mulakan dengan Nazri, Nor Yaacob.....

Najib juga dijangka bertemu dengan Susilo dalam masa yang terdekat untuk membincangkan pelbagai isu.
Perhatikan ada tak lagi, pulau, batu, blok atau apa sahaja takut takut tergadai ketika menandatangani apa apa dokumen kononnya atas nama 'win win situation'.
Lewat kebelakangan ini pemimpin yang diberi peluang sementara menjadi PM mudah lupa daratan, mudah melelong hak negara macam negara ni 'mak bapak depa' punya.

Di darat, di bumi Malaysia sekarang, judi sukan sudah dikeluarkan untuk syarikat Cina mengaut keuntungan ke atas 'pemain' yang rata2nya Melayu.

Tetapi dalam masa yang sama 'sistem kutu' dan 'skim cepat kaya' kegemaran orang Melayu sedang di kekang sakan sedangkan kedua dua skim tersebut jika diberi lesen secara 'bersyarat' boleh menjana ekonomi orang Melayu.

Sunday, January 31, 2010

DAP parti tanpa krisis - UMNO PAS kena belajar..


















































Satu satu nya parti yang unggul dan belum dilanda krisis besar setakat ini ialah DAP. Diidolai Lim Kuan Yew, diterajui Lim Kit Siang dan kini berkapitan Lim Eng Guan, kapal apollo mereka bergerak lancar...

Semakin lancar apabila membawa bersama beberapa pemimpin hitam legam dan hitam manis yang termakan janji manis.

Akibatnya PKR kena pendarahan dalaman dan PAS pula terkena kencing manis, manakala pemimpin Hindraf hidup dalam buangan, usaha keringat titik peluh perjuangan mereka hasilnya kini dimakan DAP sendirian.

Tempias dari asap apollo itu juga terkena Barisan Nasional, MCA dengan aidsnya, MIC dengan mabuknya, PPPP dengan dua kepalanya dan UMNO sendiri menjadi juara pamiran rakyat, berbaju batik cantik ke hulu ke hilir, bersanggul tinggi tanpa menutup aurat, tapi badan penuh daki dan panau, mendangor sampai ke siak.. (apa maksudnya tanya orang banjar)

Dalam ucaptama PERKASA Selangor 28hb Januari 2010, Tun Mahathir menyatakan kekesalan kepada UMNO dan PAS kerana gagal mempertahan dan memperjuangkan hak Melayu dan Islam mengikut perlembagaan kerana mereka lebih sebok melayan dan memenuhi nafsu kaum lain semata mata kerana undi dan mahu popular. Anak kera di hutan disusukan, anak sendiri diriba mati kelaparan.

Kepimpinan di dalam PAS dan UMNO sendiri sudah hilang arah tujuan sebenar perjuangan mereka malahan bercakaran, bertelingkah pendapat sesama sendiri dalam sesuatu isu kerana mereka cuba memenuhi kehendak semua orang dan paling sedih dalam masa yang sama leka dan lalai kepada bangsa dan ugama sendiri.

Hari ini senario politik dipenuhi dengan pertelingkahan, cah keting, fitnah atau apa sahaja HANYA antara sesama Melayu Islam. Hari ini juga yang ditangkap rasuah wang dan seks, dadah dan pelbagai lagi jenayah majoritinya Melayu Islam. Kita hanya unggul di dalam 'proses kehancuran'.
Berbalik kepada DAP, selepas kaum Cina menguasai ekonomi, perjuangan mereka hanya satu, untuk kaum Cina dalam apa jua aspek khususnya kuasa politik dan mereka sanggup memperlahankan suara atau menyokong apa sahaja 'kepentingan' yang dibawa oleh Gerakan atau MCA termasuk NGO jika asasnya untuk kemajuan kaum Cina. Mereka kurang mempertikaikan yang remeh temeh tetapi memberi tekanan dan fokus kepada kemajuan.

