Monday, September 22, 2014

Nasib Kau Lah Selangor..

Seolah ianya sesuatu yang benar.. jika Azmin terpilih sebagai MB Selangor yang baru, maka ia merupakan MB yang paling bersih dan BERSIH jika dibandingkan dengan lain-lain MB dan Ketua Menteri di Malaysia...

Rakyat Malaysia sudah boleh menerima mana-mana pemimpin walaupun mempunyai apa saja sejarah dan latarbelakangnya atas nama demokrasi. Pemilihan sudah tidak berasaskan Rukun Iman, Rukun Islam dan Rukun Negara..semua itu boleh dilanggar..

Ini menjadikan semua proses, semua orang , A ke Z berada dalam satu bakul...

Di khabarkan juga Khalid bakal CEO MAS selepas gugur MB, mendekatkan lagi teori UMNO secara tidak langsung terselit berperanan (?).

Apakah Anwar bukan sahaja kini berhadapan dengan UMNO tetapi juga dengan Azmin baru yang lebih mengenalinya..(?)

Perggghhhh..makin payah  !!!!


#
1. Terkin-Azmin sudah menerima surat perlantikannya.
2. Anwar antara yang paling gembira, game over (?)

Sunday, September 21, 2014

Tolak Najib - Tolak UMNO di Pengkalan Kubor....

UMNO perlu diberi signal yang jelas tanpa selindung.

Pengkalan Kubur perlu diserah kepada PAS sebagai signal kepada UMNO bahawa mereka mudah tewas walaupun parti pembangkang sedang dilanda krisis.

Rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang bukan kuat kerana pihak dan parti lain lemah.

Signal juga harus diberikan kepada Muhyiddin bahawa apa juga usahanya sekadar kosong selagi terus bersekongkol dengan kepimpinan sekarang.

Kuburkan UMNO di sana sebagai petanda jelas rakyat membantah pemansuhan ISA dan Akta Hasutan.

UMNO perlu diberi penawar dan bukannya ketum.

Saturday, September 20, 2014

DAP tentu suka, tetapi 50/50 buat PKR...


Tindakan PKR berusaha untuk mengadap Sultan Selangor sebagai usaha terakhir menempatkan Azizah sebagai MB Selangor baru merupakan serampang dua mata, keutamaan kini bukan sahaja azizah sebaliknya pkr tidak mahu kehilangan semua..dalam ketika nama calon PAS turut dicalonkan dan berpotensi sebagai MB.

PKR tidak mampunyai pilihan selain melobi Azmin sebagai MB sebagai tawarganti apabila Azizah dipinggirkan. Jika MB tidak berpihak kepada Azmin, jalan terakhir ialah berusaha kearah DUN dibubarkan...satu keadaan yg kurang baik untuk PKR..
Tetapi membiarkan kerusi MB diambilalih oleh PAS begitu sahaja sesuatu yang sangat tidak logik... ia melibatkan moral DAP dan Anwar.

Kini bukan sahaja ABU, tetapi juga Tolak Hadi (TODI)

Friday, September 19, 2014

Apa Kualiti MB Baru Selangor Yang Boleh Dibanggakan...

Jika perkiraan politik semata-mata diambilkira, Wan Azizah adalah calon MB yang dikira tepat tetapi apabila beberapa kualiti lain diambilkira, Wan Azizah bukanlah pilihan utama. Ini bukanlah diskriminasi gender tetapi Wan Azizah sendiri kena akur akan beberapa kelemahannya termasuk situasi persekitarannya dan manusia-manusia yang didampinginya..

Jika beberapa kualiti lain diambilkira, kenapa kualiti itu dijadikan ukuran seolah-olah  kepada Azizah sahaja dan tidak kepada calon lain.

Jika kualiti itu bersungguh diambilkira, Azmin juga mempunyai persepsi situasi yang lebih teruk dari Wan Azizah. Apa kualiti yang dibawanya (?)... dalam politik pun Azmin sekadar terpancul sebagai budak suruhan politik yang setia jiwa dan raga, zahir dan batin kepada bossnya...

