Monday, October 6, 2008
Atas kemahuan BN - Dolah mempertahankan jawatan.
Keputusan diambilkira atas kepentingan negara di mana projek projek yang sudah dirancangkan perlu pengawasan dan perlaksanaan yang akan dipantau sendiri oleh PM untuk kebaikan dan kemakmuran rakyat, lagipun itulah janji dalam manifesto BN dan PM tidak akan lari dari tugas dan tanggungjawab.
PM juga mendapat sokongan padu dari komponen BN untuk terus kekal menerajui negara kerana segala bentuk perlaksanaan adalah hasil keputusan kolektif kabinet dan sebarang kegagalan atau kelewatan perlaksaan projek kerajaan bukanlah kelemahan atau kegagalan PM seorang sahaja.
Dolah juga percaya jika akar umbi dimaklumkan dengan jelas kedudukan politik negara, mereka akan faham dan terus memberi sokongan kepadanya. Oleh itu tidak timbul gagal mendapatkan jumlah pencalonan kerana MT akan membentuk satu jawatankuasa penerangan diketuai Najib untuk turut memperjelaskannya kepada akar umbi dan dalam hal ini Pemuda juga akan turut turun ke bawah untuk sessi penerangan. Apa yang berlaku sebenarnya ada segelintir bekas pemimpin yang cuba sabotaj keharmonian akar umbi.
PM berharap tidak ada pertikaian lagi dibuat selepas ini kerana dia perlu menumpukan banyak masa kepada kerja kerja membangun negara dan rakyat menulis surat kepadanya meminta supaya isu ini diberhentikan, malahan jika ada lagi pertikaian ia boleh dianggap mengancam ekonomi dan keselamatan negara.
Aduhai....mimpi lagi aku rupanya..
Tokoh yang ditakuti KJ..
KJ akan kalah badi kalau tokoh muda ini turut dicalonkan kerana pada setiap majlis yang dihadhiri oleh tokoh muda ini, ribuan akan menghadhirinya, malah pernah dalam satu majlis, walaupun hujan lebat turun, tetamu masih tidak berganjak dari tempat duduk.
Teori RAHMAN yang dikaitkan N dengan Najib mungkin tidak menjadi kenyataan jika tokoh muda ini dapat diketengahkan kerana namanya juga bermula dengan huruf N, dan ini sekaligus boleh memusnahkan harapan KJ untuk menjadi PM yang termuda. Setakat ini tokoh muda ini belum mengumumkan keputusan untuk bertanding untuk mana mana jawatan.
Dari sumber yang rapat, ASTRO mungkin bersedia menaja tokoh pemuda ini untuk maju jauh lebih ke hadapan dan ini sekaligus media ASTRO akan digunakan sepenuhnya untuk memaparkan tokoh ini ke peringkat yang lebih nasional dan global dan ini merupakan tamparan hebat kepada sesetengah pihak.
Mampukah KJ berhadapan dengan tokoh pemuda ini, apa kaitannya dengan Rais Yatim ? Bahagian manakah yang akan mencalonkan pemuda ini.
WAlaupun pemuda ini tidak pernah melibatkan diri dalam politik selama ini, tetapi beliau cukup popular sekarang, kita harap Nabil akan terus maju di bidangnya dan tidak menjadi takutan dan batu penghalang kepada KJ.
hehehehehehe
Sunday, October 5, 2008
Hindra!!!!
Top Bloggers Di Bayar
Prasangka kaum diteruskan dengan mengujudkan puak pelampau untuk mendesak, Hindraf adalah anak didik Samy Vellu yang terlepas kandang dan lawan towkey akibat dasar kuku besinya sendiri.
Bloggers juga berperanan memporak perandakan ekonomi dan politik Malaysia, mereka disogokkan berita dan kemudian 'dibayar' untuk mensensasikan berita, mereka dibayar untuk menulis yang benar sehingga akhirnya mereka menulis 'semua yang dibayar' tanpa sedar mana satu berita yang benar dan palsu. Masuk lokap atau penjara atau bakal ISA bagi mereka sekadar satu 'tingkat' dan status untuk 'demand' bayaran yang lebih tinggi. Mereka masuk 'sekolah' untuk terus berani dan kebal dan bebal. Mereka dibayar untuk duduk di 'ranking' yang tertinggi dan berpengaruh. Bloggers yang belum pernah kena 'cekup' dianggap less class, belum cukup masak, belum cukup hempuk.
