

Dalam saban isu panas, Nik Aziz sengaja menjadi fokus utama wartawan berbanding Hadi untuk menjawabnya samada secara sengaja atau dirancang. Suara Nik Aziz lebih commercial dan pencetus kehangatan politik berterusan.
Kita hanya mungkin tumpang kesian dan simpati dengan PAS yang kini memiliki satu 'aset' umpama kain buruk yang sayang untuk dibuang kerana masih begitu banyak jasa dan gunanya.
Seperti di lain lain parti yang memiliki bebanan kepada parti itu sendiri seperti Kj di UMNO, Samy di MIC, Kaveas di PPP, Chua di MCA yang semuanya kuda baru dan kuda tua yang masih boleh digunakan tetapi dalam masa yang sama membawa virus dan kudis buta.
Di kalangan parti lain pun seperti DAP, PKR dan Gerakan itu sendiri ujudnya individu yang bermasalah tetapi dalam masa yang sama, demi survival, demi lakonan maka terpaksalah ditatang dan dijaga walau dengan hati yang berbelah bagi.
Anwar sendiri dilihat sebagai de facto tetapi dalam masa yang sama sebagai pemusnah dari sudut moral dan integriti.
Nik Aziz sudah mengambil peranan utama dan penting dalam PAS melangkaui Presdiennya sendiri dan ini merupakan 'timebomb' yang akan dipersoalkan oleh generasi akan datang khususnya dari suara Pemudanya sendiri. Dalam semua parti, suara dalaman mereka sendiri adalah badai yang akan merubahnya.






