Monday, June 14, 2010

PAS perlu di GONG GONG

Penubuhan sayap penyokong PAS yang terdiri dari bukan Islam dan cadangan supaya bukan Islam bertanding atas tiket dan menggunakan lambang PAS pada pilihanraya sangat menarik tetapi ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana di dalam PKR dan DAP sendiri, calonnya terdiri dari berbagai bangsa dan ugama.

Sebagai parti yang berteraskan Islam, membuka peluang kepda bukan Islam untuk dipayungi sesuatu yang menarik, lebih menarik dari BN kerana mereka akan terus ditadbir secara langsung oleh pengurusan kepimpinan PAS yang mempunyai kuasa mutlak. Tidak seperti BN, Presiden BN tidak mempunyai kuasa mutlak ke atas ahli komponennya.

Jika ADUN dan MP PAS diikat dengan 'sumpah perceraian', maka ADUN dan MP yang bernaung di bawah PAS juga perlu akujanji seperti tersebut atau yang lebih 'ketat' lagi.

Dalam hal ini, jika UMNO dilihat sudah lemah dan PAS pula mendapat kepercayaan bukan Islam maka sekali lagi proses "ala BN" akan berlaku, malah konsep yang di amalkan PAS lebih sempurna dan kelansungannya.
Bukan Islam juga boleh memeluk ugama Islam untuk terus berada di dalam PAS dengan lebih sempurna dan terjamin masa depan politik untuk memperjuang bangsanya.
Islam akan lebih berkembang dan dihormati atas nama saksama dan keadilan. Krisis perkauman juga dapat diminimakan malah mungkin kita sudah tidak punya masa untuk 'bertikai' tentang bangsa kerana Islam 'melayan' semuanya secara adil. Islam tidak pernah mengadili sekumpulan atau seseorang itu berdasarkan etniknya.


Semua ini tidak mudah tercapai oleh PAS malah ia menambah tentangan dan saingan.
UMNO yang sedang kehilangan undi Melayu dan kaum2 lain kali ini betul2 tersepit. UMNO yang begitu yakin orang Melayu akan tetap menyokongnya semata mata kerana PAS sudah mendukong DAP akan terkejut besar dengan perubahan ini.
DAP dan PKR sendiri akan merasa bahang tindakan PAS ini kerana PAS lebih boleh berdiri tanpa mereka.

PAS akan mula dilihat sebagai 'musuh' yang terang nyata bagi BN dan 'musuh dalam selimut' bagi Pakatan Pembangkang.

DAP terlalu perkauman, PKR hanya dengan perjuangan peribadi Anwar dan bagi yang sudah lama hilang kepercayaan kepada UMNO, bagi yang masih kecewa dengan tindakan2 UMNO sekarang, bagi yang duduk di atas pagar dan bagi yang belum berparti dan belum berpihak, jom kita ramai ramai masuk PAS.

Ahli ahli PERKASA patut mendahului...

3 comments:

  1. tukar tajuk tu kepada:

    "PAS PERLU DIGONGONG!" hahaha!

    ReplyDelete
  2. Media Cyber...terima kasih, sudah ditukarkan, gong membawa maksud dicanangkan.

    Idea PAS dicanangkan, itu memang diharapkan oleh PAS, pucuk dicita, ulam mendatang.

    ReplyDelete

6ANGKA