‘‘Perkasa dengan rasminya mulai hari ini akan mengambil alih tugas Pas dalam membela dan mempertahankan agama Islam. Ini kerana Pas sekarang bukan lagi sebuah parti yang berteraskan Islam. Ia sanggup menghalalkan apa sahaja demi undi.
“Walaupun Perkasa bukan sebuah parti tetapi kami memutuskan untuk mengambil tanggungjawab tersebut kerana dewasa ini kesucian agama Islam sedang diancam dari pelbagai sudut oleh musuh-musuh agama,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
...........
PAS dah kena borong dek DAP, UMNO ada Najib tetapi pun dah susut nilainya, kalau nak dijual, dilelong dah boleh kira timbang 'kati'.
PERKASA wajar secara moralnya mengambilalih peranan PAS dan UMNO untuk memimpin, memperjuang dan mempertahankan umat Melayu dan Islam yang sedang digasak bertubu tubi.
Hampir tepat untuk dikatakan PAS jadi boneka dan kuda DAP - tapi masih dihargai dan diperlukan oleh Pakatan Pembangkang.
Hampir tepat untuk dikatakan UMNO tidak menjadi boneka dan kuda kepada MCA, MIC dan Gerakan - tetapi menjadi tuan yang makin ikut telunjuk kepada komponen BN yang lain?
Kalau BN kalah PRU13 nanti:
MIC boleh bertukar menjadi kekasih gelap Pakatan - satu sen pun tak rugi.
MCA ada DAP untuk mewakili kaum cina di Pakatan - lebih kuat
Gerakan ada PKR untuk bergerak di Pakatan - cari makan
UMNO ada PAS untuk jadi pak lawak di Pakatan - sekadar standard pegang Menteri Hal Ehwal Khawarij (Husam) dan Kebajikan (Mat Sabu)
Inilah mat arip (UMNO) dan badigol (PAS) yang perlu diselamatkan oleh PERKASA, itupun kalau-kalau masih perkasa.
Monday, August 15, 2011
Dengan 10 sen..Malaysia huruhara
Taiwan bina peluru berpandu berkelajuan supersonik
15/08/2011 2:56am
TAIPEI 15 Ogos - Taiwan sedang membina peluru berpandu berkelajuan supersonik versi baru untuk memusnahkan kapal pengangkut pesawat, ekoran China mencetuskan kebimbangan mengenai pertikaian....................
Berbanding dengan Taiwan, ketenteraan Thailand, Indonesia dan Singapura sebagai negara jiran terdekat Malaysia atau hatta Negara2 Afrika sekalipun tidak perlu berbelanja besar untuk melengkapkan ketenteraan masing2 jika mempunyai niat untuk mengancam Malaysia atau mempunyai perasaan bimbang kepada ancaman Malaysia dari segi ketenteraan.
Untuk menjadikan politik dan ekonomi Malaysia lumpuh, huru hara dan mudah ditawan, tidak sebutir bom pun perlu digugurkan, tidak sebiji jet pejuang pun perlu diterbangkan dan tidak seorang askar pun perlu menyusup masuk.
Memadailah sekadar seposen doposen untuk menggerakkan golongan dan pihak tertentu di Malaysia dengan saban hari membangkitkan isu2 sensitif ugama dan kaum.
Lambat laun akan berlakulah bantahan, perhimpunan, perarakan dan akhirnya rusuhan rakyat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang semakin lemah dan rapuh.
Itulah realiti Malaysia hari ini. Malaysia pun ada NATO - No Action Talk Only.
Sunday, August 14, 2011
NAJIB, berundur lebih baik...
PERKASA telah mempertikai dengan begitu teruk sekali kepimpinan gemalai Najib dengan sepupunya Hishammudin dalam beberapa isu kebelakangan ini yang tidak perlu disenaraikan di sini kerana sudah terlalu banyak dan saban hari dikupas dalam semua media dan sangat hebat di internet.
Semua isu melibatkan perlanggaran perlembagaan dengan jelas ditambahi tuntutan dan arahan kurang ajar, biadap, bangsat dan sial dari sesetengah pihak secara terang2an dengan hanya tindakan seperti melepaskan batuk ditangga dan peluk tubuh kerajaan Najib.
