Sunday, October 6, 2013

Insaflah - Anda mungkin salah anggap terhadap hisham



Bila saya menulis tentang DS Hishamuddin, berpuluh-puluh komen negatif saya terima. Saya teringat semasa menghadapi PRU lalu, tidak ada fenomena seperti ini berlaku. Saya mengandaikan bahawa ini adalah hasil usaha cybertrooper UMNO sendiri yang dibiayai untuk menjatuhkan DS Hishamuddin. Justeru, komen-komen berkenaan saya sekat sehingga PAU selesai nanti. Kerja siapa kah itu? Sudah tentu kita ada suspeknya, yang berkepentingan supaya DS Hishamuddin tewas.

Saya tidak menafikan bahawa DS Zahid Hamidi adalah antara calon terpopular bagi mengisi salah satu dari 3 jawatan Naib Presiden UMNO ini nanti. Dari 6 calon saya saringkan dan melihat bahawa TS Isa Samad sebagai dikedudukan tercorot. Transformasi dalam UMNO sudah tidak mengkehendaki pemimpin sepertinya lagi. Suatu ketika saya berusaha untuk membuat liputan mengenainya namun pegawainya tidak mengizinkan, jadi bagaimana dirinya dapat digilap?

DS Ali Rostam juga dalam keadaan yang payah. Sepertimana TS Isa Samad, beliau juga terpalit dengan sejarah hitam ketika dihalang bertanding pada penggal lalu atas sebab yang semua sudah sedia maklum. Transformasi didalam UMNO dan generasi baru kepimpinan UMNO ingin mencari yang bersih dan juga kelihatan bersih.

Justeru, saya melihat persaingan adalah kembali seperti dulu cuma ditambah satu lagi pendatang baru, iaitu DS Mukhriz Mahathir. Kita tahu bahawa jawatan ini sangat penting bagi Mukhriz untuk terus mampu bersaing dengan KJ dipenggal akan datang. Populariti KJ telah menenggelamkan Mukhriz dalam persaingan sebagai Ketua Pemuda dahulu tentu masih jadi igauan, kerana itu Mukhriz mesti menempah kerusi NP ini sekarang kerana jika bukan sekarang perjalanan akan jadi makin payah.

Dengan menentukan hanya 3 dari 4 calon yang akan dipilih, memang kedudukan DS Hishamuddin agak membimbangkan. Persepsi buruk tentang kelemahan beliau yang ditanamkan oleh pembangkang juga sudah dipercayai oleh UMNO sendiri. Kita sudah dapat melihat bahawa strategi musuh adalah memecahbelahkan kepimpinan UMNO dan menjadikannya lemah untuk lebih mudah menghapuskan penguasaan UMNO dalam kerajaan yang sudah melebihi 50 tahun.

Pembangkang sedar bahawa untuk menjatuhkan UMNO mestilah dirosakkannya dari dalam. Maka inilah yang sedang berlaku sekarang ini tanpa kita sedari atau dalam sedar dengan berimbuhan.

Lemah sangatkah DS Hishamuddin? Buruk sangatkah beliau? Melainkan ada agenda tertentu untuk menghapuskan beliau dari politik serta agenda besarnya untuk menghapuskan DS Najib sendiri, dan kita dijadilah alat untuk jatuhan yang itu untuk naikkan yang ini, kemudiannya jatuhkan lagi untuk naikkan yang lain pula. Jadi seperti lebai malang berkayuh ke hulu ketika air surut kemudian berkayuh kehilir ketika air pasang namun kedua-dua kenduri melepas dan pulang kerumah kelaparan.

Malang nasib DS Hishamuddin. Saya ingin membuat perumpamaannya begini: Si A menyerahkan tanah yang masih hutan rimba kepada Si B. Si B membersihkannya dan menanam pokok buah-buahan dengan banyaknya. Menyirami dan membajainya supaya subur dan berbuah. Namun ketika hampir berbuah Si B terpaksa menyerahkan tanah kebun berkenaan kepada Si C. Si C yang menerima kebun berkenaan ketika pohon-pohon berbuah subur. Maka riuh sekampung memuji kejayaan beliau berkebun. Si B itu adalah DS Hishamuddin.

Apa pendirian kita sebenarnya? Apabila DS Zahid Hamidi bertindak tegas, dalam kes terkini terhadap wartawan Malaysiakini maka ada pihak yang bencikannya konon terlalu tegas dan bertindak kejam. (Klik Sini) Apabila DS Hishamuddin berlembut, mengambil tindakan bagai menarik rambut dalam tepung ada juga pihak yang tidak puas hati. Siapa pilihan kita apabila semuanya salah? Pilih diri kita sendiri? Atau pilih orang yang 'menumbuk rusuk' dan belikat kita?ie.blogspot.com

sumber hebat:  http://braveheart-blogger.blogspot.com

15 comments:

  1. salah tekaan anda itu..sblm ini kurangnya @ blh dikatakan tidak ada medium utk rakyat khususnya penyokong UMNO sendiri utk meluahkan perasaan..anda mungkin dlm kalangan org muda @ pun mungkin blogger yg dibayar..menulis krn duit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di atas bukan tulisan peribadi kluangiamond tetapi dari blog braveheart. Wajar untuk mendengar pandangan pihak lain.