Hari ini sesuatu yang 'buruk' atau 'antik' akan dibayar dengan harga yang lebih tinggi dari yang benar dan betul.
Syawal Masih Menunggu
Di blog ini atau di mana mana blog, saya juga menyusun jari memohon ampun dan maaf di atas sebarang bicara dan kata yang silap dan salah, sengaja atau tidak, di bibir atau di hati. Selepas ini kita akan bertemu dan berbicara lagi dalam isu isu yang lebih panas dan sensasi, pastinya yang telah dimaafkan sudah menjadi sejarah tetapi bagaimana pula yang mendatang..kita relakan kerana kita ada kesempatan bermaafan lagi ???
Isu ekonomi, dan sebahagian isu sosial kita mampu secara individu, berkumpulan, keluarga, masyarakat dan kampung/taman untuk selesaikan, tetapi isu politik khususnya di peringkat paling atas yang bukan perwakilan UMNO, apakah kemampuan kita/mereka ? Apakah pendapat kita akan menjadi panduan perwakilan untuk membuat undian.
Sumber sumber yang mengesahkan Dolah akan bertanding Presiden seolah nampak akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Syawal belum berlalu, kita sudah menyinnsing lengan baju di tangan..
Wednesday, July 2, 2008
अनवर दी माकन Sumpah
Di antara 5 negeri yang diperintah oleh Parti Pakatan Rakyat, nyata Selangor di bawah kepimpinan PKR melahirkan banyak isu yang kurang menyenangkan atau tidak lancar seperti yang dijanjikan. Bukanlah 100 menjadi kayu pengukur kepada 5 tahun tetapi jika di dalam tempoh 100 hari sudah banyak peristiwa, bagaimana dalam tempoh 5 tahun.
Bermula dengan isu penternakan babi di kawasan Melayu yang turut dieksploit dengan baik oleh UMNO, disusuli lagi beberapa kes seperti isu air percuma, bantuan kewangan kepada anak selangor, perlantikan adik Anwar dalam agensi kerajaan negeri dan yang terbaharu laporan BPR oleh Ezam di atas penyalahgunaan kuasa pejabat MB Selangor. Ini adalah di antara isu dan menimulkan perasaan tidak puas hati bukan sahaja di kalangan rakyat atau pengundi malahan ahli PKR itu sendiri. Jika kita ingin halusi lagi hal hal ini, eloklah layari blogg Khir Toyo, Pemimpin Pembangkang selangor yang aktif.
Persaolannya kenapakah isu ini telalu banyak di SELANGOR, di bawah kepimpinan PKR yang diungguli Anwar. Adakah sudah menjadi satu 'sumpahan' bahawa jika apa sahaja yang Anwar berada di dalamnya maka semuanya akan menjadi kacau bilau dan tidak menentu. Adakah Anwar melangga pantang larang dan sumpahannya sendiri? Apakah 5 tahun merengkok di penjara tidak membawa apa apa keinsafan kepada Anwar untuk belajar jadi baik dan pemaaf, tidak lagi membuat onar atau kerosakan alam.
Kes terbaharu Anwar, apapun teorinya, tentulah ia bermula di sebabkan gelagat Anwar sendiri yang terlalu rakus untuk berkuasa sehingga dengan megah melaungkan kemasukan 30 MP BN ke dalam PR sebelum 30 September ini. Bukankah cara itu tidak bermoral ? Kalau Anwar berterang terangan melakukan sesuatu yang tidak bermoral, bagaimana tidal mungkin pula melakukan perkara yang tidak bermoral di dalam kegelapan.
Terserah kepada Anwar untuk menangani permasalahan peribadinya kini yang cuba mengheret rakyat untuk besamanya. Adakah Anwar terlalu lemah dan lembek untuk menyelesaikan kusutnya hingga rakyat di ajak bersama. Adakah kita memerlukan bakal PM yang begitu terdesak dan pendek akal untuk mempertahankan dirinya sendiri.
Bukankah Anwar menggambarkan dirinya sebagai seorang ilmuan dan pakar rujuk pemimpin luar negara malah pensyarah berbayar universiti dunia sebelum ini. Adakah Anwar menjadi ayam betina atau ayam turki di dalam negara sendiri.
Kenapaa dipertikai polis dan kehakiman sekarang jika hakim dan polis yang sama menangkap dan melapaskannya dirinya dari pertuduhan.
Anwar tidak boleh dipercayai, penuh dengan tipu muslihat hingga dia melihat orang lain pun sama putar macam dia.
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...