Dengan satu matlamat yang jitu, nyata dan jelas..tidak hairanlah perjalanan pentadbiran Lim Eng Guan di Pulau Pinang asal sahaja tidak mengganggu kaum Cina tidak akan 'dibelasah' oleh kaum mereka sendiri walaupun mungkin ada yang tidak mengikut peraturan atau tidak adil kepada kaum lain.

Lim Kit Siang bangun mempertahankannya dari sudut yang berbeza, dengan saranan supaya mesyuarat untuk mencari perdamaian di kalangan Pakatan Rakyat perlu di adakan untuk mengelak saling tuduh menuduh. Kalaulah Lim Eng Guan itu Ahmad bin Awang dan gerai yang kena roboh itu adalah dari kaum Cina, apakah gerak dan gaya Lim Kit Siang sebegitu 'sabar dan lembut' dalam isu itu???

DAP parti yang pernah nyawa nyawa ikan kini mendominasi PAS yang berterabur ulamaknya dan PKR yang kononnya hebat dengan Anwarnya kini berlutut seperti 'kucing' di depan 'tikus', seperti melukut di tepi gantang.

Pemimpin pemimpin Cina dalam dan luar DAP akan bersatu hati dalam apa jua isu jika kaum Cina tercabar dan tergugat.
Perasaan hasad dengki atau berlumba lumba untuk menjadi jaguh dan juara (popular) bukanlah matlamat utama tetapi lebih kepada bersatu hati dalam gerak kerja yang memberi faedah kepada semua kaum Cina tanpa mengira negeri dan parti.
Apakah ini ujud kepada pemimpin Melayu di UMNO, PAS dan PKR???
yang pasti DAP sedang bersiap sedia mengiring Anwar ke Sungai Buloh..

Thursday, October 15, 2009

Perosak UMNO dari dalam...


Apakah dia yang menjadi dalang dan punca rosakknya UMNO dan BN..
Dan kini lepas tangan..


Apakah cerita House PK dan Tun M lebih kurang sama..




Monday, October 12, 2009

Setakat Kegembiraan "Deepavali"..


Kemenangan bergaya TS Isa Samad lebih bersifat peribadi atas pengaruh dan kepercayaan pengundi tempatan kepadanya di kawasan DUN dan tidak mencerminkan kedudukan MP tetapi tetap akan jadi satu suntikan baru untuk UBN.


Kegembiraan UMNO harus terbatas setakat kegembiraan 'Deepavali' sahaja dan bukannya keriangan seperti Raya Haji atau Raya Puasa kerana perjuangan baru sahaja bermula ( pun masih ketinggalan ) dan entah bila selesainya belum tahu..


Pengundi pengundi India dan China pula nampaknya tidak menghiraukan apa jua kekecehohan yang sedang melanda MCA dan MIC, mereka sokong Isa Samad.

Wednesday, October 7, 2009

Kenapa Isa terpaksa dipilih..


Kekuatan UMNO pada keseluruhannya jatuh merudum dan untuk menghadapi pilihanraya kecil sebegini, calon tempatan yang 'mampu' diperlukan.


Di Bagan Pinang, hanya Isa atau faktor Isa sahaja yang mempunyai potensi untuk menang, calon lain walaupun mempunyai rekod paling bersih pun tidak mampu mempertahankan kubu UMNO ini.


Situasi UMNO ini menyebabkan Najib tidak dapat mengikut nasihat Tun supaya Isa tidak dicalonkan..


Jika UMNO sudah di ICU, tentulah ISA sudah tidak berguna lagi..


Thursday, August 27, 2009

UMNO lebih berkesan sebagai pembangkang...


Kekalahan UMNO 7-0 ke atas Pakatan Pembangkang merupakan gambaran jelas rakyat masih menolak UMNO walaupun pelbagai usaha telah dibuat termasuk 1Malaysia.

Yang nyata, ramai berpendapat UMNO masih belum berubah walaupun kepimpinan sudah diambilalih Najib dan sudah banyak perkara dan dasar dilaksanakan termasuk slogan rakyat didahulukan, keberkesanan diutamakan tetapi nyata tumpul dan menjadi mainan senasib dengan Islam Hadhari ciptaan Paklah.