Pemerintahan kerajaan Najib sudah melepasi sempadan yang lebih buruk, lemah dari kerajaan paklah sebelum ini dan jika kegagalan dahulunya lebih kepada anak menantu dan kabinet separuh masak tapi kini kelemahan itu lebih kepada tubuh batang Najib itu sendiri 100% untuk dipertanggungjawabkan.
Walaupun saranan PERKASA lebih kepada ugutan dan menyatakan hilang keprcayaan tetapi sebenarnya dengan lebih tepat ialah Najib sudah sepatutnya berundur dengan sendiri. Walaupun masa sangat suntuk menjelang PRU13 tetapi lebih baik berundur sekarang, pasti ada pemimpin yang lebih baik dari Najib kerana rakyat memerlukan kepimpinan yang tegas.
Kalau Najib tidak berundur sekarang untuk menyelamatkan keadaan, BN tetap tewas dengan malunya di PRU13 nanti. Rakyat yang atas pagar dan yang menyokong kerajaan akan bertindak sebagai 'silent majority' yang tidak akan menyebelahi BN.Golongan pelampau sedang merancang dan bertindak ke arah mencetuskan rusuhan, reformasi dan huru hara untuk membolehkan pihak luar campurtangan. Matlamat ini akan berjaya jika banyak isu sensitif digembar gembur dan dipanaskan hingga berlaku permusuhan kaum dan ugama. Setakat manalah kerajaan gemalai Najib mampu memadam api kecil yang marak jika berlaku. Perhimpunan sekecil BERSIH pun pihak keselamatan sudah gabra.
Suara2 meminta Najib berundur wajar digerakkan.
Bagaimana kalau tiba2 kita dipelawa menyertai...
Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbata memberikan petuah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua hal pada kalian, sunnah dan Al Qur’an. Barang siapa mencintai sunnahku, berati mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk surga bersama aku.
”Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang teduh menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan napas dan tangisnya. Ustman menghela napas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” desah hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir usai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan sigap menangkap Rasulullah yang limbung saat turun dari mimbar.
Saat itu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, kalau bisa. Matahari kian tinggi, tapi pintu Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah
kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”.”Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru
sekali ini aku melihatnya,”tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. ” Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan
kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.”Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan
dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali mendekatkan telinganya.”Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum – peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii!” – “Umatku, umatku, umatku”
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa’alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak. (http://reallife65.blogspot.com/)

Saturday, August 13, 2011
Pembangkang daftar sebagai Pakatan Rakyat?!
Mat Sabu mendesak SPR menerima PKR, PAS dan Keadilan sebagai pakatan Rakyat dan bukannya Pembangkang. Telah dijawab oleh SPR bahawa perkara itu tidak mungkin kerana mereka tidak pernah didaftarkan secara sah sebagai Pakatan Rakyat seperti yang dibuat oleh Barisan Nasional.
Bila mahu didaftarkan? Pendaftaran tidak dibuat setakat ini kerana masih terdapat pelbagai pendapat di kalangan mereka siapa yang patut menjadi Pengerusi sekaligus ia bermaksud Anwar tidak boleh diterima, ditolak secara terang2an dan tidak berkelayakan untuk menjadi Pengrusi atas kerana imej peribadinya jika di scan cukup banyak virus.
Anwar sangat tidak diterima di kalangan ahli DAP untuk menjadi pemimpin menerajui mereka tetapi diterima secra bermuka muka oleh pemimpin DAP demi kepentingan politik. Mereka sudah menyimpan dua batu nesan untuk kuburan Anwar apabila sampai masanya.
Bagi kalangan ahli dan pemimpin PAS pula, mati-matian mereka anggap Anwar sebenarnya suci atas fatwa Nik Aziz, satu keperccayaan turun temurun atas dasar benci sangat kepada UMNO sehingga semua yang menentang UMNO di anggap suci dan halal, jihat dan entah apa apa lagi fahaman mangkuk yang tersemat di kepala mereka
Bagi mereka, dosa2 UMNO tidak boleh berubah dan diampun. Perjuangan Islam UMNO tidak ada kebajikan seperti perjuangan PAS dan merekalah yang lebih Islam dari UMNO berdasarkan jumlah serban yang melebihi jumlah kopiah UMNO.