      Delete
    2. pembangkang tidak menyerang dato hisham.. tp dato hisham yg lemah.. cth siapa yg suruh julang keris.. dan kemudian tidak mampu pertahankan perbuatannye itu dan akhirnya minta maaf.. , begitu juga dgn amaran2 yg sentiasa bermain dibibirnya dengan tiada tindakan akhirnye menjadi jenaka rakyat.. bkn pembangkang.. tiada tindakan2 padu dari beliau sbgai nb dan menteri dlm negeri yg membuatkan kerajaan,pembangkang dan rakyat tersentak.. semuanye biase2 saje..

      Delete
  2. Pandangan orang ramai terhadap Hisham bukan lagi persepsi tapi kebenaran. Kluangdiamond mungkin agaknya blogger yang dibayar untuk mempertahankan Hisham. UMNO tak perlukan dia lagi.

    ReplyDelete
  3. bukan cybertrooper atau mana2 pihak... tapi diri nya sendiri menyebabkan org tak suka. di pandang sbg pemimpin yg lembik, penakut, pemberi amaran.... Tak de pendirian... Boleh blah dari UMNO...

    ReplyDelete
  4. hahaha..jgn risau..hisham klu bagus..berdiri je org akn tepuk tangan..lgpn kata sblm ni bt kerja xtido mcm pak lalalah..tapi KALAH TETAP KALAH..xda maknanya cybertrooper!!!pemimpin2 bapok elok kita tanamkn krn hanya yg membawa semangat agama,bangsa dan negara kita angkat!!!hidup melayu!!

    ReplyDelete
  5. ASAL BUKAN ANAK BABAH!!TOLAK MELAYU LIBERAL!!UMNO UTK MELAYU!!

    ReplyDelete
  6. bukan cyber trooper brother... brother lu hisham sendiri yang gali kubur bila duduk KDN sibuk campur tangan agensi penguatkuasa buat kerja... bertindak sebagai menteri amaran dan menyerlahkan perangai bacul, pondan dan penakut... sampai akta-akta penting dihapuskan... pembangkang naik minyak terbuka pertikai macam-macam... kristian dan agama lain makin berani cabar ISLAM dan makin banyak perkara 153 dipersoal dan mahu dihapuskan...

    Sebut pasal BUAH... buah apa hasil hisham duduk di KDN??? tak ada hasil... aku pun anak johor... tapi dari bagi hisham naib baik aku sokong zahid hamidi yg baru beberapa bulan duduk KDN hasil kerja macam hisam duduk 10 tahun di KDN. Jangan cakap apa zahid buat ni hasil dari hisham sebab aku pun duk kerja di parcel D putrajaya... hisham doing nothing... mungkin buah yang tinggal di KDN bukan lah hasil kerja yg baik dari hisham sebalinya BUAH PELIR hisham yg menerangkan kenapa hisham sentiasa bacul, pondan dan penakut!!!!

    ReplyDelete
  7. Hisyam ni bukan penakut sangat pada semua orang... dia cuma segan dengan dua orang je dlm malaysia ni iaitu Karpal dan Lim kit siang.... sebab itu adalah tak berapa sesuai dia diberikan jwt menteri kdn. Ini bukan sebab kenegerian... kita sokong zahid juga bukan sebab itu, sokong mukhriz juga bukan sebab itu... umno tengah nazak, tiada masa untuk pikir soal kenegerian... kalau wakil sabah sarawak puk, kalau pemimpin yg baik, berjiwa melayu, berani dan bijak, apa salahnya?.

    ReplyDelete
  8. ape yg hisyam buat semasa menjadi menteri kdn dan pelajaran dahulu??? nothing happen!!! melainkan membuatkan orng lain marah kepadanya..

    ReplyDelete
  9. Jangan jadikan UMNO parti keluarga. Ini parti Melayu Berpersatuan.

    Kalau dah tak bagus belah la. Ramai lagi yang lebih bagus. Najib will be the last of the RAHMAN.

    Sebenarnya saya lebih suka Majlis Raja2 yang memilih siapa yang patut memimpin bangsa Melayu di Malaysia. Baru nampak keserasiannya.

    Demi agama Islam, demi bangsa Melayu, demi tanah air.

    Allahu Akbar.

    ReplyDelete
  10. Zahid sendiri mengaku dia serasi dng hisham, pengakuan yg berkali-kali - bukankah zahid lebih tahu kualiti hisham, wajar ke endorsement itu tidak dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  11. lupakan hisham dan hisham lupakan la jawatan np yg pernah disandangnye.. bg saya elok dia fokus kpd kedudukanye sbgai ketua bahagian dan ahli parlimen.. kedudukan sebagai menteri pertahanan pon elok serah kpd org lain.. sementara keselamatan negara masih ok.. klu keselamatan negara terancam sikit akn jd byk dgn keadaan dia yg tidak fhm utk berbuat apa2 spt di kdn dulu..

    ReplyDelete
  12. Pls not Hishamuddin..... dah muak dengar bagi amaran.....

    ReplyDelete
  13. zahid serasi dgn h2o pasal dia senang dibuli oleh zahid... kalau mukhriz susah sikit..... kluangman tido mcm dolah bapak mertua kerry.

    ReplyDelete

Hidup ini keras

  https://youtube.com/shorts/hnHsWU3gQzE?si=7I5K3DnWYTyDoJMG