Thursday, October 10, 2013

Kj mendahului jauh ke depan...

Diberitakan Akhram calon Ketua Pemuda mendaapat sokongan dan restu Tun Mahathir. Adakah sokongan itu membantu, bukankah lebih baik Mahathir berkecuali. Adakah itu juga bermaksud Kj tidak mendaapat sokongan Mahathir.

Saya lebih suka nyatakan samada Akhram mendapat sokongan mahathir atau tidak sebenarnay tidak memberi kesan langsung untuk Kj mempertahankan jawatan. Malah semasa Kj bertembung dengan Mukhriz dulupun sudah tentu Mahathir backup 100000% tetapi Mukhriz tetap tewas juga. Kehebatan Kj tidak boleh dipertikaikan lagi.

Kalaulah Kj tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda sebaliknya terus bertanding Naib Presiden pun, sudah tentu hari ini dia merupakan calon kedua popular selepas Zahed dan jika mereka berdua (kj-Zahed) bergabung sudah tentu Hisham dapat 'dicarry' dengan lebih mudah.

Apa yg ddiketahui setakat hari ini, Kj masih tenang dan yakin menang atas sokongan yang ditunjukkan seluruh negara tidak seperti Hisham yang terdesak hingga terpaksa menggunakan segala kemungkinan termasuk meminta sokongan Sultan Bola. sudah tentulah jika desas desus ini sampai ke telinga Hisham - sekali lagi dia akan nafikan dengan ungkapan 'tidak masuk akal'

Kj sebenarnya jauh ke depan dari segi peratus potensi menang dan jika terdesak pun, Kj boleh tonjolkan bapa mertuanya, mantan perdana menteri tersohor, paklah yg belum digunakannya lagi setakat ini untuk meraih undi.

Jika paklah declare sokong Kj -  Akhram pasti tak cukup tanah untuk berlari menyelamatkan diri.

........

Saya baharu menerima WhatApps ini http://brojinggo.blogspot.com/2013/10/pemilihanumno-khairy-bersedia-untuk.html dari rakan blogger lama saya. Apabila saya membuka blog Akhram, saya dapati ianya berkaitan dengan isu ini http://thoughtsintangents.blogspot.com/2013/09/pergerakkan-pemuda-lari-dari-halatuju.html.

Khairy Jamaluddin (KJ) membentangkan KPInya sepanjang beberapa tahun sebagai Ketua Pemuda UMNO dengan fokus kepada BN Youth Job Fair dan pelbagai aktiviti yang dibanggakannya. Satu perkara yang KJ perlu ingat, statistik PRU13 menunjukkan pengundi-pengundi Cina khususnya hampir 90% tidak mengundi UMNO dan BN. 
Perdana Menteri betul apabila bercakap tentang tsunami Cina. Ianya memang betul. Jika anda ke program di ILMU baru-baru ini, isu ini telah dijawab dengan sangat jelas. 
Saya sedar BN Youth Job Fair berjaya meramaikan orang, berjaya mengumpul anak muda, tetapi khususnya anak muda Cina, mereka tidak mengundi UMNO dan BN!

Mengapa tidak saja buat UMNO Youth Job Fair. Lihatlah keberanian Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir sehingga mengganggu tidur Teresa Kok. Lihatlah pembentangan Pelan Ekonomi Bumiputera DS Najib, mengecutkan perut Lim Kit Siang dan mereka yang sewaktu dengannya.

Tahun depan, apa kata buat UMNO Youth Job Fair. Berikan kepada MCA melaksanakan BN Youth Job Fair!

Manakala Akhram membangkitkan isu-isu di bawah ini...
"Setelah menapak ke 10 negeri setakat ini dalam usaha memahami masalah Pemuda di peringkat Cawangan, suatu yang jelas terbukti adalah ramai di kalangan Pemuda, terutama sekali dari golongan lebih berpengalaman, merasa gelisah tentang halatuju kita. Ramai yang menimbulkan isu-isu perlaksanaan seperti terlihat pada projek BL1M, tetapi dalam keselesaan berteh-tarik, isu halatuju pasti timbul.


