Tulisan mempertahan MO1 dan kerajaan sekadar memenuhi formaliti jawatan masing-masing asal jangan sampai dilihat tak buat kerja. Begitu juga penulis dedak @ blogger bangang terus menulis untuk memenuhi kepuasan boss walaupun hujah sekadar angka dan berlegar kepada copy paste yang berulang ulang sesama blog mereka.
Menceeitakan soal agenda, projek atau apa sahaja TIDAK AKAN MEMADAM SKANDAL 1MDB dan BEBAN KOS SARA HIDUP YANG TINGGI.
Pakatan Harapan sekarang berada di landasan yang betul, mohon didaftarkan dan akan diikuti dengan satu logo dan satu manifesto.
Jika ia dapat dilakukan dengan lancar, psrkara perkara lain seperti pembahagian kerusi menjadi lebih mudah.
Cubaan lagaan dan memperlekehkan kepimpinan pakatan pembangkang sudah sampai ke penghujung, tidak berkesan.
Debat debat yang bakal diadakan (samada jadi atau tidak) sekadar menyerlahkan lagi kebenaran dalam perjuangan.
Jika semenanjung sudah dalam siap sedia perubahan, Sabahans tentu lebih lagi.
Berbeza di area anwar, kebangkitan terasa di kalangan penyokong tetapi tidak bertebaran di kalangan rakyat kerana kemunculan keadilan pada masa itu adalah perjuangan peribadi, membebaskan anwar.