Terpulang kepada Sultan, siapakah yang akan mewakili Istana untuk dipersembahkan sebagai ketua rakyat Selangor.

Orang Selangor kan dikata bijak-bijak...
Sebijak kancil atau sebijak tupai...

Sejauh mana seriusnya Najib mendapat tekanan dari dalam..

Blogger outsyedthebox dan shahbudindotcom antara blogger yang cenderong memberi gambaran Najib kini berhadapan secara serius tekanan dari dalam umno termasuk dari Timbalannya sendiri ?!

Pada penilaian..kedua blogger ini mempunyai sumber yang baik dan berintegriti, secara sederhana tidak mesra Najib.

Gerakan untuk mengundur Najib dikuatkan lagi dengan saranan Mahathir yang mengkritik secara terbuka kepimpinan Najib yang menjurus kepada potensi kekalahan umno di pru akan datang.

Najib dilihat cuba mendapatkan semula sokongan bukan Melayu kepada BN hingga terlupa mada depan UMNO bergantung sepenuhnya kepada sokongan Melayu. Najib dilihat tidak melakukan sesuatu yang sewajarnya.

Pemansuhan akta ISA dan nasib yang sama kepada Akta Hasutan dilihat mengancam Islam dan Melayu yang tidak dihayati sepenuhnya oleh Najib dan geng liberalnya.

Menukarkan Najib dengan Muhyiddin sebenarnya tidak banyak membantu UMNO dan BN untuk menghadapi kesukaran PRU14 atau pilihanraya kecil tetapi sekurang-kurang itu satu usaha yang baik walaupun sudah kesuntukan masa.

Thursday, September 18, 2014

Azmin sah disebut-sebut..

Azmin boleh dianggap calon MB yang terpandai di donia jika benar dipilih sebagai MB Selangor kerana setakat diketahui dia sendiri menolak pencalonan namanya yang dibuat oleh PAS kerana akur kepada keputusan parti untuk mencalonkan hanya Azizah.

Kemungkinan namanya tetap dihantar oleh Hadi berdasarkan keputusan Jawatankuasa Pusat PAS 17/09/14.

Apakah dia akan menolak perlantikan tersebut?

PAS juga dikatakan menolak jika calonnya dilantik...kalau nak tolak, kenapa ada calon PAS juga turut dikemukakan? atau ini hanya pendapat Mat Sabu !!!!

Hakikat sebenarnya tiada nama calon PAS pun yg dikemukakan, hanya calon dari PKR sahaja??? lakonan untuk apa dan untuk siapa...

Azmin jadi korban politik..terpaksa jadi MB untuk menyelamatkan pakatan..alangkah bertuahnya badan, terpaksa  !!!!! itulah sebab dikatakan azmin terpandai dalam donia...

Yang paling berpuashati ialah Anwar kerana walaupun cuba dikocakan bahawa hubungan Azmin dan Anwar tidak bagus adalah dongeng...hakikatnya Azmin akan mempercepatkan lagi usaha Anwar untuk ke Putrajaya... yang jadi PM kelak tetap bukan Anwar, bukan Azizah..tetapi abang kepada Azwan Ali.

Azmin sudah sah disebut tetapi belum sah MB.

Wednesday, September 17, 2014

Siapa Penulis Blogg Paklah...

Berita baik ialah pak lah sudah blogging paklah.net

Elok sangat tu sebab banyak perkara belum terjawab, harap ada keberanian....

Siapa penulis blogg paklah.net ????
Bolehkah orang berpenyakit "tertidor" ni boleh mengarang...tanpa tertidor..
Apakah paklah juga sudah sembuh dari penyakit "silent"nya yang kini berjangkit pada Najib..

Rasanya Mahathir antara orang yang paling gembira untuk mengetahui paklah sudah berblog untuk mewarnai politik Malaysia yang sudah tidak terkawal...

Apakah paklah mantan PM kini berperanan sebagai "panglima" utusan khas dan bagi pihak dot dot

6ANGKA