Ramai tidak memahami kenapa Pemuda pada peringkat pusat begitu membisu walaupun dalam isu yang membabitkan akidah ummah seperti tuntutan penggunaan Kalimah Allah oleh pendakwah agama lain! Bukankah tugas Pemuda untuk mempertahankan hak umat Islam di negara kita ini selain dari memajukan Agenda Melayu kehadapan? Kalau bukan, apakah halatuju yang ingin dibawa oleh kepimpinan Pemuda yang sedia-ada?


Inilah sebabnya kebanyakan perwakilan Pemuda yang sempat bertemu-bual agak sedia untuk menerima wadah Hidup Melayu! Tiada yang salah tentang wadah tersebut. Ia sesuai walau pada zaman ini kerana ia wadah perjuangan parti UMNO, yakni Persatuan Kebangsaan MELAYU Bersatu. 

Perwakilan Pemuda gembira ada yang saya ingin menumpukan diri serta Pemuda ke arah perjuangan Agenda Melayu, bukan seronok beraktiviti sahaja dengan rakan-kongsi Barisan Nasional."
Nota: saya mendapat khabar KJ memberi perhatian tentang cadangan saya ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/09/debat-akhramsyah-sanusi-vs-khairy.html. Anda semua bersetuju kah?

Wednesday, October 9, 2013

Kalau Kj tak lulus 29 saolan...

