Monday, April 26, 2010

MCA, MIC, PPP, Gerakan sila keluar Barisan bila bila masa....

Keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor mencerminkan corak pemilihan PRU13 akan datang.

Kesimpulannya di kawasan majoritinya Melayu, jika BN meletakkan mana mana calon bukan Melayu samada dari MIC, MCA, PPP atau Gerakan dan lawannya ialah calon Melayu atau Islam dari PKR, PAS hatta DAP sekalipun, maka calon BN bukan Melayu tersebut pasti akan tewas - inilah senario kuasa undi Melayu seperti yang dicerminkan di Hulu Selangor.

BN memang di Hulu Selangor adalah kerana nasib dan seluruh kekuatan parti dan kerajaan ditumpukan di sana tetapi 'fokus' ini tidak akan berlaku di pilihanraya umum.

Calon MIC, MCA, PPP dan Gerakan juga jika meletakkan calon mengikut kaum parti mereka di kawasan tanpa majoriti Melayu juga akan tewas kerana undi kaum Cina dan kaum India akan beralih kepada calon pembangkang.

Dari aspek manapun samada kiri, kanan, atas, bawah, depan dan belakang nampaknya MIC, MCA, PPP dan Gerakan sudah tidak relevan dan akan menjadi parti sampah sarap dan akan berjangkit kepada UMNO jika masih abaikan Melayu dan Islam.

Tunggu apa lagi !!

15 comments:

  1. Bro, setuju dgn pandangan tuan, kita lihat mereka ini menumpang populariti UMNO, sedangkan mereka langsung tidak meningkatkan pretasi parti mereka sehinggakan kaum2 merekea sendiri tidak yakin dgn BN........lebih baik mohon keluar saja, biarlah UMNO bersendirian kalau sudah org2 Melayu sendiri tidak mahu UMNO lagi...

    ReplyDelete
  2. Marilah UMNO dan Pas bersatu. Ini bukan masa kita jatuh menjatuh...jangan jadi ketam dalam baldi..

    Kenapa susah sangat nak bersatu????

    Ini bukan masa kita berbalah....tengok cina dalam diam-diam mereka ada agenda tersendiri iaitu nak menguasai jajaran dari Singapura hingga ke Perak..

    Wahai pemimpin UMNO dan Pas jangan tidur lagi...jangan kau jual bangsa dan agama Islam tercinta.. bangun bangun bangkit...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih YANG GAMBI: yang sebaiknya mereka 'ditendang keluar'. Nak tunggu mereka mohon keluar, sampai kiamat pun tak akan berlaku.
    Mereka semakin selesa selepas PRU12 kerana majoriti permohonan mereka dilayan macam anak raja.
    Sebaik sahaja diketahui undi Cina merosot di Hulu Selangor, Raja Seks Chua Soi Lek minta kerajaan lebihkan kebajikan dan kemajuan di Kampong Baru ??? Itu undi merosot, kalau undi sokong???

    Dan sekor lagi bar** Melayu, Tengku Adnan maklumkan kebajikan kaum Cina di Hulu Selangor tidak akan di abaikan walaupun undi kaum Cina merosot???

    Orangkampung: Elok sangatlah UMNO yang 'kena kencing ' http://dinturtle.blogspot.com/2010/04/najib-kena-kencing-di-hshtt dalam BN dan PAS yang 'dikudakan' dalam Pembangkang untuk bersatu.

    ReplyDelete
  4. Jajaran dari Spore ke Perak x mungkin terjadi..psal tersekat kt Johor.

    ReplyDelete
  5. Dalam BN Umno dikencing oleh MCA,MIC,Gerakan dan PPP. Dalam Pakatan Pas dikencing oleh Dap & PKR

    ReplyDelete
  6. Calon MCA, MIC, PPP dan Gerakan yang mengharap undi Melayu akan datang - sila lupakan.

    Pemimpin Melayu dalam UMNO, PAS dan PKR jika masih tidak memperjuangkan Melayu dan Islam atau biar diri diperkudakan juga jangan mimpi dan berangan kosong untuk dapat undi Melayu secara 'automatik'.

    ReplyDelete
  7. nampak sangat kaum cina n india nii kaki penipu...

    ReplyDelete
  8. Bro,

    Selagi niat tersirat kaum cina tak dihebah dibesar-besarkan, selagi tu lah mereka akan ambil kesempatan. Kaum cina akan terus memperbodohkan orang melayu. Ini memang kepala otak kaum cina.Sangkaan kaum cina kononnya orang melayu tak tahu niat mereka, orang melayu takut, orang melayu sangat mengharapkan undi mereka, orang melayu tengah berpecah, orang melayu tak bijak.