Pemusnah UMNO dan Melayu - Paklah dan penasihat2nya seperti anak menantu dan Musa Hitam sedang hidup bebas, bergembira dari bebanan dan tanggungjawab memulihkannya.


Anwar yang dilepaskan oleh Paklah kini sedang meraih sokongan demi sokongan walaupun sudah dicap pengkhianat oleh Muhyiddin yang nyata tidak memberi kesan kepada pengundi Permatang Pasir untuk terus memilih pembangkang.

Nik Aziz walaupun digambarkan oleh media utama sebagai yang merapu, dolak dalih dan sesat masih mendapat kepercayaan penyokong PAS dan pembangkang lain kerana mereka menganggap Nik Aziz masih berada di landasan yang betul sebaliknya media yang memutarbelitkan.

Benarkah UMNO boleh menang di pilihanraya kecil yang mendatang jika menukar prinsip perjuangan kebangsaannya kepada perjuangan Islam seperti yang disarankan oleh Nik Aziz atau itu satu helah Nik Aziz untuk PAS telan UMNO bulat bulat jika cuba cuba menukar prinsip perjuangannya.

Kembali kepada persaolan UMNO perlu berubah ! Sebenarnya kepimpinan UMNO sendiri sudah ketandusan idea dan identiti untuk apa yang perlu diubah, semuanya sudah serba tidak kena dan serba tidak menjadi. Masa pula makin singkat.

Malahan bertambah buruk bila dasar dasar terkini yang dibuat seolah membelakangkan kepentingan Islam dan Melayu, perubahan yang diharapkan tetapi malangnya semakin mundur ke belakang..dasar yang mahu menawan kaum bukan Melayu tidak berhasil, tidak termakan umpan tersebut dalam setiap kali pilihanraya kecil walaupun sudah banyak permintaan mereka dilayan.

Kekecohan di PPP, MIC dan MCA menambahserabut kedudukan BN malah semua komponen BN berada dalam kedudukan krisis dalaman yang kelak akan melemahkan lagi kerapuhan yang ada sekarang.

Perkembangan terbaharu melantik Idris Jala sebagai Menteri satu lagi tindakan yang tidak membawa banyak erti malah menidakkan kuota tersebut yang wajar diberi kepada rakan komponen BN yang mampu meransang untuk mereka bekerja kuat. Apakah Idris Jala boleh membawa penyokong yang ramai atau menambah keyakinan rakyat ke atas BN ??????? Satu lagi kenaikan pangkat yang membazirkan wang rakyat. Di mana karisma dan kewarasan atas perlantikan tersebut sedangkan MAS untung kerana jual hartanya.

Jalan yang terbaik ialah UMNO wajar bersedia untuk menjadi pembangkang yang berkesan di masa mendatang kerana mereka gagal dan menjadi pengkhianat apabila berkuasa.

Sudah sampai masanya untuk pemimpin UMNO menjadi samseng ketika hak Melayu dan Islam dirampas, sudah sampai masanya pemimpin UMNO menjadi pembela Melayu dan Islam ketika kedudukan agama dan bangsanya terancam.


Kedudukan yang terbaik dari UMNO ialah menjadi pembangkang di bumi sendiri !!!

Sunday, May 31, 2009

Jom berhijrah sokong Anwar




Keluar BN, UMNO........jom kita berhijrah sokong Anwar...
Kemenangan pilihanraya kecil dengan tambahan majoriti yang mengkagumkan.....dan UMNO hanya berpeluk tubuh.