  1. Sejuh mana Kj sayangkan UMNO?
  2. Desas desus sultan dan istana pahang dilaporkan telah igunakan secara langsung atau tidak langsung menganjurkan majlis politik untuk membeti sokongan kepada hisham? apa pandangan kj? apakah ada kemungkinan najib terlibat?
  3. Sejauh mana kesanggupan Kj mempertahankan Melayu?Sejauh mana Kj boleh meresapi perjuangan Islam? dan di mana 'stand' nya ketika isu Kalimah Allah diperkatakan?
  4. Sejauh mana Kj memainkan peranan atau boleh memainkan peranan untuk membawa PAS, sekurang-kurangnya Pemuda PAS untuk duduk semeja seperti dia sangat membela dan selari dengan Pemuda MCA dan MIC?
  5. Dalam sejarah Kj memegang Ketua Pemuda, setakat mana atau peristiwa mana yang dia lakukan hingga cukup menggerunkan pembangkang?
  6. Selain sumbangan terbesar KJ berlari dan segerakan penyerahan passpot kepada Anwar sebaik sahaja dilepaskan dari penjara, apa jasa Kj yang sama besar dengan itu?
  7. Apakah Kj seorang pendendam? Terus mendendami mantan PM?
  8. Setakat mana kesetiaan Kj terhadap Najib?
  9. Setakat mana kesetiaan dan penghormatan Kj terhadap Muhyiddin?
  10. Kenapa Kj tidak lepaskan jawatan Ketua Pemuda untuk terus bertanding Naib Presiden sedangkan peluangnya lebih cerah berbanding Mukhriz yang ditewaskannya semasa perebutan Ketua Pemuda?
  11. Apa yang Kj akan lakukan jika dia tewas sebagai Ketua Pemuda? Menjadi seorang guru atau pensyarah?
  12. Adakah Kj sedar dia adalah liabiliti kepada UMNO dan mempunyai ramai penyokong yang tidak berminat kepadanya?
  13. Apakah Kj tidak merasa ada dosa yang dilakukannya ke atas parti, bangsa Melayu dan negara, sediakah dia memohon maaf?
  14. Apa pandangan Kj terhadap era pemerintahan bapa mertuanya? Islam Hadhari?
  15. Benarkah tuduhan terhadapnya berhubung 'tingkat 4' di era paklah - setakat mana dia membersihkan dirinya terhadap tuduhan itu atau sekadar mendiamkan diri tanda setuju?
  16. Apakah Kj 100% bersih dari gejala politik wang kali ini?
  17. Apakah dia tidak pernah salahgunakan kedudukannya sebagai Menteri untuk berpeluang berjumpa sebanyak mungkin perwakilan untuk meeraih undi?
  18. Adakah Kj mengetahui ada politik wang dan salahguna kuasa di peringkat pertandingan Naib Presiden tetapi lebih rela mendiamkannya?
  19. Setakat mana kempen dan perjuangan Kj menghapuskan politik wang? Macam tak pernah dengar langsung disebut oleh Kj sepanjang tempoh dia sebagai Ketua Pemuda? Tidak berani sentuh atau segan nak sentuh topik itu? Atau memang dah tak ada politik wang dalam UMNO?
  20. Setakat mana peranan Kj untuk cuba membawa masuk Anwar kembali ke dalam UMNO di era paklah dan kini di era Najib?
  21. Kenapa Kj tidak mengambil tindakan yang lebih gentleman dan berani untuk bersama PKR kerana ramai yang beranggapan ianya lebih selari dengan selera perjuangan KJ?
  22. Apakah Kj merasakan peluangnya untuk menjadi PM lebih carah di UMNO berbanding jika bersama Anwar di PKR walaupun perjuangannya mirip ke situ?
  23. Apakha reaksi Kj atau tidakkah dia merasa marah untuk orang lain mempersoalkan kesetiaanya kepada UMNO?
  24. Apa pandangan Kj terhadap Mukhriz yang enggan mengutamakan layanan ke atas orang cina di Kedah sebaliknya lebih memberi keutamaan ke atas penyokong yang mengundi UMNO dan BN?
  25. PCA dan ISA? Apa suara Pemuda?
  26. Apakah Kj setuju Utusan Malaysia dan Mahathir turut memainkan peranan penting menarik dan mengekalkan sokongan orang Melayu kepada UMNO sekarang dan selamanya dan bukannya atas kekuatan Najib semata-mata? apakah perkembangan ini sihat? 
  27. Apakah jika tewas, Kj akan beranggapan bahawa UMNO sedang menuju kehancuran? 
  28. Kj yang bertaraf Menteri adalah satu-satunya Menteri dan pemimpin politik yang digelar "biadap" oleh seorang pemimpin sukan. Bukankah itu menunjukkan tahap kematangan dan keintelektualan Kj begitu dipandang rendah yang sewajarnya menjadi pembimbing, penasihat dan bukannya penghukum? Bukankah itu juga merosakan kredibilitinya sebagai Ketua Pemuda UMNO?
  29. Mungkin ada yang nak tambah lagi saolan yg diluar kotak... ..  .......

Tuesday, October 8, 2013

Blogger gila talak..ada yg miang nak masuk semula umno

Siapa yang dah join umno macam terkena ilmu sihir..samada kena pecat, samada keluar sendiri, samada kecewa terpinggir (3K) - tetapi buka biji mata sahaja mesti nak sebut umno lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang - terbayang betapa seboknya yg tidak bertanding melebihi sebok dari calon yang bertanding - itulah gelagat macai pecacai pembantu penyokong calon.

Mereka yang 3K saban hari akan cuba melondehkan pemimpin2 umno termasuk yang mantan untuk menggambarkan apa sahaja yang umno buat semua tak betul belaka. Sedangkan sepatutnya mereka wajar suka dan gembira bila umno kurang dan lemah untuk mereka kalahkan bila-bila masa terutama semasa pru. Kalau mereka asyik nak kritik umno supaya jadi lebih baik bila masa pula mereka berpeluang nak kalahkan umno - mereka ini tentunya terdiri dari golongan bahlol.

Contoh ketara yg cukup miang nak balik semula umno  tentulah anwar itu sendiri? betul tak bang non ! itu terjadi di era paklah tak mustahil di era najib....

satu lagi makhluk yg cukup bengang dengan umno tetapi gatal tangan kalau tak tulis pasal umno ialah aspanaliasnet.blogspot yang boleh naik sawan babi kalau sebut nama mahathir di depannya. Malah yang terbaru dia berikrar dan berjanji untuk terus menulis tentang umno walaupun sudah menjadi ahli parti laknat.