    Media2 pro-kerajaan TV, Radio, Suratkhabar, Internet mesti bersama mainkan peranan terus menerus besar-besarkan dedahkan hati-perut kaum cina. Mesti tunjukkan orang melayu sebenarnya tahu & cukup berilmu berpengetahuan.

    Contoh macam Utusan Malaysia hari ini. "Adilkah minta tolong BN tetapi undi Pembangkang". Sebaiknya tajuk begini di siarkan di muka hadapan.

    Media2 mesti terus-menerus siarkan tajuk2 seperti ini. Jangan biarkan kaum cina sangka orang melayu masih tak tahu niat hati perut mereka. Jangan biarkan kaum cina sangka orang melayu masih tercari-cari formula memikat mereka.

    Dengan pendekatan begini baru kaum cina sedar orang melayu sebenarnya sudah tahu hati-perut mereka. Kaum cina sangat takut apabila kepala otak hati perut perancangan mereka diketahui orang. Buatkan supaya kaum cina patut berasa malu pada perangai mereka. Buatkan supaya kaum cina nampak seperti tidak mengenang budi. Orang melayu jangan takut jangan peduli apa kaum cina nak kata. Baru kaum cina berfikir 2 kali.

    Orang melayu memang bertimbangrasa tetapi orang melayu mesti lebih tegas.

    ReplyDelete
  9. Pemimpin PAS sedang jual 'ugama' untuk dapat undi cina, Pemimpin UMNO sedang jual 'bangsa' bagi mengharap undi Cina. PKR adalah 'broker' atau 'barua' yang sedang berusaha untuk melemahkan kedua duanya asalkan dapat jadi PM walaupun 'boneka'- Itulah situasi.

    Bahasa lembut pun sudah, bahasa sederhana pun sudah, bahasa kasar sudah diluah, bahasa derhaka yang paling sesuai apabila pemimpin di atas tidak ada kerja lain melainkan mendahulukan bangsa dan ugama dengan segala tipu muslihat.

    ReplyDelete
  10. Jangan sampai jadi kera2 dihutan yg tak kenang budi disusukan tapi anak dirumah dibiar kelaparan

    ReplyDelete
  11. Apalah nak kecoh lagi dah menang pun!!!Tunggulah PRU13 nanti tahulah nasib bn macam mana nanti? Kubu umngok paling kuat di Selangor pun lingkup nanti.

    Baguslah tu " si penyamun dah jumpa si penyangak" biar lingkup semuanya. Nak tanya Jib duit peruntukan belanjawan mana kau guna & bila pulak parlimen luluskan? Macam belanja hasil rampasan perang pulak lepas menang.

    Orang felda & asli bolehlah kau beli/rasuah...

    ReplyDelete
  12. Kalau semua parti tu keluar dari BN dan ikut PR,Umno boleh menang PRU13 ke? Sila beri rationalnya. Orang tak sokong bersebab. Kita kena kaji sebab dahulu bukan terus jatuh hukum. Kalau semua pengundi cina beri undi pada PKR di P.94 HS, BN boleh menang ke? Takkan sebahagian pengundi cina tak sokong kita nak salahkan semua cina. MCA sedang dalam proses pemulihan.Dulu 2008 Umno lemah maka HS kita kalah.

    Pada ketika itu banyak kerusi Umno jatuh pd pembangkang. Kenapa tak suruh Umno keluar BN.Yang jauh kita rapatkan yg dekat dieratkan.
    Kalau mereka kata kita perkauman dan rasis kita marah. Semuanya mesti ada pelan tindakanyg berkesan. Mana tau bila kita kotakan janji pilihanraya di HS mereka boleh berubah. Ini bukan mustahil. Hati manusia Tuhan je yg tau.

