Kemaskini: 8.00 malam 290909
Sejarah berulang: Dulu berbueh orang minta Paklah berundur dan UMNO berubah, akhirnya terhasil jua walaupun agak lewat.
Harapan sekali air bah, sekali pantai berubah...tidak menjadi kenyataan. UMNO di bawah Najib memilih Isa untuk menang di Bagan Pinang, malah mereka bersorak sorai lebih awal meraikan kejayaan yang masih belum menentu.
Apakah faktor undi pos menjadikan UMNO begitu yakin. Jika itulah faktornya, UMNO sebenarnya tidak berdepan dengan realiti yang sebenarnya untuk PRUI13.
Pembangkang pasti turun kali ini habis habisan kerana ini adalah 'titik maut' atau tidaknya UMNO di kubu kuatnya..
Monday, September 28, 2009
Isa Samad nak bertanding..
Sunday, September 27, 2009Chatting Bersama Tan Sri Isa Samad
http://sanggulmelayu.blogspot.com/2009/09/chatting-bersama-tan-sri-isa-samad.html
6:24pm Sanggul: Kami sebagai rakyat pun ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak. CCZ setuju kalau Tan Sri masuk gelanggang balik tapi imej UMNO sekarang bukan tahun 2004 dah. Semua kegemilangang jatuh terus. Nak mempertahankan dah jadi satu perjuangan yang cukup rumit.
6:25pm TanSri Isa: Insyallah jika saya diberi peluang saya tidak akan menghampakan semua org di bagan pinang dan seluruh negara
Tuesday, September 29, 2009
Monday, September 28, 2009
Isa Samad nak bertanding..
6:24pm Sanggul: Kami sebagai rakyat pun ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak. CCZ setuju kalau Tan Sri masuk gelanggang balik tapi imej UMNO sekarang bukan tahun 2004 dah. Semua kegemilangang jatuh terus. Nak mempertahankan dah jadi satu perjuangan yang cukup rumit.
6:25pm TanSri Isa: Insyallah jika saya diberi peluang saya tidak akan menghampakan semua org di bagan pinang dan seluruh negara
T Mohan beri kata dua..
MIC Youth chief T Mohan said his wing will not allow the new party to become an alternate party to MIC.
Ini tambi belum sedar diri macam boss dia..sebenarnya elok Najib bagi kata dua , terima lain lain parti kaum India sebagai komponen BN atau 'MIC' sendiri get out..
Yang jadi masalah bagi pemimpin MIC ialah mereka terpaksa melepaskan beberapa jawatan kabinet untuk memberi laluan kepada IPF dan Makhal untuk kuota kaum India..ayoyoyo..
Drama kaum India ini tidak akan berkesudahan sebegitu mudah, macam cerita Tamil, berbelit belit..selepas ini disambung pula dengan krisis MCA..
Saturday, September 26, 2009
Pemimpin tangan panjang punya idea yang baik..
Isu calon pilihanraya di Bagan Pinang: UMNO dilihat pening lalat dalam menamakan calonnya, samada Isa Samad atau calon lain.
Kebiasaannya pemimpin yang berkepentingan terutama untuk mengkayakan diri akan bertungkus lumus berusaha, nampak macam berusaha untuk rakyat tetapi sebenarnya berusahaha mengumpul harta.
Yang tidak pula bersungguh usahanya adalah jenis yang tidak berkepentingan diri, tidak ada idea, malas dan lembab.
Pemimpin yang macam mana nak kita pilih !!!
Yang tidak pula bersungguh usahanya adalah jenis yang tidak berkepentingan diri, tidak ada idea, malas dan lembab.
Pemimpin yang macam mana nak kita pilih !!!
Suatu petang di musim kemarau seorang pemimpin politik berkereta mewah dalam lawatan ke kawasannya terpandang dua orang sedang makan rumput di tepi jalan
Terganggu dengan pandangan tersebut, ia mengarah pemandunya untuk berhenti dan dia keluar untuk menyiasat.
Dia bertanya orang pertama "Kenapa kau makan rumput?"
"Kami tidak punya wang untuk makanan, 'si miskin menjawab," Kita harus makan rumput. "
"Kami tidak punya wang untuk makanan, 'si miskin menjawab," Kita harus makan rumput. "
'kalau begitu, awak boleh ikut ke rumahku dan aku akan memberimu makan ", kata si pemimpin politik.
