Di dalam politik, hukum rimba kadang2 akan lebih menang jika dirancang dengan teliti mengalahkan kebenaran tanpa perancangan, usaha dan membuta tuli.
Justru itu adalah lebih praktikal di dalam UMNO, undian ke atas pencalonan dan pemilihan MT dan jawatan yang lebih tinggi dibuat dengan mengambilkira jumlah undi sebenar yang dibuat oleh perwakilan cawangan di mesyuarat bahagian ( Pilihanraya Parti ). Undian dibuat secara ‘kertas undi’ dan dikumpulkan/dicampur dari satu bahagian ke bahagian yang lain sehingga selesai. Mana mana calon yang mendapat jumlah undi terbanyak dikira menangi secara mutlak jawatan tersebut. Dalam hal ini tidak timbul soal kuota kerana semua layak dicalon dan bertanding hatta akhirnya calon itu sendiripun tidak memilih dirinya sendiri.
Perhimpunan Agung UMNO Malaysia pula hanyalah satu mesyuarat yang hanya mengesahkan pemilihan tersebut dan seterusnya menjadi tempat berbahas dan memperbaharui polisi parti dan seterusnya menjadi dasar kerajaan selepas dihalusi.
Jika ini dipraktiskan, ia akan meminimakan politik wang dan memaksimakan suara akar umbi. Pemilihan cara ini wajar dijadikan ‘wajib’ secara undang undang kepada semua parti politik termasuk pembangkang supaya pemilihan benar benar telus tanpa peralihan kuasa gila dan kronis
Build credibility, expand your network hotline 0196655181
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
USAHA IKHTIAR SEMULAJADI TERMURAH KAEDAH RAWATAN TAWAKKAL DOA...
TERKINI: Air mineral yang diambil dari kawasan (sisi) Madrasah Tahfiz didapati bermanfaat sebagai ikhtiar untuk mencegah dan merawat masa...
-
Maklumat lanjut cari sendiri.. Dah malas nak tulis panjang²...tulis panjang stau pendek memang dah tentu PH pilihan rakyat, a...
-
Kita pun tidak pasti samada ada atau tidak media politik setan online dan talibarut online di Malaysia. Oh ye, nak tanya juga d...
-
Klik TERKINI APA SUDAH JADI.. # orang kedah makan nasi sebab tu tak berapa nak bodo.. .. POSTING ASAL Kenapa pemban...
idea yang baik.
ReplyDeletekenapa mesti 2,000-2,500 dari umno yang undi presiden, timbalan, 3 naib, ahli majlis tertinggi. ketua pemuda, wanita, puteri etc.
ikut kaedah skrg hanya 13 ahli dari setiap bahagian yg undi.
kenapa tak semua undi dari semua 191 bahagian?
kalau mungkin 2,000 atau 1,000 dari setiap bahagian tak praktikal, tak boleh ke 500 dari setiap bahagian yang mengundi?
kalau gini, yg nak gunakan wang sogok pun tenggelan bankrup sebab ramai sangat dia nak kena bayar.
Betul tu rem, perkara ini patut jadi agenda dan usul di masa akan datang supaya pemilihan pucuk pimpinan benar benar berdasarkan suara akar umbi yang sukar ditembusi politik wang.
ReplyDeleteMungkin ini sebagai satu langkah reform yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Berani Berubah.