Sunday, August 7, 2011

Tanpa Mahathir - di mana kami?..

Semalam, 6hb Ogos, bertempat di satu hotel terkenal di Kuala Lumpur, satu majlis berbuka puasa dan bertarawih telah di adakan oleh sekumpulan bekas Pelajar 1973-1985 ( atas jemputan sahaja pro politik ) Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah, termasuklah aku.

Biasalah, sebelum dan selepas majlis topik lebih kepada politik semasa berlarutan sehingga pukul 4.00 pagi dan ada yang menginap di hotel yang sama.

Isu semasa lebih kepada sejauh mana kebenaran isu Najib diminta berundur, rata2 merasakan itu hanya umpan dan provokasi pembangkang. Adalah juga seorang dua dari kami cuba berhujah bagi pihak pembangkang tetapi tidak mampu kerana ditelan oleh majoriti pro UMNO. Tetapi kami tidaklah pula sampai bermasam muka atau bermusuhan... alhamdulillah semua rakan2 masih rasional dan setiakawan.

Sesuatu menarik yang sengaja ingin aku katakan di sini ialah rata2 kami sebenarnya tidaklah begitu pro Najib tetapi lebih kepada pro UMNO dan yang paling penting kami masih di UMNO hari ini sebagai saki baki yang masih setia dan menghargai Tun Mahathir. 

Tanpa kenangkan Tun, kami tentu sudah membawa haluan politik masing2.
(Saya masih menunggu kawan yang berjanji untuk menghantar gambar2 pada malam itu untuk diloadkan di sini)


1 comment:

6ANGKA