Friday, July 3, 2009

DAP Kedah masuk perangkap sendiri.



DAP salah tempat, silap strategi nak jadi champion rakyat.

Penduduk lega langkah roboh tempat sembelihan babi

ALOR SETAR: Penduduk Kampung Berjaya di sini meminta pihak berkenaan tidak mempolitikkan keputusan menutup tempat penyembelihan babi di situ kerana mereka sememangnya menyokong langkah itu.

Seorang mekanik Tan Khien Hin, 48, menyifatkan tindakan DAP itu sia-sia kerana majoriti penduduk bersetuju dengan penutupan tempat penyembelihan berkenaan.

"Tempat tu memang wajar tutup sebab dah lama ada di situ, tidak sesuai dah dengan keadaan sekarang, lagipun ada tempat lain lagi untuk sembelih (babi)," katanya.

Rabu lalu, Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su mengumumkan DAP keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu terutama tindakan merobohkan tempat penyembelihan babi di Kampung Berjaya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika mengulas tindakan itu berkata DAP bebas membuat apa sahaja keputusan sama ada untuk kekal atau keluar pakatan kerana kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik dalam memenuhi tuntutan mereka. BERNAMA


Lim Eng Guan berang - Azizan bukan boneka seperti poknik dan nizar.

Nik Aziz kata tak campur tangan masalah kerajaan negeri Kedah.
Dia hanya campurtangan di negeri Perak (penderhaka Nizar) dan Selangor (kekasih gelapnya Eli)

1 comment:

  1. janggal baca berita-berita begini. kata dulu hero besar rakyat, sekarangcari banyak excuse pula.

    ReplyDelete

6ANGKA