"Tapi tuan, aku punya isteri dan dua anak dengan saya. Mereka berada di sana, di bawah pokok itu '.
"Bawalah mereka bersama-sama," jawabnya.
Beralih kepada orang miskin lain beliau menyatakan, "Kau datang bersama kami juga."
Orang kedua, dalam suara menyedihkan lalu berkata, "Tapi tuan, saya juga punya isteri dan ENAM anak! "
"Bawa mereka semua, juga," jawabnya lagi.
Dalam perjalanan, salah seorang yang malang itu berpaling kepada pemimpin tersebut dan berkata, 'Tuan, Anda terlalu baik. Terima kasih atas kita semua dengan tuan. "
Pemimpin menjawab dengan bangganya, 'Aku senang untuk membawa kamu semua ke rumahku kerana rumput di halaman rumahku lebih hijau, segar dan panjang dari jenis yang baik untuk kamu semua nikmati'
Apa moral of the story!!!.
Nik Aziz - paip sudah lama di pasang, airnya mana ???
Daerah daerah seperti Ketereh, Bachok dan Tanah Merah di Kelantan adalah diantara daerah daerah yang dipasang paip air sejak beberpa tahun lepas.. tetapi airnya di mana? Begitulah keluh penduduk setempat yang terpaksa berterusan bergantung kepada perigi yang berisiko air yang berkuman...
Nasib yang sama berlaku di Benta, Pahang..negeri kelahiran 'cerdik pandai' seperti Najib..... Mungkin Adnan leka kerana terlalu selesa dengan kerusi empok MB yang sudah lama dipegangnya.
Malah banyak lagi tempat tempat yang mengalami nasib yang sama dan tentu lebih teruk di pendalaman Sabah dan Sarawak.
Thursday, September 24, 2009
Selingan: Berkhalwat..apa tips : Tanya Mat Sabu
Suami terkejut isteri berkhalwat
KANGAR 24 Sept. - Hasrat seorang suami untuk menghadiahkan isterinya kek sempena hari jadinya hari ini berkecai apabila wanita itu ditangkap berkhalwat di sebuah hotel, di sini awal pagi ini.
KANGAR 24 Sept. - Hasrat seorang suami untuk menghadiahkan isterinya kek sempena hari jadinya hari ini berkecai apabila wanita itu ditangkap berkhalwat di sebuah hotel, di sini awal pagi ini.
Apa agaknya yang berlaku jika tinggal berdua duaan di dalam satu bilik yang dingin dan sunyi, tips pada wanita untuk menghadapinya:
1. Berbaringlah dengan tenang, meskipun Anda pasti akan merasa tegang dan grogi.
2. Dia akan mendekati dan menanyakan apakah Anda takut. Kalau dia bertanya demikian, gelengkanlah kepala Anda dengan penuh keberanian.
3. Lalu dia akan mulai memasukan "Perkakas"-nya. Mungkin suhu badan Anda akan meningkat. Tapi tenang saja, karena dia akan melakukannya dengan gentle..
4. Dia akan memandang mata Anda dalam-dalam, dan meminta Anda untuk percaya padanya. Jangan kuatir, dia sudah punya banyak pengalaman dalam hal ini.
5. Senyumnya yang menawan akan membuat Anda sedikit rileks, dan dia akan meminta Anda untuk membuka lebih lebar agar dia dapat masuk dengan mudah. Saat ini mungkin Anda akan memintanya agar melakukan apa yang ingin dia lakukan dengan cepat. Tapi dia tak mau terburu-buru. Dia tidak ingin Anda kesakitan.
6. Dia juga akan menanyakan kalau- kalau Anda merasa sakit. Meskipun berlinang air mata, tetaplah gelengkan kepala Anda, dan meminta dia untuk meneruskannya. Pada moment ini mungkin Anda juga akan merasa sedikit mati rasa.
7. Setelah beberapa saat, Anda akan merasakan suatu kelegaan yang luar biasa, dan dia akan menarik "Perkakas"- nya keluar. Dia akan tersenyum hangat, dan memuji betapa hebatnya Anda.
