Karpal: Charge Aminul's killers with murder
Tuesday, May 4, 2010
Kes Anwar wajar ditangguh..
Karpal: Charge Aminul's killers with murder
Monday, May 3, 2010
3 hari 3 malam 3 bulan 3 tahun
NOT SO GENEROUS?
2. Wisma Putra should make public the full contents of the agreement signed last year. When we give up what belongs to the people really, the people have a right to know. After all, Abdullah's Government made a point about being transparent, implying of course that the previous Government was not transparent. So let us see transparency in this decision to surrender the peoples' heritage. If as it is claimed we have not lost much, let us know how much is not much.
3. At the present price of USD83 per barrel (RM249.00), one billion barrels would yield USD 83 billion or RM249 billion. Forget the likelihood that the oil price would increase in future, how much would we get from Petronas' involvement in the production.
5. His apologists will say that I am being petty, that I lost billions too. But concern over a total of over RM500 billion not accounted for or lost cannot be considered petty.
6. The Malaysian public is very forgiving. When my questions are met with "elegant silence", that is the end of the story.
7. Whither Malaysia?
Najib memerlukan 3 hari 3 malam atau 3 bulan atau 3 tahun untuk menjawabnya dan memadailah jika ini digendangkan oleh pembangkang pada PRU13 nanti.
Jom kita tengok ramai ramai bagaimana UMNO menari ikut gendang ini.
Saturday, May 1, 2010
Pembangkang di alu alukan ke Johor - URGENT!!!
Satu usaha sedang dijalankan untuk mendapat peruntukan dalam masa 2-3 tahun untuk menampung kos pembaikan dan ubahsuai tersebut dan jika usaha itu gagal, masjid masjid berkenaan terpaksa menunggu 20 hingga 30 tahun lagi.
Rakyat Islam Johor dan masyarakat setempat yang mengalami masalah ini harus bertindak berani dan cerdik, mereka patut menjemput parti pembangkang untuk segera mengembangkan sayap dan mengadakan siri ceramah yang berterusan menjelang PRU13, dengan cara ini sahajalah peruntukan demi peruntukan segera (gula gula pilihanraya) akan mencurah curah sampai, terjun dari langit Kerajaan Pusat.
Taktik ini sudahpun dilaksanakan dengan jayanya oleh kaum India dan Cina dalam pilihanraya umum12 dan pilihanraya2 kecil selepasnya. Yang terbaharu di Sungai Buluh.
Apakah wak wak Jawa dan Bugis di Pontian dan Batu Pahat sudah kekeringan idea, bagaimana pula Melayu dan Banjar di Muar.
Friday, April 30, 2010
Kerja Orang Tidor dan Kabinet YESman..
KUALA LUMPUR 1 Mei – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) hari ini mengesahkan kontrak perkongsian pengeluaran yang melibatkan Blok L dan Blok M yang dianugerahkan kepada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Murphy Sabah Oil Co. Ltd telah dibatalkan pada 7 April lalu.
Pembatalan kontrak menerusi Surat Pertukaran yang bertarikh 16 Mac 2009 itu berikutan kedua-dua blok itu bukan lagi sebahagian dari Malaysia.
Blok L dan Blok M itu telah ditandakan semula sebagai CA1 dan CA2.
``Petronas juga mahu menjelaskan bahawa syarikat ini telah dijemput oleh Brunei untuk terlibat dalam membangunkan CA1 dan CA2 berdasarkan perjanjian komersial,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Utusan
Rakan kongsi Petronas iaitu Murphy Sabah telah ditendang keluar hasil tandatangan Paklah.
Brunei mengesahkan permohonan mereka ke atas Limbang berterusan walaupun selepas penyerahan Blok L dan M.
Saolannya kenapa Malaysia perlu lepaskan tuntutan ke atas Blok M dan L tanpa mendapat apa apa keuntungan dari perlepasan itu.
Jemputan Brunei kepada Petronas adalah jemputan biasa usahasama komersial dalam kata mudah keuntungan kena dibahagikan 50/50 sedangkan bukankah Malaysia layak untuk mendapat 100% jika tanpa tandatangan Paklah tersebut.