Sudah ramai yang memberi nasihat dan hadiahkan cermin untuknya melihat dan membaiki partinya sendiri tetapi gila talaknya kepada umno terus menjadi-jadi.

Ada sesiapa lagi nak menasihatinya..

Monday, October 7, 2013

DAP tambah musuh...

musuh utama no. 1 - Tun Mahathir
musuh utama kedua - utusan malaysia
musuh utama ketiga - PDRM
musuh utama keempat - ROS
musuh utama kelima - PAS

2 pemimpin shj yg perlu disingkirkan untuk umno kembali mendapat tempat di hati melayu.

Tarikh makin hampir untuk perwakilan menggunakan kebijaksanaan mereka memilih pemimpin
untuk mencorakkan UMNO di masa hadapan.

Sangat penting pemilihan kepimpinan kali ini kerana umno bukanlah sekuat dulu dan tak salah kalau dikatakan jika salah pilih pemimpin umpama mencabut saluran oxygen kpd pesakit yg sedang tenat.

Penting bukan sahaja kpd umno tetapi kepada masa depan sebahagian besar orang Melayu yg sudah terbiasa dengan dasar dan polisi kerajaan diterajui umno.

Penting kpd rakyat Malaysia.

Penting kpd pembangkang untuk mereka menilai samada barisan kepimpinan baru umno akan lebih kuat atau sekadar yg sedia ada - kalau tak lembek pun lemah.

Penting kpd pembangkang untuk mereka membuat strategi menghadapi pru14 akan datang atau kemungkinan membuat strategi 'rampasan kuasa secara sah' sebelum pru14 - sesuatu yg tidak mustahil.

UMNO akan terus hilang sokongan serta merta dari sebahagian orang melayu jika ada pemimpin harapan mereka tersingkir atau masih ada pemimpin yg lemah dikekalkan - ini pasti berlaku.

Ada 3 pemimpin utama yang sebenarnya kurang digemari atau menyebabkan umno itu dilihat 'bermasalah' kerana mudah tunduk kepada desakan pembangkang atau 'dikencing dengan mudah' oleh pembangkang menjadi negara berada dalam keadaan kurang aman dan pembangkang pula dengan sewenang-wenangnya keras kepala, bongkak dan suka bersikap menghina dan tidak menghormati undang-undang.

Bagaimanapun seorang pemimpin dari tiga pemimpin itu dengan bijaksana telah menyelamatkan dirinya untuk terus kekal, tinggal dua lagi yang sedang berserabut dalam perebutan tempat.

Jika perwakilan mengambil keputusan untuk tidak memilih mereka lagi, dalam kedudukan sekarang mereka hanya sekadar kehilangan jawatan di dalam parti tetapi dari segi kemungkinannya, akan terus kekal di jawatan kerajaan. Hasilnya umno akan bertambah kuat dan akan mendapat tambahan sokongan dari orang melayu terutama di luar umno.

Jika mereka dikekalkan, seperti yang dikatakan, sudah ramai penyokong umno di luar sana yang bersiap sedia untuk mengistiharkan tidak  menyokong umno lagi secara serta merta, pastinya mereka memilih untuk terus melondehkan umno atau berpihak kepada persaing umno, umpamanya PAS yg sudah tentu sedia menyambut tambahan sokongan ini.

Siapapun yang perwakilan akan pilih, adalah penting dua pemimpin ini yang berada dalam landasan yang tidak selari dengan jiwa Melayu disingkirkan.

(Gambar) - Nasir Bilal Khan - si penggali kubur yg bersiap sedia.

