
Sudah sampai masanya muhyiddin lepaskan jawatan dari kerajaan dan parti bagi membolehkan umno ditadbir
sepenuhnya oleh najib. muhyiddin sekadar menjadi penghalang atau sesuatu yg tidak berapa kena dengan umno najib.
Muhyiddin merupakan suara utama dari dalam parti selepas mukhriz secara vokalnya meminta paklah berundur untuk memberi laluan kepada najib sebagai pengganti, ianya berjaya setakat itu.
Pada satu peringkat, muhyiddin pernah disebut-sebut sebagai timbalan perdana menteri dan bukannya najib apabila paklah dengan sengaja melambat-lambatkan pengumuman perlantikan najib ke jawatan timbalan perdana menteri selepas paklah memggantikan mahathir.
mungkin atas dasar itu juga muhyiddin vokal ke atas paklah?
bagaimanapun lewat kebelakangan ini sudah ada suara menyatakan kepimpinan najib tidaklah lebih baik dari paklah kerana kedua-dua mereka tersangat bergantung kpd penasihat-penasihat yang kurang sihat dari segi semangat bangsa, ugama dan negara. malah najib sendiri "silent" dalam beberapa isu yg sepatutnya ditangani segera.
berbeza kali ini, muhyiddin begitu setia sedangkan umno secara moralnya sedang menuruni curam, merudum.
( jika ada yg berpendapat umno masih kuat, kuatnya di mana? )
mungkin bagi muhyiddin, kali ini berbeza, jatuh bangun umno terletak dibahu najib 100%..dia tidak boleh disalahkan, sekadar saya yang menurut perintah....
memang mudah difahami, sekeliling muhyiddin adalah orang2 najib..ertinya muhyiddin tidak ada kekuatan untuk undurkan najib atau minta najib berundur. Tidak ada ruang untuk bersuara melebihi garisan kerana ikrar dan sopannya untuk tidak cuba memandai-mandai.
Tetapi muhyiddin masih ada kekuatan untuk sendiri berundur demi menyelamatkan melayu dan Islam. jika itu berlaku..maka wajarlah dikatakan najib mengambil tanggungjawab sepenuhnya.
muhyiddin masih ada jiwa Melayu dan Islam.
untuk mempertahankannya, memartabatkannya semula dan kembali berjuang...muhyiddin boleh mulakan di luar umno... di wadah lain.
Jika umno tidak boleh diubah, kenapa tidak dikejutkan.
# apa hang dok merepek ni - ada aku kesah !!