Monday, March 22, 2010

Bung Mokhtar tolak tawaran Anwar di saat saat akhir...

Ulangtayang: Di awal pagi yang indah

Kriiiinnggggggg...bunyi hp nokia lama..

Anwar: Hello Bung, ini Anwar..

Bung: Oh Bro..saya pun baru mau telefon bro..tapi bro telefon sudah..

Anwar: Jadi ke lompat..

Bung: Sudah tentu, ini perkabaran yang mau saya katakan..

Anwar: Bagus bagus bagus..bila mau buat press statement

Bung: Dalam masa terdekat, saya juga akan bawa seseorang sebagai saksi dan penyokong...

Anwar: Iye....separuh suspen..siapa lagi yang akan sertai kita..

Bung: Ahli Parlimen Sri Gading..Mat Ajis

Anwar: (Terkejut Beruk) Hebat tu...tahniah tahniah...di luar jangkaan kita mendapat sambutan, Johor kita akan tawan....

Bung: Saya harap bro sudi datang...

Anwar: Ohhh..sudah pasti, Azizah dan Nurul akan ikut serta, itu hari istimewa, kita patut raikan bersama..

Bung: Kad Jemputan mungkin on the way..

Anwar: No Problem..tanpa kad pun saya akan datang

Bung: Tapi ini majlis privacy, jangan kasi tau semua orang...bila dah sah baru saya umumkan

Anwar: Tapi...kawan kawan kita Lim Kit Siang, Karpal takkan tak boleh kita bagitau...

Bung: Boleh tu boleh ...hendak ke mereka datang ke masjid...

Anwar: Kenapa buat di masjid...

Bung: Benda baik bro, nak dirikan masjid..itu kehendak Zizie...

Anwar: *^%$#@#((*^%%##@@#$$$ pengsan kot..


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Anwar pernah pelawa Bung Mokhtar untuk lompat parti dalam angan2nya membentuk kerajaan 16/9 yang lalu..
Penantian Anwar berakhir dengan penuh kekecewaan kerana Bung melompat ke lain, memilih Zizie.

Melepaslah Anwar...


Perkembangan terbaru:
Machang MP Saifuddin Nasution today alleged in the Dewan Rakyat that Pasir Mas MP Ibrahim Ali - famous for his virulent Malay rights activism - posesses shares in a gaming company owned by tycoon Vincent Tan - Malaysia Kini.
Nampaknya PERKASA kini bukan sahaja menjadi ancaman kepada UMNO (KJ nafi PERKASA satu ancaman kepada UMNO) tetapi juga kepada PKR, dan paling terbaharu DAP juga sudah gentar hingga mereka terpaksa mengadakan cerita menyerang Presidennya - Itu satu petanda bagus, PERKASA kini sudah boleh diterima kawan dan lawan.

http://blog.limkitsiang.com/2010/03/24/does-perkasa-get-the-hint/#more-7771
Pasir Mas parliamentarian Ibrahim Ali has denied owning shares in Ascot Sports - owned by tycoon Vincent Tan - saying that it is an attempt to tarnish his reputation for upholding the rights of the Malays.

"I am ready to swear, wallahi wa billahi (by Allah and in His name) and to swear on the Quran, to prove that I do not have anything to do with, I have no shares and I am not at all (even by proxy) in the gaming company of Vincent Tan," reads his mobile text message to Malaysiakini.


Sunday, March 21, 2010

Yusuf Qardawi - elok jaga unta kamu sendiri...


http://dinmerican.wordpress.com/2010/03/23/anwar-ibrahim-i-did-not-manipulate-qardhawi%E2%80%99s-words/
Terkini:

Begitu terdesak sekali Anwar yang sudah muflis idea dan kini hilang sepenuh kepercayaan diri sendiri terpaksa 'hidup' dengan bergantung kepada orang lain, bergantung sokongan pendapat ulamak yang tidak dapat lari dari serba kekurangan sebagai manusia walau sejauhmana pandainya pun.
Kenapa Anwar tidak memilih Allah sebagai saksinya dengan bersumpah laknat seperti Saiful, kenapa soal 'teknikal' sumpah dijadikan alasan Anwar untuk tidak melakukannya sedangkan dia menggunakan seluruh dan segala 'teknikal' untuk 'lari' dari mahkamah.