Wednesday, May 13, 2009

1Malaysia Najib senasib Hadhari Paklah..mana kuburnya

UMNO tidak perlu berubah sebaliknya hanya perlu kembali kepada perjuangan asal. Jika UMNO disarankan berubah ia hanya satu saranan yang akan membuatkan UMNO bukan sahaja tergelincir malah terus terhumban ke gaung.
Ahli dan pemimpin UMNO sebenarnya masih tercari dan bingung apa yang nak di ubahkan dan sebab itulah hari ini masing2 jadi burung tiong kepada Najib sedangkan sendiripun tidak faham.
1Malaysia gagasan Najib akan terima nasib yang sama seperti Hadhari paklah kerana auranya berbelah bagi, songsang, kosmetik dan lebih kepada propaganda yang agak mustahil.
1Malaysia hanya pemanis bibir sedangkan hakikatnya Melayu masih terpinggir kerana pemimpinnya menyeleweng dari perjuangan asal.
UMNO sudah tiada pemimpin, tiada pelapis pemimpin, tiada pelapis ahli yang setia dan ikhlas, hanya nasib sahaja yang mungkin menyebelahi mereka sekarang.

Kembalilah kepada perjuangan asal sebelum dimatikan di penghujung jalan yang sesat.

Sunday, March 29, 2009

UMNO dah menang



<<<<<<< "Berilah saya peluang untuk bekerja dulu," katanya ringkas sewaktu dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.














UMNO dah menang sorak !!!


Apa keputusan piliharaya kecil 7hb April - tergadai atau tidak.

Friday, March 27, 2009

UMNO tidak ranap sekadar KJ


Dikemaskini 28hb March 2009
Kemenangan KJ yang diragui dan Keputusan Lembaga Disiplin dan yang sewaktu dengannya samada betul atau tidak tetap jadi isu dalaman UMNO sekarang - bila nak selesai ? - tak habis habis.

Posting asal: 17hb March 2009
Kepada penyokong Mukhriz yang masih terus kecewa, wajar tempat itu (Ketua Pemuda) tidak lagi dijadikan tempat keramat untuk berbakti kepada UMNO, masih ada ruang dan cara lain untuk meneruskan perjuangan ini.

Tidak perlu protes atau laporan polis, hentikan kerja sia sia yang terus meranapkan parti kerana UMNO kena dibangunkan semula dengan penyatuan ahli dan pemimpin walau berbeza pendapat. UMNO tidak mantap sekadar Najib dan UMNO tidak ranap sekadar KJ - UMNO akan hancur jika tidak bersatu.

Sudah terlalu lama politiking sehingga banyak agenda lain terganggu dan tidak tercapai, Melayu semakin jauh ketinggalan, Melayu semakin dipertikaikan dan Melayu sedang diperkotak katikan oleh Melayu yang lupa daratan bersekongkol dengan bukan Melayu yang lupa asal usul.

Jawatan adalah amanah untuk dipikul, jika ada kemenangan yang palsu biar masa menjadi saksi terpenting dan masa juga akan meletakkan seseorang yang benar untuk berada di puncak kuasa, atas izinNya. Persepsi dan emosi yang berlebihan akan merugikan.

Dan MASA sekarang dan MASA ini adalah MASA untuk menebus dosa dan kesilapan lalu.

Thursday, March 26, 2009

Perjuangan yang selesai sebelum selesai...

Pemuda dianggap sebagai tulang belakang dan penggerak utama bersama Wanita dan Puteri dalam setiap kali pilihanraya kecil atau besar apabila UMNO terlibat.

Malah tetap jadi tukang sebok, kuli batak, hamba abdi dan kaki sebok membantu calon hindu dan tok pek kong atau budha walaupun jika UMNO tidak terlibat - begitulah hebatnya Pemuda UMNO.

Hari ini segala beban dan masalah yang terkotak di fikiran untuk melihat UMNO kembali gagah telah selesai, semuanya itu dipindahkan kepada KJ - Ketua Pemuda UMNO yang baru untuk merealitikannya.

Kepada perwakilan bijaksana dan bijaksini, inilah sumbangan terbesar anda untuk dikenang oleh anak cucu bangsa Melayu dan Islam.

Jika malam itu gelap, bukannya salah matahari tetapi salah bulan yang tidak mengambang.

