Wednesday, June 8, 2011

Hadi malu2 anjing...



KUALA LUMPUR 7 JUN : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh pakatan pembangkang.

Hadi Awang tidak perlu malu malu anjing untuk membuat pengakuan berminat untuk jawatan PM jika benar benar mahu menang pilihan raya ke 13 ke arah Negara Kebajikan seperti yang diperjuangkannya. Tidak mungkin Negara Kebajikan akan ujud jika Anwar atau Bedul bin Lim Kit Siang yang menjadi PM kerana mereka mempunyai cita dan selera yang berbeza.

Sekurang kurangnya Hadi boleh tawarkan kepada Mat Sabu bagi pihak PAS sebagai PM atau ajak ajak ayam pada Nik Aziz. Hadi perlu serius kerana orang Melayu sudah nak beralih kepada PAS dari UMNO.


ATAU PENGAKUAN ITU SEBAGAI MAKSUD PEMBANGKANG TIADA PELUANG KE PUTRAJAYA, SEKADAR ANGAN ANGAN.

1 comment:

  1. Keliru, apa ke jadahnya Negara Berkebajikan itu?Kalau perjuangan PAS dulu iaitu Negara Islam fahamla Hamba.Ragu-ragu lagi pasal perjuangan baru PAS ini...Hamba kena beralih arah la pulok.

    ReplyDelete