Saturday, August 13, 2011

Mat Sabu-Alhamdulillah PAS dah insaf bangat...

Alhamdulillah akhirnya mat sabu dah terang hati, dah insaf bangat kembali menyokong JAIS selepas Hadi tergelojoh menerjah JAIS tanpa faham hujung pangkal.

Kalau bukan kerana PAS yang buat kecoh, JAIS mudah menemubual 12 saksi dan membawa kes ini ke mahkamah untuk disabitkan.  Kekecohan menyebabkan 12 saksi kini disembunyikan dan kesempatan pihak2 tertentu untuk menghapus bukti dengan campurtangan politik dan tekanan dari MB Selangor sendiri.

Gesaan PAS untuk JAIS membawa kes ke mahkamah dalam isu cubaan murtad ini juga wajar menjadi pengajaran kepada PAS supaya membawa isu penipuan SPR dalam pendaftaran warga asing dan sebagainya ke mahkamah jika benar ada bukti, bukan setakat tuduhan demi tuduhan.

Kalau pun nak bersekongkol dengan DAP dan Anwar, biarlah PAS nampak cerdik dan ada akal.

.......
Preview

Oleh Sri Zainab Taib

KOTA BHARU - Pas ketandusan idea sehingga sanggup mencipta tuduhan palsu untuk meracuni rakyat termasuk memainkan isu Mismah supaya masyarakat membenci kerajaan pusat semata-mata terdesak untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata Pas sanggup mereka isu tidak munasabah tetapi boleh mempengaruhi pemikiran rakyat supaya mereka ragu-ragu terhadap kerajaan persekutuan.

"Inilah kerja Pas. Pas dilihat ketandusan idea isu. Mereka cuba mereka momentum agar semangat tidak suka kepada kerajaan pusat berlarutan sehingga tibanya pilihan raya umum ke-13," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Fatmi yang Ketua Umno Bahagian Kota Baharu berkata, tindakan terdesak mereka dilihat kerana kegagalan himpunan haram Bersih yang kurang mendapat sambutan pada 9 Julai lalu. 
............

 

Bawa ke mahkamah jika ada bukti Muslim dimurtadkan, PAS gesa Jais



TMI - PAS mengumumkan pendirian rasminya mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menegaskan, agensi itu harus mengambil tindakan segera jika ada bukti penganut Kristian memurtadkan Muslim.

Pemimpin-pemimpin PAS berkata keputusan tersebut selari dengan kedudukan parti itu yang diasaskan mengikut prinsip Islam.

Malah kata mereka, PAS tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang menyentuh hal ehwal Islam.

“PAS sebuah parti Islam. Perlembagaan kami mengatakan bahawa Islam adalah asas kami dan al-Quran.

“Keutamaan PAS adalah mempertahankan kesucian Islam, tiada kompromi apabila ia berhadapan untuk mempertahankan kepercayaan (kami),” kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik di sini petang ini.

“Kami mengambil pendirian bahawa jika Jais ada bukti yang secukupnya, mereka harus mengambil tindakan segera ke atas mereka yang mahu menukar agama orang Islam atau merosakkan kepercayaan Islam mengikut peruntukan Enakmen Islam Negeri Selangor,” kata Mohamad.

Kata beliau, biro politik mengadakan mesyuarat petang ini untuk memutuskan pendirian parti itu berhubung kontroversi semasa.

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada parti itu merestui serbuan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang turut hadir berkata, “tidak.”

Kemudian, Mohamad menambah, PAS hanya akan menyokong tindakan Jais jika ia ada bukti kukuh wujudnya usaha mahu memurtadkan orang.

Sebelum ini pemimpin-pemimpin PAS kelihatan berbelah bahagi berhubung pendirian mereka dalam isu ini.

Mengenai rancangan PAS mahu mengadakan pertemuan dengan pengurusan gereja, Setiausaha Agung parti Datuk Mustafa Ali mengesahkan sudah menerima surat untuk mengadakan pertemuan Selasa ini.

Bagaimanapun menurut beliau, Jais menolak untuk mengadakan pertemuan, dipercayai atas nasihat Sultan Selangor memandangkan siasatan mengenai insiden 3 Ogos lalu belum lengkap.

“Kami menghormati keputusan mereka,” kata Mustafa.

Dalam pada itu seorang lagi Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar menggesa Jais mempercepatkan siasatan bagi mengelakkan pelbagai spekulasi mengenai isu sensitif terbaru ini.

Ketika ditanya sama ada keputusan hari ini akan menjejaskan hubungan parti itu dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat, Mohamad tidak bersetuju dengan andaian sedemikian.

“Ini adalah asas kepada perjuangan parti. Tiada sebab ia akan menjejaskan hubungan,” katanya lagi.

Beliau juga menafikan khabar angin dalam blog-blog pro-Umno mendakwa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat cuba campur tangan bagi mengelak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) daripada menyita bangunan Gereja Methodist Damansara Utama.

Blog itu menambah, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad telah menghubungi MBPJ agar menghentikan kerja menyita bangunan gereja itu.

3 comments:

  1. Mat Sabu macam batang kelapa, condong ikut angin. Tapi malang sejak selepas BERSIH dah terbongkar cakap bohong, susah le sikit nak percaya apa yang dia cakap.

    Dengar boleh, percaya jangan - itulah Mat Sabu.

    ReplyDelete
  2. Kepelbagaian pendapat dan pendirian PAS di kalangan pemimpin mereka adakah itu tanda sihat atau perpecahan?

    Jika kepelbagaian seperti itu juga terdapat di dalam UMNO, adakah itu juga sihat? atau itu kebebasan bersuara?

    ReplyDelete
  3. Setakat tersasul mana mungkin boleh PAS dah insat, mereka tersedar dan nak taubat bila dah tersesat di katil IJN, dah nampak lubang kubur.

    Mat Sabu baru sakit lutut, belum apa2 lagi..

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...