Lebih 50 masjid di seluruh Johor dalam keadaan uzur yang memerlukan ubahsuai kerana sudah terlalu uzur dan tidak dapat menampung jumlah pertambahan penduduk - demikian pengumuman Ghani Othman di TV3 sebentar tadi.
Satu usaha sedang dijalankan untuk mendapat peruntukan dalam masa 2-3 tahun untuk menampung kos pembaikan dan ubahsuai tersebut dan jika usaha itu gagal, masjid masjid berkenaan terpaksa menunggu 20 hingga 30 tahun lagi.
Rakyat Islam Johor dan masyarakat setempat yang mengalami masalah ini harus bertindak berani dan cerdik, mereka patut menjemput parti pembangkang untuk segera mengembangkan sayap dan mengadakan siri ceramah yang berterusan menjelang PRU13, dengan cara ini sahajalah peruntukan demi peruntukan segera (gula gula pilihanraya) akan mencurah curah sampai, terjun dari langit Kerajaan Pusat.
Taktik ini sudahpun dilaksanakan dengan jayanya oleh kaum India dan Cina dalam pilihanraya umum12 dan pilihanraya2 kecil selepasnya. Yang terbaharu di Sungai Buluh.
Apakah wak wak Jawa dan Bugis di Pontian dan Batu Pahat sudah kekeringan idea, bagaimana pula Melayu dan Banjar di Muar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
Apa la ngko ni.. Jgn pasal org nak sapu duit, ngko ajak org ramai bersekutu pulak.. Nanti bila duit turun, bukannya dapat apa.. kena temberang je..
ReplyDeleteIni kan memang taktik MB penyapu tu.. Dia guna balaci setia dia untuk siar berita sedih kat TV3.. lepas tu dia akn menyampuk kata memang ini masalah besar dan mintak duit dari kerajaan persekutuan.. Kalu tak silap tahun ni aje dah dua kali dia org buat benda ni.. sekali tu balaci dia cerita pasal jalan rosak.. MB cepat menyampuk kata 2000 km jalan dalam bandar nak dibaiki.. kos 100 juta.. Lepas tu hari ni balaci tu sekali lagi buat cerita sedih kat kempas.. masjid uzur.. MB menyampuk lagi.. 50 masjid uzur, tandas, bumbung perlu dibaiki atau buat baru.. 100juta lagi dia mintak... Yg ngko turut sama ni ada share ke?? Kalu untuk baiki masjid, atau jalan kecik kat johor.. kenapa perlu mintak Persekutuan.. Duit hasil Johor mana??
Penyapu ni jgn dilayan.. dia tau nak sapu aje.. tapi johor dari sejak dia perintah langsung tak ade perubahan besar.. melainkan baru-baru ni bila IRDA ada..Jalan JB - Pasir Gudang tu dari awal 90'an hingga sekarang tak pernah diupgrade.. cakap aje lebih.. bila peruntukan datang semua senyap..bila habis bunyi balik...
Apa da...
Nak cepat ... kasi mati mana2 ADUN dan MP. Ada by election ... turunlah wang hehehe
ReplyDeletePenyapu ni bukan tahu memerintah pun, duduk memerap kat kediaman rasmi sesekali keluar kepala macam kura-kura. Apa yg terjadi kat rakyat Johor dia pun tak tahu, jalanraya JB-Pontian-B.Pahat- Muar tak rata, berlubang dan bergelombang bawa kereta macam naik sampan!!! Jalan tar macam tahun 80' an tiada perubahan cuma tampal sana-sini aje. Jalan kat Kelantan pun 10X lebih baik.
ReplyDeleteKes jenayah melampau-lampau sampai rakyat tunjuk perasaan depan rumah baru nak ambil tindakan. Kes banjir besar dahulu tindakannya amat lembab kalau jadi kat Kelantan mungkin keluar muka depan akhbar& berita tv kata tak pandai memerintahlah dll.
Malangnya rakyat Johor masih ramai yg buta kayu dan tak tahu hak mereka. Kalau tunggul kayu diletakkan sbg calun dun & parlimen pun mereka pangkah asalkan ada lambang dacing.