Tuesday, March 17, 2009

UMNO - suci dan bersih - gunakan tanpa was was...


Keputusan Jawatankuasa Disiplin UMNO macam jawatankuasa pengawas sekolah jer keputusannya..
Ada pulak boleh maap maap..

Kepada penyamun tak digantung keahlian tapi anak buah jadi machai kena gantung keahlian..




Sekarang dah boleh bangga, UMNO suci dan bersih dari politik wang... Gunakan tanpa was was.

Monday, January 19, 2009

UMNO bini tua..

Jika dikaji keseluruhannya tidaklah UMNO itu begitu buruk, seumpama sekadar sekor dua beruk yang merosakkan taman bunga dan berkelakuan 'over' menyebabkan penghuni yang selalunya santai di situ sudah hilang harmoni, Tukang Jaga dan Tukang Kebun kini kena bekerja keras memperbaiki segala kerosakkan tetapi malang pelawat taman sudah ada pilihan taman yang lain.

UMNO bagaikan bini pertama atau bini tua yang sudah ada bibit bibit benci dan jemu, apa yang dilakukan semuanya tak kena dan dibenci belaka. Seperti kata Muhyiddin, sudah tidak ada penarik, sudah kerepot, kedut dan makin cepat makan tua. Ramuan awet muda yang mahu dicari terkadang salah ramuan, bukan ramuan awet muda yang terjumpa tetapi yang awet sombong, maka di jadikan isu.

Sindrom denial dan perasan yang ada pada beberapa pemimpin UMNO menambahburukkan lagi rasa jemu di kalangan rakyat untuk terus memberi sokongan. Sebagai p[ilihan mereka mahu mencuba pakatan kahwin campur ala ala Melayu kahwin Cina, terlanjur maka dapatlah pula anak tidak sah seperti Hindraf dan Jerit, namun kerana pakatan ini baru dan menjanjikan yang lebih harmoni maka rakyat mengalihkan jemu kepada UMNO kepada pakatan walaupun mungkin berisiko tinggi.

UMNO adalah umpama Datsun cabuk walaupun banyak berjasa tetapi sudah tidak sporty walau di bedak dan digincu dan pilihan yang ada sekarang rakyat mahu mencuba sesuatu yang dilihatnya baru dan belpebagaian walaupun sebenarnya ia juga berasal dari 'recond' dan yang sudah ditebuk tupai.

Sunday, October 26, 2008

Shahrir Samad memburukkan lagi imej budaya ahli UMNO..

UPDATE:

"Saya rasa tidak payah buat aduan kepada pihak yang terlibat. Dia (pemimpin terbabit) telah pun kehilangan sokongan bahagian dari segi pencalonan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Siapakah pemimpin yang dimaksudkan oleh shahrir? Ia seperti pemimpin itu sendiri yang menghantar sms kepada shahrir?
Melihat kepada pencalonan Bahagian Johor Baharu, tidak banyak beza dan aneh dengan bahagian2 lain di Johor kecuali bagi jawatan Timbalan Presiden - adakah shahrir menuduh pemimpin tersebut yang menghantar sms kepadanya dan telah menerima padah.

Reaksi kilat dan spontan telah diberi oleh Najib sedangkan Pengerusi Perhubungan negeri, Ghani Othman mungkin tidak dirujuk dan belum membuat kenyataan akhbar.

Adakah ramai yang kurang selesa dengan Muhyiddin yang tidak menjadi sasaran mana mana tuduhan skandal dan fitnah seperti hebatnya Najib yang dihujani peluru dari musuhnya, apakah langkah terbaharu shahrir ini sekadar umpan yang sengaja dilemparkan untuk ikan menerkam.

Mungkin shahrir berkiblat kepada siffunya, Musa Hitam tetapi kedua dua mereka harus tahu bahawa dalam politik, ada lagi buku politik yang mereka belum sempat baca tetapi Muhyiddin sudah kattam.
.....................................................................................