Apabila mereka gagal membawa pembangunan kerana lebih banyak berceramah dari buat kerja, maka kemunduran, kemiskinan dan pengotoran di anggap sederhana dan lebih dekat dengan Islam daripada kekayaan, kemewahan dan kemajuan. Tetapi hari ini mereka berlumba-lumba untuk jawatan dan kuasa walaupun terpaksa mengorbankan perjuangan, maruah dan harga diri. Rupanya mereka sangat cemburu pada kuasa yang ada di tangan UMNO.
DAP sangat mengerti jika Anwar dilantik menjadi pengerusi Pakatan Pembangkang secara sah akan menimbulkan banyak kerugian kepada DAP untuk mengatur strategi dan sekaligus mana mungkin Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh terpaksa akur kepada tindakan dan keputusan Anwar sebagai pengerusi sedangkan pada hakikatnya merekalah yang lebih berpengaruh.
Bagi DAP, kelayakan dan kesesuaian seorang Pengerusi Pakatan Pembangkang jika bukan di kalangan mereka semestinya telinganya boleh dipulas, tengkuknya boleh dijerut, matanya buta atau kabur, mulutnya busuk atau bisu, telinganya pekak atau tuli dan beringatan nyanyuk atau lemah.
Calon yang sesuai kalau bukan dari PAS maka datangnya mestilah dari Melayu yang dipelihara oleh DAP sendiri atau Melayu yang digerejakan.
Oleh itu membawa Ku Li menerajui Pembangkang kurang mendapat sambutan. Marina terlalu dekat dengan Mahathir dan juga akan sukar dikawal. Selagi calon yang sesuai belum ada, pendaftaran pembangkang secara sah sebagai Pakatan Rakyat seperti yang diidamkan Mat Sabu masih jauh dari kenyataan
Jika dinilai kegiatan, tindakan dan aktiviti mereka banyak berunsurkan fitnah, provokasi, hasutan, perhimpunan haram, menyokong banyak kegiatan maksiat, perjudian, pelacuran yang menggoncang harmoni rakyat.
Selain daripada gelaran Pembangkang adalah wajar juga SPR mempertimbangkan gelaran Pakatan Haram sebagai lebih sesuai dan tepat.

Mat Sabu-Alhamdulillah PAS dah insaf bangat...
Alhamdulillah akhirnya mat sabu dah terang hati, dah insaf bangat kembali menyokong JAIS selepas Hadi tergelojoh menerjah JAIS tanpa faham hujung pangkal.
Kalau bukan kerana PAS yang buat kecoh, JAIS mudah menemubual 12 saksi dan membawa kes ini ke mahkamah untuk disabitkan. Kekecohan menyebabkan 12 saksi kini disembunyikan dan kesempatan pihak2 tertentu untuk menghapus bukti dengan campurtangan politik dan tekanan dari MB Selangor sendiri.
Gesaan PAS untuk JAIS membawa kes ke mahkamah dalam isu cubaan murtad ini juga wajar menjadi pengajaran kepada PAS supaya membawa isu penipuan SPR dalam pendaftaran warga asing dan sebagainya ke mahkamah jika benar ada bukti, bukan setakat tuduhan demi tuduhan.
Kalau pun nak bersekongkol dengan DAP dan Anwar, biarlah PAS nampak cerdik dan ada akal.
....... Preview
Preview
Oleh Sri Zainab Taib
KOTA BHARU - Pas ketandusan idea sehingga sanggup mencipta tuduhan palsu untuk meracuni rakyat termasuk memainkan isu Mismah supaya masyarakat membenci kerajaan pusat semata-mata terdesak untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata Pas sanggup mereka isu tidak munasabah tetapi boleh mempengaruhi pemikiran rakyat supaya mereka ragu-ragu terhadap kerajaan persekutuan.