Sunday, October 6, 2013

Insaflah - Anda mungkin salah anggap terhadap hisham



Bila saya menulis tentang DS Hishamuddin, berpuluh-puluh komen negatif saya terima. Saya teringat semasa menghadapi PRU lalu, tidak ada fenomena seperti ini berlaku. Saya mengandaikan bahawa ini adalah hasil usaha cybertrooper UMNO sendiri yang dibiayai untuk menjatuhkan DS Hishamuddin. Justeru, komen-komen berkenaan saya sekat sehingga PAU selesai nanti. Kerja siapa kah itu? Sudah tentu kita ada suspeknya, yang berkepentingan supaya DS Hishamuddin tewas.

Saya tidak menafikan bahawa DS Zahid Hamidi adalah antara calon terpopular bagi mengisi salah satu dari 3 jawatan Naib Presiden UMNO ini nanti. Dari 6 calon saya saringkan dan melihat bahawa TS Isa Samad sebagai dikedudukan tercorot. Transformasi dalam UMNO sudah tidak mengkehendaki pemimpin sepertinya lagi. Suatu ketika saya berusaha untuk membuat liputan mengenainya namun pegawainya tidak mengizinkan, jadi bagaimana dirinya dapat digilap?

DS Ali Rostam juga dalam keadaan yang payah. Sepertimana TS Isa Samad, beliau juga terpalit dengan sejarah hitam ketika dihalang bertanding pada penggal lalu atas sebab yang semua sudah sedia maklum. Transformasi didalam UMNO dan generasi baru kepimpinan UMNO ingin mencari yang bersih dan juga kelihatan bersih.

Justeru, saya melihat persaingan adalah kembali seperti dulu cuma ditambah satu lagi pendatang baru, iaitu DS Mukhriz Mahathir. Kita tahu bahawa jawatan ini sangat penting bagi Mukhriz untuk terus mampu bersaing dengan KJ dipenggal akan datang. Populariti KJ telah menenggelamkan Mukhriz dalam persaingan sebagai Ketua Pemuda dahulu tentu masih jadi igauan, kerana itu Mukhriz mesti menempah kerusi NP ini sekarang kerana jika bukan sekarang perjalanan akan jadi makin payah.

Dengan menentukan hanya 3 dari 4 calon yang akan dipilih, memang kedudukan DS Hishamuddin agak membimbangkan. Persepsi buruk tentang kelemahan beliau yang ditanamkan oleh pembangkang juga sudah dipercayai oleh UMNO sendiri. Kita sudah dapat melihat bahawa strategi musuh adalah memecahbelahkan kepimpinan UMNO dan menjadikannya lemah untuk lebih mudah menghapuskan penguasaan UMNO dalam kerajaan yang sudah melebihi 50 tahun.

Pembangkang sedar bahawa untuk menjatuhkan UMNO mestilah dirosakkannya dari dalam. Maka inilah yang sedang berlaku sekarang ini tanpa kita sedari atau dalam sedar dengan berimbuhan.

Lemah sangatkah DS Hishamuddin? Buruk sangatkah beliau? Melainkan ada agenda tertentu untuk menghapuskan beliau dari politik serta agenda besarnya untuk menghapuskan DS Najib sendiri, dan kita dijadilah alat untuk jatuhan yang itu untuk naikkan yang ini, kemudiannya jatuhkan lagi untuk naikkan yang lain pula. Jadi seperti lebai malang berkayuh ke hulu ketika air surut kemudian berkayuh kehilir ketika air pasang namun kedua-dua kenduri melepas dan pulang kerumah kelaparan.

Malang nasib DS Hishamuddin. Saya ingin membuat perumpamaannya begini: Si A menyerahkan tanah yang masih hutan rimba kepada Si B. Si B membersihkannya dan menanam pokok buah-buahan dengan banyaknya. Menyirami dan membajainya supaya subur dan berbuah. Namun ketika hampir berbuah Si B terpaksa menyerahkan tanah kebun berkenaan kepada Si C. Si C yang menerima kebun berkenaan ketika pohon-pohon berbuah subur. Maka riuh sekampung memuji kejayaan beliau berkebun. Si B itu adalah DS Hishamuddin.