8. Tersenyumlah sepuas-puasnya, Karena bagaimanapun juga, ini adalah pengalaman pertama Anda yaitu
Cabut gigi : )
Wednesday, September 23, 2009
Lawak Hari Raya..
Penyamaran yang membuahkan kejayaan, meraih undi Melayu dan Islam dengan kerjasama PAS.
Baginda Sultan dipetik sebagai berkata:
"Di sini kelmarin, ada yang tunjuk jaguh tak nak pakai baju (pakaian rasmi). Kalau nak (jadi jaguh), keluar dari sini (tunjukkan diri) sekarang," titah baginda semasa merasmikan pengisytiharan Daerah Kulai yang kini dikenali sebagai Daerah Kulaijaya, di sini hari ini.
Tuanku Sultan menyifatkan tindakan Adun DAP itu hanya mahu menunjuk-nunjuk, UNTUK menjadi JAGUH!
Daulat Tuanku!
Apakah menjadi kebanggaan orang Melayu dan Islam untuk menerima perompak yang menyamar zoro.
Apakah mereka ini yang akan di letakkan harapan membela Melayu dan Islam jika dipijak pijak di bumi sendiri.
Dengan memakai sehelai dua baju raya Melayu, sudah layakkah mereka menjadi PM Malaysia dalam penantian, kalau layak, jom kita serah beramai ramai hak itu.
Apahal pula yang berlaku di Johor, dah lupa ke:
Baginda Sultan dipetik sebagai berkata:
"Di sini kelmarin, ada yang tunjuk jaguh tak nak pakai baju (pakaian rasmi). Kalau nak (jadi jaguh), keluar dari sini (tunjukkan diri) sekarang," titah baginda semasa merasmikan pengisytiharan Daerah Kulai yang kini dikenali sebagai Daerah Kulaijaya, di sini hari ini.
Tuanku Sultan menyifatkan tindakan Adun DAP itu hanya mahu menunjuk-nunjuk, UNTUK menjadi JAGUH!
Daulat Tuanku!
Monday, September 21, 2009
Media mana yang masih tuli, goblok, baji....
Tarian Pendet: Anifah pelik sikap media Indonesia
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
Media Indo sepatutnya malu dan mencontohi betapa pro nya bapa mertua Nordin Mat Top yang rasional dan menerima realiti.
Mertua Noordin Minta Maaf Secara Terbuka Melalui Media Sep 22nd, 2009 By webmaster Category: Berita
http://perakexpress.com/www/2009/09/22/mertua-noordin-minta-maaf-secara-terbuka-melalui-m
edia/
PWD road is not maintained - the main killer
Kemalangan jalanraya sempena Adil Fitri tahun ini meningkat dan melibatkan kemalangan yang lebih ngeri.
Selain faktor kelalaian pemandu, faktor jalanraya yang tidak diselenggara dengan sempurna terutama di jalan negeri, persekutuan dan bandar adalah 'pembunuh' utama.
Apa kata Menteri Pengangkutan yang sebok dengan urusan dalaman partinya dan apa pula kata Menteri Jangan Kerja Rajin???!!!
Pihak Atasan lebih berteori di peringkat nasional tetapi hampeh dari segi perlaksanaan di atas jalanraya sebenar.
Thursday, September 17, 2009
Hari Untuk Bermaaf Maafan..
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ،
لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ،
اللَّهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا،
وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً.
لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ،
وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ
وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ.
لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَحْدَهُ،
صَدَقَ وَعْدَهُ،
وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ،
وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ،
لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ،
اللَّهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah jualah yang Maha Besar,
Allah Maha Besar dan bagi Allah jualah segala pujian.
Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya,

Segala puji tertentu bagi Allah tidak terhingga banyaknya, Maha Suci Allah pada tiap-tiap pagi dan petangnya.
Tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah melainkan Dia semata-mata dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.
Tiada Tuhan melainkan Allah Maha Esa,
Tiada Tuhan melainkan Allah dan kami tidak menyembah melainkan Dia semata-mata dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.
Tiada Tuhan melainkan Allah Maha Esa,
Amatlah benar dan tepat janji-Nya,
Ia telah memenangkan hambanya (Nabi Muhammad s.a.w. ), Ia juga telah menguatkan tentera-Nya dan
Dialah jua yang telah mengalahkan musuh-musuh Islam yang bergabung dan berbagai-bagai golongan,
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.
