Sunday, July 5, 2009
Shahrizat ajak poknik berdebat..
Jika tiada bantuan dari kerajaan BN, kerajaan Kelantan dah tutup kedai lama dah ??!! - kata Shahrizat.
Elok ulamak PAS, poknik merenung sekejap cabaran dari wanita ini, elok berhenti sekejap dari latihan debat yang jadi impiannya - tolong beri perhatian dan jawapan dari saolan seorang wanita.
Elok poknik berdebat terlebih dahulu dengan wanita ini sebelum jumpa bossnya (najib).
KUALA KRAI 5 Julai — Pengundi di Manik Urai perlu menolak calon PAS dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebagai isyarat bahawa mereka tidak mahu terus hidup dalam serba kekurangan di bawah kerajaan negeri Kelantan yang tidak mampu menjaga kebajikan rakyat negeri itu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pengundi Manik Urai perlu mengambil peluang ini memandangkan kerajaan negeri itu juga gagal menyelesaikan masalah kemiskinan tegar yang melingkari kebanyakan penduduknya sejak hampir 20 tahun menguasai Kelantan dan hanya bergantung kepada peruntukan yang diberi kerajaan pusat.
“Pusing-pusing saja di Kelantan, lihat sendiri, Manik Urai lagi teruk.
Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai ini peluang untuk rakyat beri isyarat bahawa mereka tidak mahu lagi berterusan begini,” katanya.
Beliau berkata tanpa peruntukan yang disalurkan kerajaan Barisan Nasional (BN) masalah kemiskinan tegar di Kelantan akan bertambah parah.
“Jika tiada bantuan dari kerajaan BN, (kerajaan Kelantan) dah tutup kedai lama dah.
Tapi betul ke ijat??!! apahal dengan Melayu di Kedah, majukah mereka sepanjang pemerintahan BN, majukah Melayu Kedah dari Melayu Kelantan? - siapa nak jawab ni..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
aku jawab....pergi lihat negeri kedah,adakah kerana berumahkan kayu dan beratap zink mereka orang susah???!!..
ReplyDeletependapatan seisi keluarga mereka hampir 5ribu sebulan..tu majoriti tau.kalau yg kate susah..susah..susah tu pun pendapatan sebulan hampir 2ribu.aset!!tanah berekar2 tanpa di usahakan.sawah??!!hampir semua memajakkan tanah sawah masing2 kerana tak larat nak usahakan lagi..
mungkin nampak susah di mata kita,tapi bukan realitinya.tak di nafikan ade juga rakyat melayu kedah yg susah tetapi mereka juga di berikan wang kebajikan ehsan kerajaan negeri dan persekutuan setiap bulan.sama dengan negeri2 lain.
setiap kampung di negeri kedah mempunyai projek2 mereka sendiri,khas untuk orang kampung menjadi usahawan IKS dengan mengambil budak2 kampung yg tercicir pelajaran dengan memberi peluang2 pekerjaan kepada mereka.
jangan lupa,negeri2 yg di lihat maju itu bukan orang melayu yg memajukannya..tetapi aktiviti perniagaan yg di jalankan oleh bangsa cina.sepatutnya kita bangga jika negeri majoriti adalah orang melayu dan maju di sebabkan aktiviti perniagaan yg dijalankan oleh org melayu sendiri..
Aku nak tambah skit... Majukah org melayu di Penang? Apa dah jadi ngan isu melayu terpinggir di Penang terutama kawasan Tanjung?
ReplyDeleteIjat ni pun org dak tolak, dpt sanator jadi menteri dok kondem negeri lain.
kalau nak di bandingkan org melayu kat kelantan memang jauh beza ler keadaan.Banyak gak org kelantan yg berjaya dan aya raya tp mereka ni mendapat rezeki yg melimpah ruah kat negeri lain buken kat kelate... semua sumber di kelate ni nik ajis and the gang yg punya.semua dia sapu.Rakyat kelate dapat gapo..
ReplyDeleteDah selalu selalu ke pergi Kelantan...
ReplyDeleteDi kelantan, di celah celah kampung, bungalow bersepah..
Poster kiri kanan jalan tertera iklan - lot bungalow untuk dijual
Atas pokok bawah pokok tertera iklan - tanah lot bungalow untuk dijual
Sorang dua pompuan kelante pakai gelang emas sampai ke siku tapi majoritinya pakai gelang manek kristal plastik rantau panjang warna warni ..
Salam,
ReplyDeleteEh, ekau gilo ko apo najamarine. Majority income org kg kek kodah 5riban, paling miskin income dia 2riban. Kot iyo pon behagak le. Mu doh date kelate tgk bungalow2 dio ko. Mgkin golonge ni yg mu maksud ke dok.
Pi mai pi mai, ada pro ada kon. Sampai dek kat utusan, tambah lagi si shahrizat, kelate buguk sajo, biaso la, main stream.