Apakah ada keuntungan kroni anak menantu di sini secara langsung atau tidak langsung???
MIC terus mendesak..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm
Palanivel Menteri Kabinet?Agaknya Kementerian apa yang sesuai dengan Senator yang kuat merajuk ini.
Boleh ke dia buat kerja sebagai seorang Menteri yang akan dihormati dan berwibawa apabila pengundi Hulu Selangor pun awal awal lagi menolaknya.
Masuk pintu belakang untuk berada dalam kabinet atas kapasiti jawatan dalam parti (Timbalan Presiden) akan merosakkan dan merendahkan lagi parti MIC.
Dalam politik susah sangat nak cari muka malu, ramai muka tak malu.
Tuesday, April 27, 2010
KJ ke kabinet...
Sudah sampai masanya KJ dilantik ke jawatan sekurang kurangnya Timbalan Menteri di dalam kabinet Najib yang akan disusun semula bila bila masa atas beberapa perkembangan mutakhir. Tidak memeranjatkan juga jika Kamalanathan turut dilantik ke satu jawatan yang penting.
Suka atau tidak, atas kapasiti Ketua Pemuda dan atas 'kesetiaannya' kepada Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri, KJ wajar diberi peluang dan peranan serta tanggungjawab. Adalah tidak wajar masih terus menyalahkannya atas kesilapan masa lampau dan kesilapan Paklah lalu terus menghukumnya tanpa diberi peluang menunjukkan kebolehan.
KJ adalah aset...samada UMNO mahu menggunakannya atau membiarkan orang lain menggunakannya pada suatu masa nanti. KJ adalah seorang 'askar berani mati' samada digunakan untuk menyerang musuh atau dia terpaksa menyerang tuannya untuk terus hidup.
Jika rupa bentuk dan moral Zaid yang sebegiturupa boleh diterima oleh lebih duapuluhtiga ribu pengundi Hulu Selangor tentulah 'sejarah' KJ boleh dipadamkan dan diterima baik oleh jutaan ahli UMNO dan ia terus kekal di Rembau sebagai ahli Parlimen dan wajar dilantik ke kabinet Najib.
Semuanya belum terlambat walaupun sudah lewat.
Jika isu rasuah, duit, saham, kroni, campurtangan dalam urusan Perdana Menteri masih mahu dibelengu ke atas KJ...saolannya...apakah semua itu tidak terdapat dalam kepimpinan Najib sekarang? Bukankan campurtangan sekarang lebih jelas dan terpampang setiap hari malah ada editor kanan yang meletak jawatan atas campurtangan tersebut?
Kenapa pula Tun Mahathir boleh tutup mata atas campurtangan tersebut..
Monday, April 26, 2010
MCA, MIC, PPP, Gerakan sila keluar Barisan bila bila masa....
Kesimpulannya di kawasan majoritinya Melayu, jika BN meletakkan mana mana calon bukan Melayu samada dari MIC, MCA, PPP atau Gerakan dan lawannya ialah calon Melayu atau Islam dari PKR, PAS hatta DAP sekalipun, maka calon BN bukan Melayu tersebut pasti akan tewas - inilah senario kuasa undi Melayu seperti yang dicerminkan di Hulu Selangor.
BN memang di Hulu Selangor adalah kerana nasib dan seluruh kekuatan parti dan kerajaan ditumpukan di sana tetapi 'fokus' ini tidak akan berlaku di pilihanraya umum.
Calon MIC, MCA, PPP dan Gerakan juga jika meletakkan calon mengikut kaum parti mereka di kawasan tanpa majoriti Melayu juga akan tewas kerana undi kaum Cina dan kaum India akan beralih kepada calon pembangkang.
Dari aspek manapun samada kiri, kanan, atas, bawah, depan dan belakang nampaknya MIC, MCA, PPP dan Gerakan sudah tidak relevan dan akan menjadi parti sampah sarap dan akan berjangkit kepada UMNO jika masih abaikan Melayu dan Islam.
Tunggu apa lagi !!
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...