Saturday, August 13, 2011

Pembangkang daftar sebagai Pakatan Rakyat?!

Mat Sabu mendesak SPR menerima PKR, PAS dan Keadilan sebagai pakatan Rakyat dan bukannya Pembangkang. Telah dijawab oleh SPR bahawa perkara itu tidak mungkin kerana mereka tidak pernah didaftarkan secara sah sebagai Pakatan Rakyat seperti yang dibuat oleh Barisan Nasional.

Bila mahu didaftarkan?  Pendaftaran tidak dibuat setakat ini kerana masih terdapat pelbagai pendapat di kalangan mereka siapa yang patut menjadi Pengerusi sekaligus ia bermaksud Anwar tidak boleh diterima, ditolak secara terang2an dan tidak berkelayakan untuk menjadi Pengrusi atas kerana imej peribadinya jika di scan cukup banyak virus.


Anwar sangat tidak diterima di kalangan ahli DAP untuk menjadi pemimpin menerajui mereka tetapi  diterima secra bermuka muka oleh pemimpin DAP demi kepentingan politik. Mereka sudah menyimpan dua batu nesan untuk kuburan Anwar apabila sampai masanya. 

Bagi kalangan ahli dan pemimpin PAS pula, mati-matian mereka anggap Anwar sebenarnya suci atas fatwa Nik Aziz, satu keperccayaan turun temurun  atas dasar benci sangat kepada UMNO sehingga semua yang menentang UMNO di anggap suci dan halal, jihat dan entah apa apa lagi fahaman mangkuk yang tersemat di kepala mereka

Bagi mereka, dosa2 UMNO tidak boleh berubah dan diampun. Perjuangan Islam UMNO tidak ada kebajikan seperti perjuangan PAS dan merekalah yang lebih Islam dari UMNO berdasarkan jumlah serban yang melebihi jumlah kopiah UMNO.

Apabila mereka gagal membawa pembangunan kerana lebih banyak berceramah dari buat  kerja, maka kemunduran, kemiskinan dan pengotoran di anggap sederhana dan lebih dekat dengan Islam daripada kekayaan, kemewahan dan kemajuan. Tetapi hari ini mereka berlumba-lumba untuk jawatan dan kuasa walaupun terpaksa mengorbankan perjuangan, maruah dan harga diri. Rupanya mereka sangat cemburu pada kuasa yang ada di tangan UMNO.

DAP sangat mengerti jika Anwar dilantik menjadi pengerusi Pakatan Pembangkang secara sah akan menimbulkan banyak kerugian kepada DAP untuk mengatur strategi dan sekaligus mana mungkin Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh terpaksa akur kepada tindakan dan keputusan Anwar sebagai pengerusi sedangkan pada hakikatnya merekalah yang lebih berpengaruh.

Bagi DAP, kelayakan dan kesesuaian seorang Pengerusi Pakatan Pembangkang jika bukan di kalangan mereka semestinya telinganya boleh dipulas, tengkuknya boleh dijerut, matanya buta atau kabur, mulutnya busuk atau bisu, telinganya pekak atau tuli dan beringatan nyanyuk atau lemah. 
Calon yang sesuai kalau bukan dari PAS maka datangnya mestilah dari Melayu yang dipelihara oleh DAP sendiri atau Melayu yang digerejakan.


Oleh itu membawa Ku Li menerajui Pembangkang kurang mendapat sambutan. Marina terlalu dekat dengan Mahathir dan juga akan sukar dikawal. Selagi calon yang sesuai belum ada, pendaftaran pembangkang secara sah sebagai Pakatan Rakyat seperti yang diidamkan Mat Sabu masih jauh dari kenyataan

Jika dinilai kegiatan, tindakan dan aktiviti mereka  banyak berunsurkan fitnah, provokasi, hasutan, perhimpunan haram, menyokong banyak kegiatan maksiat, perjudian, pelacuran yang menggoncang harmoni rakyat.
Selain daripada gelaran Pembangkang adalah wajar juga  SPR mempertimbangkan  gelaran Pakatan Haram sebagai lebih sesuai dan tepat.







1 comment:

  1. Tak kesah lah apa nama asalkan boleh diharapkan jujur memerintah negara.

    Baik pemerintah sekarang atau di sebelah sana, macam serupaaaaaaaaaaaa je

    ReplyDelete

6ANGKA