Thursday, October 30, 2008

Gian Debat - Shahrir jurucakap KJ..

Update: 01/11/2008

Bontot Shahrir kena main...

Gua Musang nods for Ku Li-Shahrir
Muda Mohd Noor | Nov 1, 08 2:52pm
Gua Musang Umno division has nominated Tengku Razaleigh Hamzah and Shahrir Samad as candidates for party president and deputy president respectively.

......................................................................



Debat sebagai medan untuk memperkenalkan diri, kata Shahrir

KUALA LUMPUR: Debat sama ada terbuka atau tertutup sesuai diadakan bagi calon yang ingin bertanding jawatan tertinggi Umno bagi memperkenalkan diri dan prinsip perjuangan kepada perwakilan parti dan rakyat, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shahrir Abdul Samad.

“Saya tidak nampak masalah kalau diadakan debat. Saya percaya dengan diadakan debat di kalangan calon yang bertanding jawatan tertinggi dalam parti, ia menjadi satu medan untuk rakyat dan para perwakilan mengenali dengan lebih dekat bakal pemimpin mereka,” katanya.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin baru-baru ini mencadangkan diadakan debat terbuka bagi calon yang bertanding jawatan ketua pergerakan itu.

Cadangan Khairy, yang bertanding bagi jawatan berkenaan, disambut seorang lagi calon jawatan itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, tetapi ditolak oleh seorang lagi calon Datuk Mukriz Tun Dr Mahathir.

Shahrir yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata debat yang dicadangkan untuk parti itu tidak perlu dilakukan seperti debat Presiden Amerika Syarikat.

Beliau berkata calon boleh memilih untuk diadakan secara terbuka mahupun tertutup.

“Sekiranya malu dan kekok untuk menerangkan prinsip yang diperjuangkan kepada rakyat secara terbuka, calon boleh melakukannya secara tertutup,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Penurunan Harga Barang oleh pasaraya Tesco di sini hari ini. - Bernama

5 comments:

  1. Jika memperkasa...para pemimpin patut debat setiap hari.

    Tak yah fikir harga minyak lagi...

    ReplyDelete
  2. Betul tuan, rakyat memerlukan tindakan kerajaan untuk mensejahterakan dan memperbetulkan banyak ketidaksamarataan, keadilan dan penyelewengan bukannya 'nak dengar menteri berdebat' tapi lepas tu habuk pun tarak...

    Action and talk only, banyak perbezaan..Menteri Perdagangan Dalam Negeri elok pilih dari kalangan yang pernah buka kedai runcit, setakat kedai dobi belum cukup kelayakan..

    ReplyDelete
  3. Seronok sekali, anda tahu banyak perihal politik Johor.

    Saya pun hampir tidak ingat si mentaliti pekedai Dobi ini.

    Entah Lah,

    Harapkan dobi, kain boleh dibakar seterika.

    ReplyDelete
  4. Yes, DEBAT lah seberapa banyak mungkin salepas Negara Malaysia dah maju. Bila negara maju, semua orang dah senang, nak jadi pemimpin kena pandai bercakap.

    Zaman ini bukan zaman pandai bercakap. Zaman ini zaman pandai buat kerja dan rajin berusaha. Kalau khidmat bakti dah dirasai oleh akar umbi, barulah pemimpin itu boleh dipercayai. Kena keluar keringat dan peluh dulu.

    Cakap semua orang boleh cakap kerana cakap itu senang. Di Holywood banyak yang lebeh baik dari Presiden dan Perdana Menteri atau pemimpin yang ada diseluroh dunia ini.

    In reality, pengorbanan masa, tenaga dan pemikiran kearah membangunkan dan memajukan masysrakat yang hendak di cari. Perkenalkan diri melalui perkhidmatan perkhidmatan dan tugas serta program yang dilaksanakan.

    Salepas dua belas tahun, baru lah kita debat, bila Malaysia jadi Negara Maju.

    Sori lah kawan kawan, walau pun nampak macam kita dah maju, tapi Malaysia masih Negara sedang membangun.

    Racun Penawar.

    ReplyDelete
  5. Shah Rukh Khan pandai berkata kata hingga heroin jelita tergila gilakannya..

    Shah Rukh Khan pandai berhujah dan berfasalfah tentang ketuhanan dan kemanusiaan hingga dewa pun tunduk kepadanya..

    Dan kini Shah Rukh Khan dah dapat Dato' dari Ali Rustam..

    Mungkin ramai yang teruja, ramai yang berlumba lumba nak tunjuk petah bercakap..kerja mudah.

    Terima kasih kepada Saudara Zubli Zainordin dan datuk naim mohamad yang meninggalkan sepatah dua kata di sini.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...