Ghani Othman terlalu lama menjadi MB Johor selepas Muhyiddin yang sudah tidak diperkenan oleh Sultan Johor (almarhum) selepas krisis perlembagaan walaupun dua cubaan dilakukan oleh paklah untuk menukarkannya kepada Khalid Nordin.
ReplyDeleteDalam hal cubaan ini, jangan salahkan Sultan, Khalid Nordin yang terkenal talam dua tiga muka ini memang tidak berkenan oleh Sultan.
Kalau Khalid menjadi MB rasanya lebih cepat beberapa wilayah Johor termasuk pasir terjual ke tangan Singapura.
Halangan Sultan ini juga yang rapat dengan Tun M mungkin di antara beberapa faktor Batu Putih sengaja 'diserahkan' kepada Singapura sebagai membalas dendam dengan dibantu oleh Syed Hamid yang kecundang projek pasirnya bila Khalid tidak jadi MB.
Untuk kebaikan politik dan pembangunan Johor adalah perlu Ghani Othman disarakan terus (tak perlu juga ke Parlimen) dan digantikan dengan muka baru dan muda yang lebih berpotensi seperti YB Jais Sarday, amalan MB dari Muar wajar dihentikan. Bagaimanapun proses gantian ini hendaklah dibuat dengan sopan dan mendapat perkenan Duli Yang Mulia Sultan Johor.
Calon calon seperti Khalid Nordin, Hisham, Syed Hamid, Shahrir, Dr Latif wajar tidak timbul langsung di kepala Najib sebaliknya nama nama seperti Fuad Darkasi, Razali Ibrahim, Jais Sarday, Halimah Saddique boleh dipertimbangkan.
Bagi menseimbangkannya, parti pembangkang khususnya PAS Johor tanpa bayangan Nik Aziz wajar bekerja keras untuk terus berusaha menawan beberapa kerusi lagi di Johor.
Ya betul... MB sekarang harus bersara.. jasa pun kurang, so tak ada le rasa kehilangan.. Lagi pun jalan politik pun dah sampai ke penghujungnya..Nak ke Pusat, rasanya DS Najib tak berkenan.. Nak duduk Johor, rasanya rakyat Johor pun dah bosan,..dari dulu sampai sekarang tak ada yg menarik dilakukan di Johor ni.. tak kan nak makan gaji buta aje..Duit pun dah habis.. dulu KPRJ jahanamkan duit Johor tak kan nak tunggu IRDA pulak buat kerja macam tu.. berilah orang muda peluang pulak..Carilah penganti yg mampu menghentikan politik berpuak.. politik sombong..politik mengongkong,.. pimpinan aku saja yg pandai dan tahu..
ReplyDeleteJohor amat memerlukan seorang pemimpin yg berkaliber.. diharap akan timbul selepas zaman malap ini..Selalunya akan timbul orang begini bila lama sangat malapnya, diharap orang ini akan dapat memperbetulkan dan mengangkat kembali martabat Johor.. Yang nyata bukannya Khalid Nordin, ataupun juak-juak MB sekarang..
Malu la punya MB macam ni.. macam peminta sedekah.. Mana ada MB atau KM lain yg buat perangai minta sedekah dari Pusat lagi..Sabah dulu Ok lah pasal masih perlu banyak keperluan asas.. Tapi Johor.. malu la..Melaka yg kecik tu pun pandai urus kewangan negeri, sampai boleh offer pinjaman untuk YBK selangor..
ReplyDeleteMB Johor minta sedekah untuk betul mesjid, betul jalan... apa ni?? Sepatutnya ini semua boleh diuruskan dengan duit kerajaan negeri aje..Lain lah kalau cakap pasal Pembangunan Ekonomi.. yang mampu menjana pendapatan negeri dan rakyat.. barulah ngecik pinjaman kat Pusat.. pasal kalau projek berjaya, boleh bayar balik pinjaman tu dan gunakan untuk membaiki kehidupan rakyat Johor.. Ni mintak duit untuk projek asas yg tak berpulangan.. maka duit tu akan habis macam tu aje.. Maka bertambahlah hutang dengan Pusat.. MB sekarang tidak pandai menguruskan kewangan dan ekonomi negeri...walaupun dulu kerjanya sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti tersohor..Tak kan dulu dia ajar student mintak sedekah aje???...BERSARA....