Siapa Sheikh Yusof Qardawi ni?


Kita tidaklah perlu agungkan sangat manusia yang mendapat gelaran 'ulamak' sekadar lebih pandai sikit bab ugama dari orang lain.

Kita tengok 'ulamak2' di Malaysia sebagai contoh (sebab kita lebih kenal mereka) dan apakah pendapat mereka, sikap mereka dan tingkah laku mereka boleh kita terima 'bulat2' sebagai kata pemutus dan hukum.

Tidak seorang manusia pun boleh mendahului ketetapan Allah apalagi cuba menghukum atau memandai mandai untuk menyatakan siapa yang bersalah dan siapa yang tidak sehingga di bawa kemuka pengadilan.

Sejarah juga tidak pernah menceritakan Khalifah ternama Islam menjatuhkan hukum kepada seseorang tanpa dibawa kemuka dpengadilan.

Oleh kerana Sheikh ini dianggap kawan kawan rapat dengan Anwar, harus juga berhati hati dan di ambilkira hubungan mereka dengan Yahudi dan puak gay untuk mengelak sesuatu yang tidak mustahil.

Yusuf Qardawi adalah orang asing bagi Malaysia dan kita lebih tahu tentang rumahtangga kita sendiri dan urusan campurtangannya secara membabi buta dan sembrono tidak membawa kebaikan sedikitpun kecuali memecahbelahkan lagi, apakah itu sikap seorang ulamak?????? Memberi kenyataan tanpa mengetahui duduk perkara sebenar, apakah dia memberi keadilan kepada Saiful yang menggunakan Allah sebagai saksi sedangkan Anwar hanya menggunakan lidah yang berputar belit memepertahan diri???

Apakah Yusuf Qardawi juga sebahagian dari gambaran ulamak songsang politik seperti yang terdapat di Malaysia?

Elok pak sheikh ni jaga unta dia sendiri.

Saturday, March 20, 2010

Muhyiddin hilang suara..


Saranan TPM, Muhyiddin supaya tindakan di ambil ke atas 'pembohongan' Anwar yang melibatkan Agong dan ATM...

PM, Menteri sahut tawar..
.

Kesian Muhyiddin, bersendiri dan suaranya terpinggir..

Terkini:
1. The Information Communication and Culture Minister said the Dewan Rakyat can determine whether or not Opposition leader Anwar Ibrahim had falsely invoked the King and armed forces.

2. Umno Youth lodged three police reports today over the intended takeover of the federal government on Sept 16, 2008 by the opposition.

Friday, March 19, 2010

Tanda tanda Malaysia dah nak kiamat..




Dulu: Paklah dengan "Bekerja Bersama Saya" dan Report Cardnya.

Di mana semua tu sekarang?? Siapa yang terbilang, siapa yang gemilang, siapa yang cemerlang??

Sekarang: Najib dengan "Be my partner to help me transform Malaysia" dan KPInya.

Tampak senada dan apakah bakal senasib dengan Paklah.

Apakah 4 bekas Perdana Menteri yang lalu tidak bersama rakyat atau rakyat tidak bersama mereka memajukan negara ini. Bezanya mereka bekerja dan bertindak untuk memajukan rakyat dan negara, tetapi bekas PM yang ke 5 dan PM ke 6 lebih banyak bercakap dari bekerja seolah olah bercakap hari ini benda itu akan terjadi esok dengan sendirinya...

Orang Melayu banyak didahulukan dengan gula gula...dan akhirnya mendapat derita dari penyakit kencing manis di kemudian hari...

Apalagi yang Najib dan Paklah ada persamaan...

