Saturday, July 4, 2009

Kerana kamu India - saya tak boleh tolong !?

Kemaskini 5/7/09

Berbalas kenyataan pedas dan sinis antara DAP, PKR dan PAS di Pulau Pinang dan Kedah kini bukan lagi wayang kulit.

Malah, DAP di Kedah cuba menghasut perkauman dengan menuduh kerajaan negeri mahu merobohkan kuil hindu dan tokkong.

Orang India jangan lupa bagaimana high charparal yang sepatutnya dikekalkan sebagai warisan sejarah mahu dimusnahkan oleh tsukun dan eng guan di Pulau Pinang untuk melenyapkan komuniti itu di sana dengan digantikan koboi putih.

Dan mereka gunakan isu kerajaan pusat ada duit, tapi tak mahu tolong.

Betul ke kerajaan DAP tak ada duit atau ini satu peluang untuk mengukuhkan pengaruh dengan menghambat mereka keluar kerana lambat laun orang India akan kembali sokong BN!?

Percakaran dan pertikaman lidah tetap meninggalkan bibit bibit ketidakpuasan kedua dua pihak khusus di Kedah dan Pulau Pinang walaupun mungkin 'disatu dan didamaikan' dalam satu opera tidak lama lagi. Ia tidak akan seindah dan semanis dulu.

DAP kembali menggunakan kekasaran perkauman apabila di dapati Anwar sudah hilang pengaruh di kalangan orang Melayu dan PAS sudah longgar tanpa cengkaman Nik Aziz.

DAP terbukti sejak dahulu lagi mampu bersendirian kerana mereka tidak pentingkan kerajaan tetapi pentingkan perjuangan.

Mereka lebih selesa menjadi pembangkang daripada menjadi kerajaan. Bangkang dan lepas tu balik tidor. Tidak seperti sekarang yang terpaksa bersospan santun dan berlemah lembut dalam Pakatan - DAP rimas apabila punggungnya diraba dan kepalanya digosok oleh Anwar - sebab itulah Karpal terus melenting kerana tak tahan 'geli'.


kerajaan negeri tak ada duit - kalau nak salah, salahkan kerajaan pusat - depa yang tak mau tolong.
??

Ketua Menteri didesak jumpa penduduk Kg. Buah Pala

PULAU PINANG 3 Julai - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berjumpa dengan penduduk Kampung Buah Pala bagi menyelesaikan isu yang membelenggu kampung itu.

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata, Guan Eng perlu mencari jalan penyelesaian terbaik sekali gus memberikan tumpuan berhubung isu berkenaan.

Menurutnya, sebagai Ketua Menteri, beliau sendiri seharusnya bersua muka dengan penduduk di situ dan bukan menyerahkan tanggungjawab itu kepada timbalannya atau pun anggota Exco Kerajaan Negeri.

''Kita sebenarnya tidak mahu melihat penduduk kampung itu dianiaya, jadi Guan Eng perlu beri tumpuan pada perkara ini kerana ia bukan isu kaum India....

Tempat ini akan dibangunkan, koboi mana yang akan jadi penghuni baru??

No comments:

Post a Comment

6ANGKA