Secara spontan, saya berfikirkan bahawa pembangunan Kg Baru mestilah dibangunkan secara tradisi, berperancangan melangkau puluhan tahun (10 fasa mungkin) dan paling penting ianya dibangunkan secara unik,teliti, berperingkat, lain dari yang lain dan muncul sebagai satu lagi tanda mercu negara, khususnya melambangkan kebangkitan dan keunggulan Melayu dan islam di Malaysia.
KLIA, Menara Petronas Berkembar, Putrajaya adalah antara 'pembangunan' yang dibangunkan bukan semata mata dimaju dan dibangunkan tetapi dibangunkan secara pemikiran yang berwawasan, unik, canggih hingga mampu menjadi satu tarikan dunia. Tentunya ia bukan idea Mahathir seorang tetapi satu gabungan pemikiran yang diterajui Mahathir.
Apakah Najib dan para pemikirnya, para juaknya, para pembodeknya dan para kabinetnya mempunyai pemikiran yang sebegini ideal untuk membangunkan Kg Baru.
Pembangunan Kg Baru tidak harus menjurus hanya sekadar bangunan bertingkat tersergam dan kecanggihan prasarana biasa seperti yang terdapat sekarang di persekitaran Lembah Kelang, ia tidak harus dibangunkan sekadar mahu dibangunkan dengan cepat hingga 'terfikir' untuk di agih kepada bangsa lain atas perasaan orang Melayu tidak mempunyai kuasa beli dan kuasa memajukan.
Alangkah hina dan korupnya pemikiran sedemikian!!
Kenapa terburu buru membangun dan meng-agihkan, sekadar kerana mengejar komisyen atau terkejar projek untuk kroni. nyatakanlah dengan jelas dan terang. Tak perlu berselindung???
Kg. Baru wajar dibangunkan secara 'hijau', kekal dan bertradisi tetapi mempunyai nilai komersial yang amat tinggi, yang tidak akan terdapat di mana mana dunia.
Alangkah uniknya kalau teknologi kehidupan robotik dapat diujudkan di pembangunan Kg Baru yang mengekalkan Islam mesti menjadi teras kepada pembangunan di mana seluruh kekayaan, keajaiban dunia Islam dapat dikumpulkan dan berpusat di Kg Baru baik dari segi siasah, ilmu, ekonomi dan sosial. Kg. Baru wajar digarap bersama dengan duduk semeja semua ilmuan dan pemimpin Melayu dan Islam dalam dan luar negara tanpa mengenal perbezaan perjuangan politik sengal dan remeh.
Pembangunan Kg Baru wajar terhasil dengan jaya di dunia pemikiran akitek Islam dan Pemimpin Malaysia yang mempunyai jiwa yang bersih untuk bangsa dan ugamanya, bukannya di tangan pemimpin yang gopoh.
Apakah Malaysia memilikinya? Siapa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KESILAPAN LALU
1️⃣ Ramai orang bercakap tentang emas, tetapi tidak semua memiliki emas sebenar. Ada yang aktif mempromosi, berkongsi ilmu, atau berniaga ...
-
Dengar betul²... Tak kira apa bangsa.. Tak kira apa ugama.. Tua atau muda.. Sabah Sarawak atau Semenanjung.. Missi utama buang Naji...
-
N ama Tabung biar sedikit patriotik.. TABUNG SELAMATKAN MELAYU TABUNG SOLIDARITI JAMAL TABUNG BANGKIT UMNO Peringkat kampong...
-
Tun Dr Mahathir blog 20 June 2016 PENDIRIAN SAYA 1. Mereka bertanya apakah pendirian saya setelah mereka menang. 2. Pendirian saya t...
No comments:
Post a Comment