Kepada semua pelayar, pembaca dan yang sudi memberi komen, maaf zahir dan batin dari saya, kita pasti berbeza pendapat tetapi kita tetap hamba kepada satu Tuhan, Allah SWA.
Kepada yang akan menempuh perjalanan ke destinasi masing masing, selamat sampai dan selamat kembali. Anda masih diperlukan di sini.
Kepada yang akan menempuh perjalanan ke destinasi masing masing, selamat sampai dan selamat kembali. Anda masih diperlukan di sini.
Wednesday, September 16, 2009
Biar Pape Asal Bergaye...
The statement named 1Malaysia F1 Team Sdn Bhd as the owner of the team. The team name is Lotus F1 Team, the country of origin is Malaysia and Team Principal is Tony Fernandes.
Mampu ka proton,naza atau khazanah tanggung recurring expenses ni?.
Hal hal mat rempit pun tak dapat tangani, apalagi yang pro..
Tuesday, September 15, 2009
kembalikan selipar kepada MIC di pilihanraya akan datang
Kemaskini:
http://www.mmail.com.my/content/13325-i-am-sorry-dr-m-says-slipper-peter
Delegate who called for demeaning tribute suspended from MIC, wants to apologise to former PM
Kharleez Zubin
Wednesday, September 16th, 2009 07:59:00
Delegate who called for demeaning tribute suspended from MIC, wants to apologise to former PM
Kharleez Zubin
Wednesday, September 16th, 2009 07:59:00
Seumpama bila seseorang yang mabuk dengan tangan kanannya menjinjing kole arak dan dia bercakap dengan menggunakan otak lembu - elok kita maafkan orang itu, tidak kiralah samada dia seorang presiden atau ahli biasa parti, tidak kiralah samada dia hindu atau kristian.
p/s: Bolehkan Samy Vellu yang 'popular' mempengaruhi 20% undi kaum India di Bagan Pinang untuk diberikan kepada calon BN nanti ??
Friday, September 11, 2009
Siapa Blogger yang jadi SB PDRM !? Penafian..
Bab-bab tuduh SB ni dah jemu dah saya. Saya sendiri dah lebih 25 tahun dah sesetengah org PAS kata saya SB. Padahal, tengah duit pun tak pernah dapat gaji atau sagu hati sebagai informer dari PDRM.Kalau SB, bodoh punya SB aku ni. Kalau informer, bodoh punya informer aku ni!
Apa ertinya penafian ini ??!!
BN akan tewas - Najib ambik risiko
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak akan campur tangan dengan menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut dalaman MCA walaupun Naib Presiden parti itu, Datuk Kong Cho Ha memintanya untuk berbuat demikian.
Pendpat Tun M: Jika pergolakan dua parti komponen terbesar BN iaitu MIC dan MCA tidak ditangani dengan berhati-hati, BN akan tewas dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Perlu diingat, BN tewas teruk di PRU12 yang lalu atas faktor 'paklah' hingga sekarang masih lagi belum pulih sepenuhnya (BN tewas setiap pilihanraya kecil dan diramalkan tewas lagi di bagan Pinang akan datang)
Tun juga pernah menggesa Samy melepaskan jawatan Presiden MIC bagi membolehkan kaum India kembali menyokong BN tetapi tidak diperdulikan - MIC menerima pukulan teruk di PRU12 yang lalu dan Samy sendiri tewas.
Jika Najib tidak memperduli saranan (campur tangan) ini atau menanti hingga MCA dan MIC sudah menjadi bubur, kelak BN sudah tidak punya barisan yang kuat lagi.
Atau apa yang berlaku kepada MIC dan MCA adalah natijah atas sikap mereka yang secara diam menyokong pembangkang (DAP dan Hindraf) untuk menyusah dan menghentam UMNO dan kali ini Najib ingin lihat mereka terkubur !!!
MCA dan MIC juga bukan lagi boleh di anggap teman setia dalam BN kerana mereka juga mampu mengugut dan melompat keluar menyertai pembangkang dan pergolakan ini membolehkan Najib mendapat Presiden yang mengetuai MCA dan MIC adalah rakan karib BN di PRU13 nanti.
