Tuesday, August 9, 2011

Najib dan Rosmah - kiamat bagi pembangkang

Pokok persaolan dan fokus utama selepas ini ialah samada Najib dan Rosmah akan muncul sebagai saksi untuk ditemubual oleh Anwar dan rakan gelapnya. Topik itu bagi pembangkang seolah olah dunia akan kiamat esoknya, terlalu besar, tersangat penting,  terlalu teruja untuk menyaksikan realitinya.

Bagi mereka kalau Najib dan Rosmah hadir bererti kemenangan sudah dalam tangan, kalau Najib dan Rosmah enggan hadir, seolah mereka dah menang berganda.

Itu isu pertama, isu kedua ialah apa yang nak mereka canangkan kalau Rosmah dan Najib hadir dan apa pula yang akan  dicanangkan kalau tidak hadir, masing2 sudah tersimpul dalam kepala otak crook mereka.

 Malang juga bagi Anwar, sebab sesetengah penyokongnya mula merasakan kesempatan pertemuan Anwar dengan Najib dan Rosmah sebenarnya satu peluang yang akan digunakan untuk Anwar merayu kepada satu perdamaian, dia dilepaskan.... penyokong Anwar tahu, Najib seorang yang berhati lembut dan mulia, pemaaf dan pelepas... dan Anwar tidak mahu berjumpa Najib dalam situasi yang lain  atau di luar kerana bimbang perjumpaannya kelak terhidu dan orang akan kata, dia menyembah dan merayu Najib.

Dalam keadaan Najib datang ke mahkamah sudah tentu tiada siapa pun akan menyangka Anwar akan ada plan tambahan.....plan pelepas diri. ?

Dan Najib pun juga ada plan pertahan diri, plan pelepas diri dan  pelan kebenaran.....


# Permohonan menemubual saksi adalah satu bab yang telah berlalu, tidak akan ada banyak perbezaan kerana ia tidak akan merubah keputusan mahkamah Anwar Kena Membela Diri.
Cuma nak tahu apa pula permohonan selepas ini.





Monday, August 8, 2011

Masih ada sesaat, seseorang di dalam PAS yang boleh pakai...

Tiada gunanya kewujudan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) seakiranya jabatan tersebut tidak dapat melaksanakan tanggung jawabnya mencegah umat Islam di negeri Selangor daripada melakukan perkara bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menyokong sekiranya tindakan JAIS menyerbu gereja di Damansara Utama berdasarkan peraturan dan undang-undang Islam kerana JAIS berhak bertindak sedemikian.

Sebelum berlaku insiden tidak diingini, tindakan itu adalah pencegahan awal sepatutnya dilakukan. Kegiatan berkaitan dengan agama Islam adalah di bawah jabatan agama itu sendiri, dan jikalau JAIS tidak dapat bertindak di atas maklumat yang diberikan orang ramai.

Maka tidak ada guna adanya jabatan berkenaan...!!? Jais bertindak mestilah mendapat maklumat orang ramai, itu adalah peringkat pertama dalam usaha pencegahan. Hendak mendapatkan maklumat daripada polis, itu bukan kerja polis,” katanya.

Umat Islam sepatutnya memilih berada di masjid atau surau untuk bertarawih dan mengerjakan amalan dituntut Allah. Mereka sepatutnya berada di rumah, masjid atau surau. Bukan di rumah ibadat orang bukan Islam kerana itu boleh mendatangkan kecurigaan dan keraguan katanya.

Walaupun diizinkan berbilang agama tetapi sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam sebagai: agama rasmi. Ada pihak tidak faham makna kebebasan beragama, sebab itu mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya.

Dalam pada itu, beliau juga menyokong tindakan dan kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Hasan Ali berhubung isu itu kerana beliau berhak berbuat demikian.

http://klboyzwangsa.blogspot.com/2011/08/ulama-pas-menyokong-tindakan-jais.html

Dengan pendirian PAS (Parti Alah Sokmo) seperti yang dikatakan oleh Dr.Mashitah, sekurang kurangnya dengan pendirian sesaat dan seseorang seperti di atas,  PAS (Parti Alah Semua) tidaklah kalah sokmo dan kalah semua.

Sunday, August 7, 2011

Lalat masih menghurung kes liwat...


Keputusan mahkamah membenarkan anwar menemubual semua saksi yang disenaraikannya adalah satu keadilan yang semakin maksimum kepada keperluan, kehendak dan strategi pembelaan Anwar dalam kes pertuduhan liwatnya.

Seperti jangkaan umum, permohonan Anwar akan ditolak untuk menemubual beberapa orang tertentu tetapi sangkaan itu tersasar kerana Hakim Yang Ariff telah membuat pertimbangan dan keputusan yang bijaksana dengan membenarkan tetapi saksi tidak boleh dipaksa.

Keputusan ini adalah yang paling tepat kerana keadilan diberi kepada semua. Keadilan kepada kehendak Anwar, keadilan kepada keputusan saksi itu sendiri dan keadilan kepada Saiful untuk bersabar dalam menegak kebenaran yang akan tercatat dalam sejarah dunia.

Anwar sudah tidak dapat mencanang dia disekat hak dan kebebasannya untuk menemubual saksi.
Anwar juga tidak dapat menangguhkan kesnya lagi dengan merayu ke Mahkamah Rayuan jika permohonannya itu ditolak. Dan paling penting mahkamah itu tidak dibeli, dipengaruhi oleh lelain pihak.

Saksi boleh menolak bertemu Anwar? Anwar akan rayu ke mahkamah rayuan lagi? Jawapan yang tepat ialah: silakan?