Apa pendirian kita sebenarnya? Apabila DS Zahid Hamidi bertindak tegas, dalam kes terkini terhadap wartawan Malaysiakini maka ada pihak yang bencikannya konon terlalu tegas dan bertindak kejam. (Klik Sini) Apabila DS Hishamuddin berlembut, mengambil tindakan bagai menarik rambut dalam tepung ada juga pihak yang tidak puas hati. Siapa pilihan kita apabila semuanya salah? Pilih diri kita sendiri? Atau pilih orang yang 'menumbuk rusuk' dan belikat kita?ie.blogspot.com

sumber hebat:  http://braveheart-blogger.blogspot.com

terkini: kenapa mukhriz tarik diri...

pengumumannya itu sudah cukup sebagai 'klimaks' kepada segala usaha kempen yg dijalankan selama ini untuk membetitahu seluruh perwakilan bahawa dia mengutamakan kepentingan kemenangan parti dlm pru dari kepentingan kemenangan peribadinya dalam VP. MM juga mengambil tanggungjawab itu sebagai MB Kedah.

sesuatu yg menggembirakan bila mukhriz tarik diri atau lebih tepat mengurangkan semua aktiviti 'berkempen' utk VP bagi memberi lebih perhatian kpd pru kecil dun sg limau.

perwakilan sewajarnya menyokong pendirian itu, menghargai dan terjemahkannya dalam bentuk undi.

ia juga satu perkara atau satu tamparan bagi sesetengah calon yg sedang berhempas pulas, menghalalkan cara dng pelbagai aktiviti penonjolan diri semata mata untuk memperagakan diri di khalayak umum semata-mata untuk meraih undi.

tiba-tiba shj di setiap daerah sebok dng pelbagai bentuk perasmian , expo, pertunjukkan budaya dng menggunakan landasan jawatan untuk mengambil peluang bersalam dan yg peliknya akan pula di hadhiri oleh pelbagai peringkat ahli umno jauh dan dekat berbondong bondong sedangkan hakikatnya mereka langsung tidak ada kena mengena dengan acara rasmi yg dilakukan. untuk apa dan kenapa semua itu.

semoga calon2 ketua pemuda dan VP merasakan sedikit lega dengan pengumuman mukhriz itu!!!!

ianya menjadi lebih mudah untuk zahid menjalankan amanah najib dan teuku nan terhadapnya untuk memastikan hisham tidak keciciran.

keserasian zahid dan hisham cukup ketara - ketika zahid dan ahli parlimen lain sedang sebok berbahas mengenai PCA di parlimen  - pada masa yg sama di mana hisham? sedang berkempen di mana? 
http://khairulryezal.blogspot.com/2013/10/ahli-parlimen-sibuk-bahas-prevention-of.html

Pengumuman mukhriz secara kebetulan atau menyahut cabaran hisham..

"Walaupun sibuk dengan pemilihan parti , ibu pejabat Umno Kedah , jawatankuasa perhubungan dan sayap parti tidak harus lupa tanggungjawab yang lebih besar untuk memastikan kemenangan calon kita di peringkat negeri Sungai Limau pilihan raya kecil, " kata Hishamuddin kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan bahagian-bahagian Umno di Perak di sini hari ini.Beliau berkata kemenangan bagi Barisan Nasional ( BN) di negeri Sungai Limau pilihan raya adalah penting untuk mengukuhkan kedudukan BN di Kedah selepas memenangi semula negeri itu pada pilihan raya umum ke-13."Untuk dapat memenangi satu lagi kerusi di Kedah bermakna kita berjaya mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap BN untuk memerintah dan memimpin negeri ini," katanya.

Wajar juga Hisham mengingatkan diri sendiri bahawa dia juga harus tidak leka dan sebok berkempen hingga lupa negara mampu dibolos di mana-mana sempadan bila-bila masa.

INI MUNGKIN CARA KEMPEN YANG SIHAT, BERPUAK..

 

6ANGKA