Thursday, August 26, 2010

Jalur Gemilang yang suram..

Petang Jumaat ini tidak banyak hendak diperkatakan cuma teringat semasa di masjid tadi, Solat Jumaat, dalam ribuan atau ratusan kereta di perkarangan pakir, dalam kawasan atau di bahu2 jalan boleh dibilang atau hampir tidak ada kenderaan yang memasang jalur untuk merayakan hari kemerdekaan, yang suatu masa dahulu ada gemilangnya. Kenapa ini boleh terjadi sekarang, lebih teruk dari zaman Paklah?
Apa tanda isyarat yang rakyat segenap bangsa khususnya orang Melayu mahu lemparkan sebenarnaya?

Biarlah Rais dan Najib atau Rosmah yang menjawabnya kerana muka mereka sering bangat terpapar di tv ketika ini, mereka yang paling layak menjawab.

Dan tolong jangan malukan umat Islam kalau mahu menyatakan Ramadhan adalah puncanya.

Dalam jawapan itu nanti, jangan lupa sebut 1Malaysia !!!


Najib mungkin terlupa kata kata bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, "Negara ini akan aman jika orang Melayu gembira. Jika orang Melayu tidak gembira, orang lain pun sudah tentu tidak akan gembira." Tidak sukar untuk memahaminya.

3 comments:

  1. Antara sebab mungkin kerana Najib telah hijack sambutan Merdeka dengan melekatkan stiker 1Msia sebagai slogan. Merdeka adalah milik semua rakyat, 1Msia adalah milik Najib.

    Lain kali tak payah sloganla... Negara lain sambut semangat berkobar2 tak pakai slogan pun.

    Inilah akibatnya bila terlalu banyak berpolitik dalam berkerajaan...

    ReplyDelete
  2. Apakah ini petanda BN akan 'malang' di PRU13 nanti..hatta orang UMNO sendiri yang menjangkau 3 juta ahli pun malas nak kibarkan jalur gemilang???

    Satu protes dalaman yang cukup signifikan, tetapi bagi Najib, ia mungkin satu sabotaj kepadanya, siapa yang sabotaj?????

    ReplyDelete
  3. Kalau ada yang pasang bendera kat rumah atau kat kereta hanya Melayu sahaja, dari dulu sampai sekarang trend ini sama sahaja ,menunjokan bertapa Malaysian nya mereka ini.
    Buatlah servey kat mana-mana kawasan perumahan kalau ada yang pasang bendera tu pasti rumah Melayu,'bukan Melayu angkat'.
    Mencadangkan sasaorang atau badan membuat kajian terperinchi terhadap semangat cintakan negara kapada kaum-kaum yang yang melaungkan mereka malaysian ketika berkepentingan tetapi tidak pernah menunjokan sikap kewarganegaran, kalau ada pon dipermis-permis perniagaan itupon atas arahan.
    Molik hasil kajian itu didedahkan bagi mencerminkan sikap sebenar mereka yang mengangap negara ini hanya berkepentingan untok hidup bukan untok didaulatkan.
    Setelah 53 tahun dimalaysiankan adakah MCA ,Gerekan ,MIC ,DAP berjaya mendidik mereka-mereka ini menjadi rakyat Malaysia yang sebenar,atau rakyat Malaysia kalau ada kepentingan.


    1sekolah>1bahasa>1Malaysia

    ReplyDelete

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...