Suasana persekitaran negara yang sedikit kecoh di PP, Selangor, Malaysia Timor dengan politik yang tidak stabil, keselamatan tergugat samada Najib lepas tangan atau hilang kawalan dengan sikap membisunya.
PM seolah tidak ada idea atau maklumat untuk bercakap, mungkin menunggu selepas nasi menjadi bubur..
Mungkin setakat yang berlaku sekarang belum cukup standard untuk najib bercakap atau campurtangan..seperti kata sesetengah pihak..takkan semua Najib nak buat...dia kan ada menteri dan budak-budaknya...
Mujur kita ada seorang KPN Khalid Abu Bakar yang masih boleh digantung harap untuk mengawal keadaan dalam negara..jika mantan KPN yang lalu, Ismsil Omar masih KPN dan Hishamuddin Menteri KDN - Malaysia dah lama dikuasai samseng.
Keselamatan Negara dari ancaman luar juga banyak bergantung sejauh mana bijaksananya Panglima Tentera TS Zulkeifli...kita bimbang ada Menteri di situ yang jenis apologetik...
Orang Islam dan Melayu serta rakyat yang cintakan keamanan masih boleh rasa selamat jika kedudukan Sultan dan Raja Melayu tidak digugat dan kepimpinan serta halatuju PDRM dan ATM di landasan yang betul.
Kerajaan tanpa dua pertiga majoriti di Parlimen dengan ber-PM-kan seseorang seperti Najib yang sedikit sangat kejayaannya (banyaknya lebih kepada gagal) sudah tidak boleh dipercayai berkeupayaan mengawal negara.
Pembangkang yang sepatutnya bersabar menunggu PRU14 wajar berperanan check and balance terhadap kerajaan yang sedia ada juga gagal 200%.
Mereka lebih rakus dan tamak menyamun di negeri-negeri yang mereka kuasai. Mengejar dan berebut pangkat dan kuasa sesama mereka tidak lebih umpama beruk dapat bunga.
Satu kerja gila yang sedang dibuat oleh lim guan eng di PP ialah penubuhan PPS tidak lain tidak bukan dengan agenda besar politik untuk menyaingi kuasa polis dan mempertahankan diri secara kekerasan.
Diikuti bapanya yang cuba menghasut perpisahan Malaysia Timor dengan Malaysia Barat dengan harapan melemahkan kuasa UMNO di Semenanjung adalah satu lagi ciri-ciri komunis yang cuba dipamirkannya sebelum dia mampus.
Dengan akhlak dan nepotisme Anwar and the gang yang merudum serta PAS bagai kapal karam - tidak ada satu kemungkinan pun mereka akan jadi lebih baik dari kerajaan sekarang - mereka lebih sesuai dipanggil pakatan haprak yang menjalankan aktiviti sekadar menyusahkan rakyat dan merosak perpaduan.
So, what is the moral of the story ?