Menteri yang penangis - sesuai ke pegang KDN !!!
Kini sudah ada desakan supaya Peguam Negara meletak jawatan kerana terlalu berlembut dengan pelbagai isu jenayah yang tidak di ambil tindakan, malah mengutamakan yang lebih remeh seperti isu kepala lembu.
Begitu juga persaolan dengan kredibiliti Ketua Polis Negara yang gagal mengawal keamanan negara dengan bertambahnya kes jenayah dan perasaan tidak selamat di kalangan rakyat.
Apakah kedua duanya terpengaruh dengan 'emosi dan kelembutan' Menteri Dalam Negeri yang emosi, penangis orangnya !
No wonder why, penjenayah yang bakal menjadi banduan tak takut langgar undang2 kerana kelemahan Menteri Dalam Negeri ini ?
Wednesday, September 9, 2009
Siapa Kepala Dalam Pas - Nik Aziz atau Hadi
Dalam saban isu panas, Nik Aziz sengaja menjadi fokus utama wartawan berbanding Hadi untuk menjawabnya samada secara sengaja atau dirancang. Suara Nik Aziz lebih commercial dan pencetus kehangatan politik berterusan.
Kita hanya mungkin tumpang kesian dan simpati dengan PAS yang kini memiliki satu 'aset' umpama kain buruk yang sayang untuk dibuang kerana masih begitu banyak jasa dan gunanya.
Seperti di lain lain parti yang memiliki bebanan kepada parti itu sendiri seperti Kj di UMNO, Samy di MIC, Kaveas di PPP, Chua di MCA yang semuanya kuda baru dan kuda tua yang masih boleh digunakan tetapi dalam masa yang sama membawa virus dan kudis buta.
Di kalangan parti lain pun seperti DAP, PKR dan Gerakan itu sendiri ujudnya individu yang bermasalah tetapi dalam masa yang sama, demi survival, demi lakonan maka terpaksalah ditatang dan dijaga walau dengan hati yang berbelah bagi.
Anwar sendiri dilihat sebagai de facto tetapi dalam masa yang sama sebagai pemusnah dari sudut moral dan integriti.
Nik Aziz sudah mengambil peranan utama dan penting dalam PAS melangkaui Presdiennya sendiri dan ini merupakan 'timebomb' yang akan dipersoalkan oleh generasi akan datang khususnya dari suara Pemudanya sendiri. Dalam semua parti, suara dalaman mereka sendiri adalah badai yang akan merubahnya.
Terkini: Samy sudah panas..siapa pula yang akan jadi lembu
Samy: Umno cannot decide who helms MIC
posted by RK Anand at Malaysiakini - 1 hour ago
In an interview with Malaysiakini, the veteran president says external forces cannot interfere in the affairs of MIC.
posted by RK Anand at Malaysiakini - 1 hour ago
In an interview with Malaysiakini, the veteran president says external forces cannot interfere in the affairs of MIC.
Senada dengan pembangkang..UMNO jadi dalang..
Dey tambi, lu jaga lu punya rumah baik baik...kalu ada orang masuk ka..keluar ka..bumbong bocor ka, lantai jerlus ka....sendiri mau pikir.
Dey samy, lu sudah jadi liabiliti MIC dan BN daaa..bila nak cha alip but
Tuesday, September 8, 2009
UMNO sebok Slogan dari tambah pengundi..
PUTRAJAYA 8 Sept. - DAP ( No. 1 ) adalah parti yang paling aktif dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tahun lalu.
PAS No. 2, UMNO No. 3 dan lain lain hampeh..
Apakah UMNO sebok dengan 1Malaysia dan mereka terpedaya dengan iklan2 di media massa yang kononnya menunjukkan pelbagai kaum menyambut baik slogan itu. Mereka mengharapkan keajaiban akan berlaku pada slogan sebagai faktor untuk kemenangan di pilihanraya nanti...karutttttttt...
Zaman slogan menjadi terpenting dan terpengaruh sudah pudar sejak slogan Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan makin berkubur dengan slogan Islam hadhari.
Adakah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Keberkesanan Di Utamakan akan menerima nasib yang sama?
Apakah benar, kata dibibir, sama di hati ?!!