Saturday, March 13, 2010

Penjenamaan Baru - Pakatan Haram Pembangkang (PHP)

Seperti yang kita ketahui, jalinan kerjasama PKR, DAP dan PAS di bawah nama Pakatan Rakyat adalah imaginasi dan khayalan sahaja kerana mereka sebenarnya gagal membentuk kerajaan PUSAT malah makin kehilangan kerusi kerana aktiviti 'lompat katak' dan' panas buntot lalu memecat'.

Kerana gagal membentuk kerajaan pusat bermaksud tidak mendapat majoriti 2/3 maka wajar Pakatan itu tidak dinamakan, dipanggil, disebut hatta di dalam jamban sekalipun sebagai Pakatan Rakyat...memadailah Pakatan Pembangkang.

Jika dihalusi lagi, pakatan ini juga tidak dibentuk secara sah melalui undang2 seperti Barisan Nasional maka sekali lagi ia wajar dinamakan Pakatan Haram Pembangkang sama seperti Hindraf, Arqam dan lain lain ajaran sesat yang tidak diiktiraf kerajaan.

Gunakanlah penjenamaan baru ini "Pakatan Haram Pembangkang" di mana saja anda berada hatta semasa kencing sekalipun.

Thursday, March 11, 2010

PKR dan UMNO ada persamaan...

Dalam kita menilai kekuatan dan kelemahan parti parti di Malaysia, nyata PKR dan UMNO mempunnya beberapa persamaan yang memudaratkan.

Kedua duanya bergantung kepada 2 watak utam,a sebagai hero atau pelakon utama.
Najib di pihak UMNO dan Anwar di pihak PKR.
Sebagai bekas pemimpin UMNO, Anwar sedikit sebanyak sudah tahu sepak terajang, pencak silat Najib dan tahu di mana yang perlu dijolok untuk Najib tergolek.
Walaupun Najib adalah anak didik Anwar di dalam Pemuda tetapi beruntung dia juga di antara yang rapat dan sempat ditunjuk ajar oleh Mahathir.
Anwar sendiri sudah kena penangan Mahathir tetapi hari ini masih mahu tunjuk lagak pandai dan degil dengan hanya menjolok Mahathir melalui mahkamah, kononnya dia dipecat tidak ikut peraturan.
Anwar amat kurang sekali berani mengkritik Tun secara terbuka lewat kebelakangan ini samada kerana Tun sudah tidak relevan lagi atau takut pekungnya makin terbuka dikerjakan Mahathir.
Penyingkiran Paklah oleh Mahathir walaupun ketika Paklah memegang tampuk kuasa dan pengaruh di dalam parti dan kerajaan menunjukkan Mahathir masih power dan ini diambilkira oleh Anwar supaya tidak menjolok sarang tebuan lama.
Hingga ke takat ini satu demi satu perancangan Najib untuk melemahkan PKR dan Anwar nampaknya mula berhasil dan akan berjaya, PKR dan Anwar dilihat sedang berdiri dengan kedudukan satu kaki, bila bila masa boleh tumbang kalau tidak dipangku teguh PAS dan DAP.

Kebergantungan UMNO dan PKR terhadap 2 watak utama ini juga satu 'backfire' kerana kedua duanya dilihat tidak bersih, seperti kata Anwar, Najib juga gagal 'test' kalau mahu dinilai bersih??!!
Anwar atas persepsi liwat dan Najib atas persepsi Altantuya.
Jika Anwar dihumban ke penjara, berakhirlah hayat PKR walaupun Lim Kit Siang cuba bersandiwara mengatakan Pakatan akan dapat lebih undi jika Anwar dipenjara. yang dapat lebih tidak dinafikan DAP, tetapi PKR tetap gulung tikar.
Kena diingat juga, Zul yang dipecat PKR ada memaklumkan seseorang yang berkualiti juga akan keluar PKR dalam masa terdekat ? Siapa? Tian Chua? dan tentulah itu bukan dari kumpulan firaun kecil.
UMNO juga dilihat bergantung kepada sedikit kelebihan yang ada pada gaya Najib memerintah dan mentadbir parti, dilihat stabil kerana tidak ketara puak dalaman pro Muhyiddin yang mengekang atau memberi tekanan kepada Najib - lambat laun akan muncul juga.