"Inilah kerja Pas. Pas dilihat ketandusan idea isu. Mereka cuba mereka momentum agar semangat tidak suka kepada kerajaan pusat berlarutan sehingga tibanya pilihan raya umum ke-13," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Fatmi yang Ketua Umno Bahagian Kota Baharu berkata, tindakan terdesak mereka dilihat kerana kegagalan himpunan haram Bersih yang kurang mendapat sambutan pada 9 Julai lalu. ............
Bawa ke mahkamah jika ada bukti Muslim dimurtadkan, PAS gesa Jais
Author: HHRS 2.0 | Posted at: 8/13/2011 07:53:00 PM | Filed Under: POLITIK
TMI - PAS mengumumkan pendirian rasminya mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menegaskan, agensi itu harus mengambil tindakan segera jika ada bukti penganut Kristian memurtadkan Muslim.
Pemimpin-pemimpin PAS berkata keputusan tersebut selari dengan kedudukan parti itu yang diasaskan mengikut prinsip Islam.
Malah kata mereka, PAS tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang menyentuh hal ehwal Islam.
“PAS sebuah parti Islam. Perlembagaan kami mengatakan bahawa Islam adalah asas kami dan al-Quran.
“Keutamaan PAS adalah mempertahankan kesucian Islam, tiada kompromi apabila ia berhadapan untuk mempertahankan kepercayaan (kami),” kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik di sini petang ini.
“Kami mengambil pendirian bahawa jika Jais ada bukti yang secukupnya, mereka harus mengambil tindakan segera ke atas mereka yang mahu menukar agama orang Islam atau merosakkan kepercayaan Islam mengikut peruntukan Enakmen Islam Negeri Selangor,” kata Mohamad.
Kata beliau, biro politik mengadakan mesyuarat petang ini untuk memutuskan pendirian parti itu berhubung kontroversi semasa.
Bagaimanapun ketika ditanya sama ada parti itu merestui serbuan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang turut hadir berkata, “tidak.”
Kemudian, Mohamad menambah, PAS hanya akan menyokong tindakan Jais jika ia ada bukti kukuh wujudnya usaha mahu memurtadkan orang.
Sebelum ini pemimpin-pemimpin PAS kelihatan berbelah bahagi berhubung pendirian mereka dalam isu ini.
Mengenai rancangan PAS mahu mengadakan pertemuan dengan pengurusan gereja, Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali mengesahkan sudah menerima surat untuk mengadakan pertemuan Selasa ini.
Bagaimanapun menurut beliau, Jais menolak untuk mengadakan pertemuan, dipercayai atas nasihat Sultan Selangor memandangkan siasatan mengenai insiden 3 Ogos lalu belum lengkap.
“Kami menghormati keputusan mereka,” kata Mustafa.
Dalam pada itu seorang lagi Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar menggesa Jais mempercepatkan siasatan bagi mengelakkan pelbagai spekulasi mengenai isu sensitif terbaru ini.
Ketika ditanya sama ada keputusan hari ini akan menjejaskan hubungan parti itu dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat, Mohamad tidak bersetuju dengan andaian sedemikian.
“Ini adalah asas kepada perjuangan parti. Tiada sebab ia akan menjejaskan hubungan,” katanya lagi.
Beliau juga menafikan khabar angin dalam blog-blog pro-Umno mendakwa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat cuba campur tangan bagi mengelak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) daripada menyita bangunan Gereja Methodist Damansara Utama.
Blog itu menambah, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad telah menghubungi MBPJ agar menghentikan kerja menyita bangunan gereja itu.
Subscribe to:
Comments (Atom)
UNTUK UMUR BAWAH 35
J ual 1 unit, komisen RM1,680 Ya betul. Jual satu pun dah cukup untuk bantu bayar ansuran kereta atau sewa rumah bulan tu. . Ramai tak tah...
-
Kepimpinan UMNO di bawah Najib nampaknya lebih cekap dan cepat bertindak, secara diam-diam mereka turun padang merapati ahli akar umbi. ...
-
Berita penangkapan Xavier Andre Justo yang dikaitkan dengan pemalsuan dokumen Petro Saudi mengaitkan 1MDB merupakan episod baru. Penangkap...