Rakyat sedang menilai.
Mungkin slogan 1 Untuk Najib 1 Untuk Muhyidin (N1H1) lebih popular dari slogan slogan di atas.
Slogan Bersih Cekap Amanah dan Malaysia Boleh di zaman Mahathir sahaja mampu betul betul dijiwai dan mempengaruhi rakyat itupun kerana Kepimpinan Melalui Tauladan.

Media Massa Indon keparat..
Malaysia mahu diganyang jiran - kita dok sebok gaduh sesama sendiri...
http://www.topix.com/forum/world/malaysia/T6F41P8087I98G8FL
Rakyat Malaysia di Jakarta diancam dengan buluh runcing
08/09/2009 8:56pm
JAKARTA 8 Sept. — Jabatan Penuntut Malaysia di sini hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Wednesday, September 2, 2009
Ular pun tak membelit seteruk tu..
CANTON, Ohio 2 Sept. - Seorang hakim yang tidak gembira dengan gangguan berkali-kali daripada tertuduh rompakan mengarahkan polis menampal mulut tertuduh dengan pita perekat.
Hakim Mahkamah Perbandaran Canton, Stephen Belden berkata, tindakan itu adalah cara terbaik untuk mengembalikan keamanan dalam perbicaraan yang melibatkan Harry Brown dari Canton, lapor akhbar The Repository.
Brown mengadu peguam yang dilantik oleh mahkamah tidak bersedia dan menimbulkan kemarahan hakim selepas berulang kali mengganggu perbicaraan.
Selepas memberi amaran, hakim mengarahkan polis menutup mulut Brown dengan pita perekat. - AP

Si Pembelit terpaksa pula menipu di surau, lafaz konnnya nak tinggalkan DAP - padahal nak menyejukkan puak PAS Selangor yang dengar khabarnya nak lompat keluar pembangkang, Hassan Ali pun dah kena mengadap Sultan !!!
Alangkah bagusnya jika hakim di Malaysia lakukan perkara yang sama kepada bukan sahaja kepada yang kena tuduh tetapi juga kepada para peguamnya yang terlalu banyak 'melatah' dan berkarenah sehingga kes yang patut dibicarakan telah ditangguh dan ditunda berkali kali sekadar membeli masa dan mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku.
Yang peliknya, selepas beberapa kali dia buat hal untuk ditangguhkan tiba tiba hari ini dia kata, pihak pendakwa yang sengaja melengahkan kes perbicaraannya.
Setakat yang diketahui ular pun tak lah membelit seperti si pembelit ini.
Tuesday, September 1, 2009
Anwar jumpa Muhyiddin...
"Pengkhianat" seperti ungkapan Muhyiddin akan datang ke Johor. Apa strategi UMNO Johor untuk 'mengalu ngalukannya'...
AHAD 6 SEPTEMBER 2009
i) 5.30 – 6.30 PTG – PERASMIAN PEJABAT PKR CABANG SIKIJANG DAN DIALOG BERSAMA RAKYAT
TEMPAT: TAMAN INDAH, BUKIT SIPUT , SEGAMAT
ii) 7.15 – 8.00 MLM – BERBUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB
TEMPAT: RUMAH KETUA CABANG PKR SEGAMAT
iii) 7.30 – 11.00 MLM – JAMUAN DAN CERAMAH
TEMPAT: DEWAN SIANG HAI KEE RESTAURANT
PENCERAMAH :
1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
2) YBHG DATUK SERI CHUA JUI MENG
3) YB V. SIVAKUMAR (SPEAKER PERAK)
4) YBHG DATUK SS SUBRAMANIAM
iv) 8.30- 9.30 MLM – SOLAT ISYAK DAN TARAWIKH
TEMPAT: MASJID KAMPONG JAWA, SEGAMAT
v) 10.00-12.00 MLM – CERAMAH PERDANA – “MENUJU KEARAH KEBANGKITAN RAKYAT JOHOR”
TEMPAT: MARKAZ PAS, PARIT SULONG
PENCERAMAH:
1) YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
2) YBHG DATUK SERI CHUA JUI MENG
3) YBHG HASMI HASHIM
4) YBHG CIK GU FAISAL ABD RAHMAN

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...