    ReplyDelete
  13. Taming Sari pendapat anda diterima, bernas dan sudah terfikir pun tetapi mentaliti inilah menyebabkan UMNO semakin lupa perjuangan Melayu dan Islam lalu digemukkan orang lain dengan harapan, dah berapa banyak harapan daa...dah berapa kali pilihanraya kecil dan besar, UMNO kena kencing?? Dan apakah selama UMNO mentadbir kaum lain dipinggirkan hingga UMNO kena kaji lagi sedangkan hak istimewa pribumi terus terhakis?? Dalam memerintah, kerajaan nak rujuk Perlembagaan Negara atau merujuk kepada tuntutan mereka?
    Dalam PRU12, berapa banyak bilangan kerusi UMNO kalah? Kalau kalah di tangan siapa? majoriti di tangan PAS? Apakah itu satu kerugian amat sangat? Jawapannya tidak? Masih di tangan Melayu dan Islam seperti juga Kedah dan Kelantan sekarang..
    Tetapi mana pula kerusi MCA, MIC, PPP dan Gerakan, jatuh ke tangan siapa..kerusi kerusi inilah membuatkan BN hampir tumbang dan pembangkang dengan perkauman yang kuat sedang menguasai beberapa kerajaan negeri secara langsung atau tidak langsung.

    Semua parti tersebut boleh keluar dari BN tanpa menjejaskan UMNO, BN masih boleh menerima terus ahli bukan pribumi dan meletakkan mereka di pilihanraya akan datang atau menerima calon calon bebas yang berwibawa sebagai ahli bersekutu.

    Kaum Cina dan India mungkin bukan tidak menyokong kerajaan atau BN tetapi mereka benci kepada pemimpin parti itu sendiri...
    Pernah terjadi kepada UMNO, orang Melayu menolak UMNO kerana Paklah dan satu kenyataan pun..orang Cina tolak MCA kerana Chua Soi Lek dan menolak MIC kerana Samy Vellu..

    ReplyDelete
  14. Sebanyak sedikit kelemahan parti2 MCA dan MIC berpunca dari politik Umno. Keperluan kaum2 di negara ini berubah-ubah sesuai dgn kemajuan yg dicapai. Sebagai contoh,kerajaan dengan sistem kuota dibidang pendidikan telah menyekat kemasukan penuntut2 kaum bukan melayu ke IPTA atas dasar kuota. Terdapat dikalangan yg gagal datangnya dari keluarga yg tidak berkemampuan. Ibu bapa ada dua pilihan. Berhutang besar atau duduk rumah sahaja. Keputusan peperiksaan anak2 mereka begitu cemerlang tetapi masa depan disekat oleh kuota. Mereka berpendapat bahawa pendidikan tidak wajar dikenakan sistem kuota.
    Contoh,wajar kah seorang pesakit tidak diterima masuk ke hospital kerana kuota mengikut kaum sudah mencukupi. Mungkin ini bukan perbandingan yg adil namun begitulah yg difikirkan oleh mereka. Dalam isu DEB sekatan dapat diterima akan tetapi dalam soal pendidikan dan masa depan anak2 dasar ini amat mendukacitakan ibu bapa.

    DAP mengeksploitasi isu ini dan yg lain2 sehingga DAP kelihatan lebih prihatin dan pembela nasib mereka. Sungguh pun perjuangan DAP tidak membuahkan hasil namun masyarakat bukan melayu mendapat kepuasan yg membawa dendam. Apa pun hari ini kerajaan dibawah Najib telah mengubah pendirian dan anak2 cemerlang akan dibela. But damage has been done.

    Umno sentiasa mengguris perasaan lain2 kaum. Didalam persidangan perhimpunan Umno sering ucapan dan slogan berbau perkauman dilaungkan.
    Akhbar dalam semua bahasa memainkan isu-isu perkauman dan yg kelihatan buruk adalah Umno.
    Apabila MCA dan MIC gagal membela nasib bangsa masing2 pembangkang ambil kesempatan.Dengan tidak bertolak ansur dalam soal pendidikan MCA dan MIC menjadi mangsa.

    Sekiranya MCA.MIC.Gerakan dan PPP keluar BN yg turut meninggalkan BN adalah pengaruh parti2 tersebut. Calon bukan pribumi lain hanya mendapat undi melayu yg tidak menyeluruh.Kekalahan dalam tangan. Benar kerusi Umno pd PRU12 jatuh ke tangan PAS dan Pas itu melayu. Dapatkah Umno bersama didalam kerajaan PAS? Didalam BN,Umno adalah bos. Semua orang tau didalam PR DAP yg berkuasa.
    MB melayu tapi dasar cina.

    ReplyDelete
  15. Aku setuju ngan kau..kluang..man
    Nak bukti apa lagi..Cari kepimpinan Melayu yang kuat bukan Melayu yang lemah saperti yang ada sekarang neh!!!

    ReplyDelete

6ANGKA