Penangguhan bukan di pihak pendakwaan tetapi di pihak Anwar yang merekayasa hinggalah ke PRU13 nanti untuk Anwar menjawab jika masih ada ketidakadilan kepadanya selepas dia diberi peluang dan ruang sepenuhnya??

Kelak di dipenghujungnya, kes Anwar sudah hambar dan tidak ada nilai komesrisal atau nilai politik untuk rakyat ambil kesah. Sekarang pun rakyat sudah ingat2 lupa kesnya. Sudah tidak penting Anwar salah atau tidak. bagi rakyat.

Daging yang terlalu lama terdedah dengan sendirinya akan busuk dan mereput . Yang masih menghurung ialah lalat2 taik berwarna hijau dan hitam yang cuba memberitahu taik itu masih suci.

Adakah penting untuk rakyat membuang masa dan tenaga sekadar untuk memberi fokus kepada 'taik'? Apakah rakyat rela diperbodohkan.....
Yang lebih penting adakah rakyat mahu 'taik' dan lalat taik menerajui negara ini...

Tanpa Mahathir - di mana kami?..

Semalam, 6hb Ogos, bertempat di satu hotel terkenal di Kuala Lumpur, satu majlis berbuka puasa dan bertarawih telah di adakan oleh sekumpulan bekas Pelajar 1973-1985 ( atas jemputan sahaja pro politik ) Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah, termasuklah aku.

Biasalah, sebelum dan selepas majlis topik lebih kepada politik semasa berlarutan sehingga pukul 4.00 pagi dan ada yang menginap di hotel yang sama.

Isu semasa lebih kepada sejauh mana kebenaran isu Najib diminta berundur, rata2 merasakan itu hanya umpan dan provokasi pembangkang. Adalah juga seorang dua dari kami cuba berhujah bagi pihak pembangkang tetapi tidak mampu kerana ditelan oleh majoriti pro UMNO. Tetapi kami tidaklah pula sampai bermasam muka atau bermusuhan... alhamdulillah semua rakan2 masih rasional dan setiakawan.

Sesuatu menarik yang sengaja ingin aku katakan di sini ialah rata2 kami sebenarnya tidaklah begitu pro Najib tetapi lebih kepada pro UMNO dan yang paling penting kami masih di UMNO hari ini sebagai saki baki yang masih setia dan menghargai Tun Mahathir. 

Tanpa kenangkan Tun, kami tentu sudah membawa haluan politik masing2.
(Saya masih menunggu kawan yang berjanji untuk menghantar gambar2 pada malam itu untuk diloadkan di sini)


Kes Pertuduhan Liwat ditukar kpd Ulangan Fitnah Versi 2

Suka mak bapak dia tukar tajuk dan pertuduhan. Inilah sikap manusia hipokrik yang cuba mengelak. Kalau dah lakukan tu, mengaku je lah...

Versi fitnah 1 pertama dulupun terbukti bukan fitnah, memang berlaku, cuma dari segi teknikal dengan bantuan Paklah, dilepaskan...tetapi kalau dah anjing, bila dilepas kembali menggigit.

Sepandai pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga.. Walaupun dunia diputar selaju manapun, simpulan bahasa itu belum pernah tersasar mangsanya.

 

Ulangan Fitnah Versi Ke 2 Bermula Esok

Kes ulangan fitnah ke 2 keatas Dato Seri Anwar Ibrahim akan bermula esok Isnin,8 Ogos 2011.Jam 9 pagi bertempat di Tingkat 5′ Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur
Pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim

Saturday, August 6, 2011

Realiti Pilihanraya Awal melalui jalur gemilang

Pengibaran jalur gemilang sempena Hari Kemerdekaan secara sukarela oleh rakyat Malaysia tahun ini boleh dijadikan kayu pengukur sejauh mana kerajaan hari ini mendapat sokongan sebenar rakyat.

Lupakan fantasi dan provokasi media Rais Yatim tentang jalur gemilang dan 1Malaysia , Media Prima yang membalun pembangkang seharian atau paparan sambutan manis sokmo untuk Rosmah, kerana itu jauh dari realiti sebenar. Yang boleh dinilai ialah di atas jalanraya samada jalur gemilang terpasang di kenderaan atau tidak.

Dua hari di Kota Baharu, hari ini dan semalam, belum terjumpa pun satu biji kenderaan yang memasang jalur gemilang kecuali 'sebiji' sahaja kereta polis.

Bagaimana yang lain? Bagaimana dengan ahli2 UMNO Kelantan sendiri? Ataupun sebenarnya saya yang buta? atau adakah masih terlalu awal untuk mengibar jalur gemilang?

Lihatlah di sekeliling anda, ditempat anda?  dan anda bagaimana?

Sejarah menunjukkan jalur gemilang kurang dikibarkan kerana rakyat khususnya orang Melayu memprotes pemerintahan Paklah pada masa itu. Akibatnya BN kehilangan 2/3 majoriti dalam PRU12 dan penyakit yang Paklah bawa itu masih berlarutan sekarang dengan pembangkang lebih 'besar kepala' dan UMNO makin 'hilang muka'.

Apa yang Najib lakukan hari ini untuk orang Melayu dan Islam istilahnya 'kosong' dan makin terhakis dan apa yang Najib lakukan kepada bukan Melayu, sebanyak manapun dibagi tidak mencukupi, tidak dihargai, kalau adapun 'taik' yang mereka lemparkan kembali.

kalau jijah londeh anwar?

Bolehkah UMNO tawarkan jijah jawatan PM kalau sanggup londehkan anwar? 


Saja je tanya...

Perkhidmatan Doa, Solat Hajat & Bacaan Al-Quran

  خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ "Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban) Perk...