Apakah tanpa Najib dan Anwar, kedua dua parti akan lemah? BIG yes kepada PKR dan small yes kepada UMNO, cuma untungnya UMNO masih ada veteran seperti Tun dan Ku Li dibelakang dan berbelas lagi muka baru yang sanggup mati di medan pertempuran. Sedangkan di dalam PKR, tanpa Anwar, Azizah menangis tidak berlagu dan Azmin akan sekali lagi lari dengan kuda hitam.. Suka juga diingatkan jika Anwar hampir musnah, tidak mustahil Azmin akan cepat cepat berpaling tadah, kemana? kalau bukan kepada UMNO minta nyawa!!!

Wednesday, March 10, 2010

Jawatan PM - Perlukah Satu Lagi Peralihan Kuasa ala-paklah







Mencadangkan Tun Mahathir kembali sebagai PM mungkin sesuatu yang menjelikkan kepada musuh tradisinya dan mungkin kurang waras untuk mengganggu dan membebannya semula dengan permasalahan negara sekarang yang serba tidak stabil walaupun dinampakkan macam ok.

Malaysia memerlukan bukan sekadar Perdana Menteri tetapi seseorang negarawan yang mampu mengatasi kemelut negara dalam sekelip mata dan ia bukan sesuatu yang sukar dilakukan jika pemimpin itu negarawan, jika ia seorang pemimpin yang hanya ada gaya tetapi tidak pada kualiti, mungkin sekelip mata itu mustahil.
Senaraikanlah siapa pemimpin yang ada ciri ciri negarawan itu, dari Najib sampai ke Ghani Othman, atau dari Anwar sampai ke Khalid atau dari Lim Kit Siang sampai ke Karpal, hatta dari Nik Aziz sampai ke Mat Sabu pun macam atau memang dah sah, mereka tidak ada ciri ciri tersebut, semuanya local, kampongan - Memusnahkan lebih pandai dari Membina. Kalau sekarang ada yang seiras kemampuan Tun Ghafar Baba pun Malaysia sudah dikira bertuah.
Cuma sekarang negara di perintah daripada tiada lebih baik ada.

Jika terus ditelek, mungkin sudah sampai masanya samada Ketua Menteri Sarawak atau Ketua Menteri Sabah dipinjamkan sekurang kurangnya hingga ke pilihanraya 13 nanti untuk menjadi Perdana Menteri Secara Kontrak atau Pemangku Perdana Menteri dalam mentadbir Malaysia sekarang .
Kedua duanya sudah mempunyai rekod perkhidmatan dan pentadbiran negeri dan politik yang cukup matang berbanding dengan mana mana pemimpin lain di Malaysia pada masa sekarang hatta Anwar mahupun Lim Kit Siang apalagi Hadi Awang gagal menembusi walaupun sudah lama mengidam pengaruh dan kuasa di Sabah dan Sarawak.
Lewat kebelakangan ini pun Najib sendiri berulang alik bagai menatang minyak yang penuh ke atas negeri negeri emas yang menjadi talian hayat serta nyawa UMNO dan BN untuk tempoh tempoh yang mendatang.

Atas kepentingan semua, Tentunya Cadangan Di atas Tidak Keterlaluaun?!


Selingan:
Hobi UMNO dibawah kepimpinan baru ini ialah mengumpul perasuah sebanyak mungkin sebagai koleksi.
Ini menjadikan UMNO bertunjangkan Melayu dan Islam tampak berbeza dengan parti lain.
Selain itu, UMNO tambah lagi hobi baru, mengumpul 'kaki lompat parti' dan memberi mereka sedikit saguhati.

Realiti atau persepsi??





Why the political tsunami never reached Sarawak
author_photo("Keruah Usit")
Keruah UsitMar 10, 104:11pm
Malaysians recognise that Sabah and Sarawak now hold the position of kingmakers in national politics. In the wake of the political tsunami of March 8, Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR) are now finely balanced in the peninsula, even if both Umno and PKR are still struggling to make sense of the debris left behind.

6ANGKA