Tuesday, October 21, 2014

Senggol senggolan...

Kalau tak mau letak jawatan...
Berehatlah....
Atau ambik MC...

Jangan malukan kaum...

Monday, October 20, 2014

Perangai bangsat...

Pelik benar bila masalah dalam kain sendiri, dibawa ke pengetahuan sampai ke Astolia.. burukkan negara sendiri selepas tak laku dan hilang pengaruh di negara sendiri...

Atau sebenarnya nak cari suaka politik di sana...lebih bebas bergay..

Mana PM ?

" Kita ada Perdana Menteri macam tak ada Perdana Menteri "

Sunday, October 19, 2014

ISU sahaja pun Melayu dah lemas...

Dari isu anwar..
ke isu dyana
now ke isu pegang anjing..

isu-isu lama
akta hasutan
sekolah vernakular
isu biasiswa
isu muflis
isu rezab melayu

tenggelam..

kemudian recyle....
Melayu akan pupus ditelan isu sebelum sempat berperang.





#
Isu pegang anjing - masyarakat dan bijak pandai ugama serta pemimpin asyik kritik keterlanjuran dan jahilnya sekumpulan kecil masyarakat Islam tetapi di mana penyelesaiannya....
Kenapa tak buat satu majlis penyesalan dan taubat dengan menjemput mereka secara terbuka..satu contoh dan tauladan yang lebih berkesan.
Ini menunjukkan Islam itu sangat sempurna cuma penganutnya sahaja yang khilaf.

Sokong Politik Dengan Semangat Sukan...kira nasib

semangat melayu x
semangat Islam x
semangat budaya x
semangat politik x
semangat ekonomi x
semangat perpaduan x
semangat rakyat x
semangat malaysia x
.....
semangat sukan /

semangat sukan ni paling sesuai, 
boleh buat ramalan, 
kalau kalah..tak ada nasib..
kalau menang...menteri bagus.
Kalau dapat banyak gangsa...ini pelapis
kalau kalah tipis..pengadil berat sebelah
kalau emas kena rampas....... sabotaj
kalau nak rasuah..masok terowong


Kalau lemah pun tak ape...., kalau lembek pun ok...., kalau sepak tiang bendera pun kroni...., kalau kena tegur boleh diam...,

Yang penting cina suka.

kita rakyat kena syukur, kita rakyat kena cukur, berterima kasih...
ini kalilah kita bekorban...
dalam sukan tak boleh rasis..

Majulah sukan untuk negara...

Saturday, October 18, 2014

Di Mana Passpot Anwar....

Ketika Anwar sedang membuat persiapan terakhir...   (%&#@???!!!÷÷&+)
Para pendukungnya juga sebok membuat persiapan berketuakan Azmin.

Hakikatnya Anwar berpotensi dibebaskan atau membebaskan diri bagi memenuhi selera politik semasa negara dengan kebijaksanaan peguamnya. . Penghujung Anwar biarlah lebih menguntungkan semua pihak.

Kenapa Pendakwaraya melalui Muhammad Shafie Abdullah tidak memohon kepada mahkamah supaya paspot Anwar ditahan (?)



Friday, October 17, 2014

Pemansuhan Akta Hasutan penting...

Malaysia telah dipilih untuk menduduki Kerusi UN Security Council sehingga 31hb Disember 2015 kali ketiga selepas mendapat undi kedua terbanyak.

Mengulasnya, PM ke 6 Malaysia menyifatkan kemenangan tersebut berasaskan integriti, kesederhanaan dan konsistennya Malaysia terhadap isu-isu keselamatan di peringkat antarabangsa.
Dalam hal ini peranan isteri PM juga tidak boleh dinafikan turut memberi sumbangan menaikan nama negara kerana DS Rosmah sering dijemput oleh pemimpin dunia untuk membuat lawatan ke negara mereka dan memberi ucaptama.
Malah DS Rosmah turut diberi beberapa anugerah berprestij dalam menghargai sumbangan besarnyal di peringkat antarabangsa.

Bukan itu sahaja, dunia juga melihat kesungguhan PM Malaysia ke 6 melakukan transformasi di Malaysia dengan jayanya dalam isu keselamatan di dalam negara.

Antaranya toleransi yang tinggi terhadap pengganas yang menceroboh Lahad Datu, mereka dilayan sehinggalah mereka yang mulakan keganasan.

Begitu juga kerjasama tinggi yang telah Malaysia berikan kepada kuasa besar, Amerika dan China dalam kehilangan misteri MH370.
Malangnya apakah faktor "kerjasama" ini menjadikan MH17 dipilih untuk ditembak oleh pengganas antarabangsa di laluan puluhan kapalterbang dari negara lain (?)

Tidak boleh juga dinafikan pemansuhan ISA merupakan satu langkah berani kerajaan dalam menghormati hak asasi keadilan. Negara seperti Singapura dan Amerika sendiri tidak berani untuk memansuhkan akta yang lebih kurang sama. Mereka tidak secerdik PM ke 6 Malaysia.

Sudah tentu pemansuhan Akta Hasutan seperti yang dijanjikan akan menjadikan Malaysia bakal juara hak kebebasan bersuara. Ini patut tidak dilengahkan lagi...

Ia selari dengan gesaan Kedutaan Amerika terhadap Putrajaya..apa salahnya kalau Malaysia patuh atas nama kerjasama sehala.




¥
Malaysia perlu berhati·hati dalam membuat keputusan yang melibatkan peperangan kerana ia ada kaitan dengan nyawa manusia.
Tidak diperalatkan oleh kuasa besar untuk turut bersetuju mengenakan tindakan ke atas umat Islam yang sering jadi sasaran.



6ANGKA