
Keputusan pilihanraya kecil di MU adalah jawapan dan juga hadiah 100 hari Najib dan UMNO, samada masih relevan atau bungkus !
Tunggu - Najib ada lagi nak umumkan...




Kemaskini 5/7/09PULAU PINANG 3 Julai - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berjumpa dengan penduduk Kampung Buah Pala bagi menyelesaikan isu yang membelenggu kampung itu.
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, Guan Eng perlu mencari jalan penyelesaian terbaik sekali gus memberikan tumpuan berhubung isu berkenaan.
Menurutnya, sebagai Ketua Menteri, beliau sendiri seharusnya bersua muka dengan penduduk di situ dan bukan menyerahkan tanggungjawab itu kepada timbalannya atau pun anggota Exco Kerajaan Negeri.
''Kita sebenarnya tidak mahu melihat penduduk kampung itu dianiaya, jadi Guan Eng perlu beri tumpuan pada perkara ini kerana ia bukan isu kaum India....


ALOR SETAR: Penduduk Kampung Berjaya di sini meminta pihak berkenaan tidak mempolitikkan keputusan menutup tempat penyembelihan babi di situ kerana mereka sememangnya menyokong langkah itu.
Seorang mekanik Tan Khien Hin, 48, menyifatkan tindakan DAP itu sia-sia kerana majoriti penduduk bersetuju dengan penutupan tempat penyembelihan berkenaan.
"Tempat tu memang wajar tutup sebab dah lama ada di situ, tidak sesuai dah dengan keadaan sekarang, lagipun ada tempat lain lagi untuk sembelih (babi)," katanya.
Rabu lalu, Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su mengumumkan DAP keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu terutama tindakan merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika mengulas tindakan itu berkata DAP bebas membuat apa sahaja keputusan sama ada untuk kekal atau keluar pakatan kerana kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik dalam memenuhi tuntutan mereka. BERNAMA


J ual 1 unit, komisen RM1,680 Ya betul. Jual satu pun dah cukup untuk bantu bayar ansuran kereta atau sewa rumah bulan tu. . Ramai tak tah...