Wednesday, July 10, 2013

Masalah CTOS belum selesai.. powerful !!!

TERIMA SATU EMAIL....

Bagi sesiapa yang ada pengalaman harap kongsikan..trima kasih.



masalah yang saya hadapi sekarang...




Awal tahun ni suami saya ada memohon pinjaman peribadi..namun pinjaman gagal sbb CTOS..pihak bank tidak memaklumkan CTOS sbb apa..suami semak di bank Negara nama clear CCRIS takde n suami terus potong kad kredit sbb mgkin sbb kad kredit(kad kredit guna hanya isi minyak je..so tak penting)..Slps tu suami mohon lagi loan di bank yg lain...

namum permohonan gagal juga lalu suami ajukan aduan pada bank negara dan bank negara mohon minta semak di CTOS...sbb CTOS bukan bwh bank negara..bila suami semak di CTOS mmg ada masalah iaitu masalah kes saman...kes saman tersebut sebenarnya telah ditarik balik oleh bank terlibat atas kerjasama peminjam,penjamin dan bank dalam penyelesaian....apabila suami mengajukan masalah tersebut kepada bank terliabat pihak bank telah menafikan menghantar maklumat kpd CTOS dan pihak bank tidak pernah berurusan dgn CTOS..lebih mengecewakan rupanya CTOS telah mengambil maklumat daripada akbar sahaja...tak pasal2 suami perlu kemaskini maklumat dgn CTOS...

namun sampai skrg bank tak boleh meluluskan sebarang pinjaman kpd suami dgn alasan suami dah ada rekod buruk di CTOS...skrg sebenarnya bg saya BANK NEGARA dah takde fungsi kerana CTOS lebih berpengaruh drp Bank Negara...Lebih baik angkat je CTOS jd Bank NEgara spy CTOS boleh suka hati ambik maklumat peribadi org dan secara tak langsung bangkrupkan org....lagi ramai org bangkrup lagi kaya CTOS....

Saya juga tak duduk diam cari Info untuk mengadu sampailah saya dapat satu Jabatan yang menyelia CTOS ni...iaitu Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit(PPAPK)PPAK ni menyelia syarikat atau agensi pelaporan kredit spt CTOS Sdn Bhd (CTOS), Financial Information Services Sdn Bhd (FIS), Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd (CBM), Dun & Bradstreet (Malaysia) Sdn Bhd (D&B) dan RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI)..

Sebenarnya untuk makluman semua data2 peribadi kita akan disalurkan oleh bank kepada agensi diatas dan kerajaan membenarkan agensi diatas mengambil data2 melalui suratkhabar dan semua saluran data2 termasuk SSM...

Bila saya bertanya terus kepada pegawai PPAPK memang amat mengecewakan sbb kerana dimaklumkan agensi2 terbabit bekerja untuk Bank...jadi kalu apa2 berlaku kepada individu mereka tak ambil peduli...Mereka hanya mengatakan individu perlu menjaga status kewangan supaya tidak megalami masalah...dan lebih meyedihkan penjamin pun adalah sama taraf spt peminjan...jadi faham2la....

PPAPK juga mengatakan CTOS tidak bolek blacklist individu tetapi apayang terjadi sekarang apabila nama berada dlm sistem CTOS secara tak langsung telah diblacklist oleh Bank...

Saya juga difahamkan rekod individu tidak bole dipadamkan dlm semua sistem agensi pelaporan sampai bila2 cuma PPAPK akan menggunakan akta bhw rekod perlu dipadam selepas 2 tahun...tp akta tu tak dilaksana lagi...

Entahlah...bila sy sendiri dapat info mcm ni mmglah sedih n geram...maklumat peribadi rakyat malaysia boleh disimpan oleh syarikat2 yg hanya nak mengaut keuntungan...

Apa nak jadi...Kerajaan pun ambik mudah perkara ni...

Bank dan ctos sama2 penipu...buat aduan@panggil lawyer pun tak guna...kes akan jadi mcm x wujud



8 comments:

  1. Benda ni dah lama berlaku dan paling ramai kena adalah orang Melayu. Mana tak orang Melayu nak sokong BN. Kalau BN boleh selesaikan masaalah ini baik dan satu merit untuk BN. Najib kena tengok perkara ini.

    ReplyDelete
  2. Kalau tak silap saya CTOS di terajui oleh rakyat Singapura...dulu ada dibangkit semasa saya hadiri satu seminar oleh Dewan Perniagaan Melayu di hadiri Timbalan Menteri Kewangan masa tu zaman Pak Lah..Timbalan Menteri masa YB Awang Adek selepas itu kes itu senyap sampai sekarang terdengar kembali...susah lah macam ini kalau kabinet Malaysia tidak reti berkerja

    ReplyDelete
  3. kes saman CTTOS ni pun smpi ke la senyappppp terusssss.AHLONG2 MODEN STAIL YAHUDI yg ada dlm CTOSS dn seangkatanye!B.N.M?semua tido dp buat keje....

    ReplyDelete
  4. Tak Ada menteri yg berani sentuh kerana ia melibatkan kepentingan bank apalagi kalau menjejasjkan nazir. Ia adalah malapetaka kpd rakyat dalam kedudukan sudah jatuh ditimpa tangga. Kayveas satu2nya yg berani bersuara semasa berada di kabinet tetapi suaranya dinafikan. Gejala I I menyebabkan a long berleluasa Dan melayu tidak dapat kedepan. Kes pelajar melayu yg gagal dapat kerja sekaligus gagal membayar pptn lalu di blacklist akan menjadi satu lagi habuan kpd citos buat duit. Bank kena bayar kpd citos bagI setiap rujukan yg dibuatnya.

    Citos yg menceroboh privasi kewangan warganegara kenapa tidak tertakluk di bawh bafia - walaupun it bukan kes yg saman tetapi masih dlm lengkongan isu yg sama. sepertimana yg dihadapi oleh rafizi.

    Kerajaan zalim

    ReplyDelete
  5. Kita negara Malaysia sudah lama merdeka. Tetapi hakikatnya ramai lagi rakyat Malaysia yang berada dalam zaman darurat. Selagi kerajaan tidak mansuhkan sistem ctos dan blacklist maka selagi itu rakyat Malaysia teraniaya dan terus dizalimi. Kerajaan perlu menitikberatkan semula gejala ini agar rakyat Malaysia tidak berada dalam situasi stress sepanjang masa.

    ReplyDelete
  6. Kita negara Malaysia sudah lama merdeka. Tetapi hakikatnya ramai lagi rakyat Malaysia yang berada dalam zaman darurat. Selagi kerajaan tidak mansuhkan sistem ctos dan blacklist maka selagi itu rakyat Malaysia teraniaya dan terus dizalimi. Kerajaan perlu menitikberatkan semula gejala ini agar rakyat Malaysia tidak berada dalam situasi stress sepanjang masa.

    ReplyDelete
  7. hubungi saya untuk kakitangan kerajaan yang mempunyai masalah CTOS. 013-9941808

    ReplyDelete
  8. Salam. Macam mana cara penyelesaian suami puan dalam kes ini. Boleh kongsikan?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...