Shahrir Samad dalam ucapan dan penjelasannya memaklumkan dia mendapat lebih 10 sms berunsur ugutan supaya gabungan atau calon calon tertentu dicalonkan jika tidak mahu dirinya, bahagiannya mendapat 'kesusahan' kelak.

Siapakah yang membuat kerja bodoh tersebut? Adakah Shahrir sahaja yang mendapat ugutan sedemikian ? Kenapa Shahrir yang menjadi sasaran? Dan yang lebih penting kenapa Shahrir tidak mahu membuat laporan polis kalau sudah pandai pandai memberi penjelasan ? Bukankah itu memburukkan lagi imej UMNO yang sekarang sudah normal untuk melihat rampas merampas mikrofon dan kerusi berterbangan.

Tanpa laporan polis, Shahrir boleh dianggap bersubahat dan berniat jahat untuk memburukkan lagi imej UMNO atau berniat untuk mempopularkan dirinya untuk dilihat bersih dan berprinsip, tidak mudah dibeli atau tidak mudah menjual. Shahrir yang sudah makin terhakis popularitinya dan kewibawaannya di kalangan UMNO Johor akan sering menggunakan isu isu bom untuk menampakkan dirinya sentiasa relevan dengan perkembangan UMNO. Jika alasan ini tidak benar, wajar laporan polis dibuat untuk seluruh ahli UMNO mengetahui siapa yang terlibat. Jika tidak, fitnah dan khabar angin terus menular dan tentulah puak tertentu akan jadi sasarannya.

Anak buah Musa Hitam ini jelas bijak dalam 'political animalnya' dan ini merupakan satu lagi buku rujukkan yang Rais Yatim tidak membacanya.

Dan yang lebih pelik Bahagian Johor baharu bukanlah satu bahagian yang akan mencorakkan struktur pencalonan malah kalau yang dicalonkan itu sepelik mana pun, ia tidak akan menjadi ikutan, jadi soallnya kenapa Shahrir menjadi sasaran. Adakah kerana Shahrir menggunakan teknik dan taktik yang sama pada orang lain atau Shahrir memang nampak lemah dan mudah dipengaruhi.

Apapun tahniah kepada Bahagian Johor Baharu kerana mencalonkan bukan Muhyiddin Yasin sebagai calon Timbalan Presiden UMNO selaras dengan hasrat Ketua Bahagiannya yang diperbahrui.

Thursday, October 16, 2008

MINIMAKAN politik wang MAKSIMAKAN suara akar umbi

Di dalam politik, hukum rimba kadang2 akan lebih menang jika dirancang dengan teliti mengalahkan kebenaran tanpa perancangan, usaha dan membuta tuli.

Justru itu adalah lebih praktikal di dalam UMNO, undian ke atas pencalonan dan pemilihan MT dan jawatan yang lebih tinggi dibuat dengan mengambilkira jumlah undi sebenar yang dibuat oleh perwakilan cawangan di mesyuarat bahagian ( Pilihanraya Parti ). Undian dibuat secara ‘kertas undi’ dan dikumpulkan/dicampur dari satu bahagian ke bahagian yang lain sehingga selesai. Mana mana calon yang mendapat jumlah undi terbanyak dikira menangi secara mutlak jawatan tersebut. Dalam hal ini tidak timbul soal kuota kerana semua layak dicalon dan bertanding hatta akhirnya calon itu sendiripun tidak memilih dirinya sendiri.

Perhimpunan Agung UMNO Malaysia pula hanyalah satu mesyuarat yang hanya mengesahkan pemilihan tersebut dan seterusnya menjadi tempat berbahas dan memperbaharui polisi parti dan seterusnya menjadi dasar kerajaan selepas dihalusi.

Jika ini dipraktiskan, ia akan meminimakan politik wang dan memaksimakan suara akar umbi. Pemilihan cara ini wajar dijadikan ‘wajib’ secara undang undang kepada semua parti politik termasuk pembangkang supaya pemilihan benar benar telus tanpa peralihan kuasa gila dan kronis