Thursday, October 30, 2008

Alhamdulillah.. Razak Baginda telah melaluinya...

Razak Baginda telah 'melalui harinya' dengan penuh ketabahan, kekecewaan dan pengajaran yang dia sendiri tahu samada berbaloi atau tidak.

Razak Baginda telah mendapat keadilan dari segi undang undang tetapi bagi yang tidak mahu mempercayainya, tersemat seribu satu lagi tuduhan dan tomahan yang akan keluar.

Mereka memperkatakan tentang keadilan dan kebebasan tetapi dalam masa yang sama mahu menggunakan 'hukum rimba' sebagai mahkamah dan mereka sendiri menjadi hakimnya.

Sungguh dasyat manusia manusia 'gila' ini.

Ada yang kena bunuh tentulah ada pembunuhnya kecuali ia membunuh diri sendiri.

Kemalangan juga satu pembunuhan jika berlaku kematian.

Mahkamah tempat membuat 'tuduhan' dan seseorang akan dihukum bersalah jika terdapat 'bukti sah' tanpa keraguan perbuatan tersebut dilakukannya.

Ia banyak bergantung kepada kebijaksanaan pendakwaraya dan peguambela dalam menguruskan sesuatu kes.

Seseorang itu tidak akan bersalah hanya kerana teori atau pendapat umum. Hakim tidak akan terpengaruh dengan 'tin kosong' di luar mahkamah dalam mana mana kes.

5 comments:

  1. yelah altantunya letupkan diri dia sendiri. Apa nak buat? Esok saudara pulak ye letupkan diri. Dunia ni akan jadi lebih baik tanpa orang macam saudara.

    ReplyDelete
  2. Siapa yang letupkan altantuya adalah pembunuhnya, siapa? - mahkamah masih dalam proses pengadilan..Terpulang kepada pendakwaraya atau peguambela masing2 melakukan yang terbaik, jika mereka ada 'berjahat'itu juga di luar kemampuan kita..

    Sejauhmana kita tahu penglibatan Razak Baginda? Tahu melalui baca paper? Tahu melalui naluri hati politik?

    Kalau manusia jadi Penghukum yang sempurna di dunia ini, neraka mungkin tidak perlu lagi di adakan...

    Adakah saudara tidak pernah buat dosa? Adakah sudah menerima balasan tersebut? Belumkan? Mampu ke terlepas kelak..

    Altantuya itu siapa? Dia seorang malaikat yang tiba tiba diletupkan?
    Kenapa dia diletupkan? Dia keturunan baik baik? Nabi?

    Semua orang ada dosanya, terlepas di dunia, di akhirat tidak..tetapi kita jangan terlalu regim dan fanatik untuk seseorang itu dihukum atas dasar percaya dia lakukan..kepercayaan itu datang darimana sedangkan kita terhad dalam mengetahui sesuatu..

    Sesuai dengan fitrah manusia, memadai kita berhukum atas apa yang benar benar kita tahu, buang yang ragu ragu dan subahat.

    ReplyDelete
  3. Pernahkah ko terfikir, kenapa sejak akhir2 ni semua penjenayah high profile terlepas. Pembunuh Norita & Datuk Norjan masih bebas. Atau mmg mereka ni banyak dosa pasal itu dihukum di dunia ni? Yang sering terhukum dan tertangkap ialah penjenayah sambilan atau secara kecil-kecilan sperti penjaja tanpa lesen, setinggan-setinggan, pesalah2 traffik dan sebagainya. Makamah mmg berasaskan fakta itu pasal fakta2 ini sering manjadi mangsa manipulasi. Ko lihatlah sendiri nanti, mcm2 jenayah high profile akan terlepas.

    ReplyDelete
  4. Seperti yang saya katakan, jika ada pihak yang diberi amanah telah buat 'jahat' - apa yang mampu kita lakukan.

    Saya bukannya menyokong sesiapa yang 'dipercayai melakukannya' dibebaskan tetapi apabila sesuatu proses itu telah dilalui dan atas 'kecekapan' pihak tertentu samada melalu 'cara jahat' atau 'tangan ghaib' kita kena terima bahawa proses itu telah selesai. Jika ia dibuat melalui undang2 maka melaui proses yang sama lah sesuatu usaha lain perlu dilakukan. Itu yang dibayar untuk kerja peguam.

    Banyak kes profile rendah yang terlepas kerana beban bukti yang kurang, tetapi kita terlepas pandang dan 'the person' bukan 'public figure' untuk kita sensasikan.

    Bagi kes profile tinggi, ia bukan sahaja melibatkan individu berkaitan sahaja tetapi melibatkan kumpulan atau parti tertentu, sudah lumrah pembangkang akan mensensasikan secara negatif apa sahaja yang dilakukan berkaitan kerajaan dan kerajaan akan memberi gambaran yang salah kepada rakyat jika ia melibatkan pembangkang. Dan penyokong di bawah 'bertempur' menegakkan benang basah pemimpin masing2.

    Inilah situasi kita, kita akan melihat dari sudut citarasa dan selera politik dan fahaman masing2, tiada penghujung.

    Kalaupun kita tahu sesuatu 'tidak betul' berlaku di atas sana. Selain dari berhujah, apalagi yang mampu kita lakukan..

    ReplyDelete

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...