Memang seronok ataupun sebenarnya apa perasaan kita (?) tentang antara perkara yang heboh diperkatakan sekarang ialah pendedahan Nik Abduh tentang ujudnya "barua" yang ingin memisahkan corak pemikiran Hadi dan Nik Aziz atau amnya memecahbelahkan PAS untuk kuasa dirampas (?)
Apapun itu belum lagi disahkan ada kebenarannya dan sudah tentu dinafikan oleh pihak yang dilabelkan "barua" sebaliknya yang membuat dakwaan itupun tentunya dilabel "barua" juga.. Umumnya kita kena faham.. di penghujung perselisihan ini...antara mereka akan dipanggil "Barua DAP" dan "Barua UMNO"...
Melentinglah pulak puak dan pecacai UMNO dan DAP...yang akhirnya meneggelamkan isu sebebenar dalam PAS dan di sana pi mai pi mai tanggu lah jugak..
Persaolannya, sebahagian kepimpinan PAS sudah sedar ujudnya situasi ini antara mereka, bagaimana untuk diselesaikan adalah lebih penting kerana penyelesaian bererti mereka akan berpecah dan bertambah lemah !!!
Dalam DAP pun ada dajai, tapi kecik...Lim Guan Eng kentut pun, hilang virus ni..
Dalam UMNO bagaimana !!!
Ohhh...Dalam UMNO boleh kata tak ada langsung..
Kalau ada pun...yang dok suruh Najib berundur !!!???
Sunday, March 1, 2015
Saturday, February 28, 2015
Melayu bimbang tidak pada tempatnya...
Tidak bersatu di bawah panji pemimpin yang liwatTidak bersatu di bawah kepimpinan yang korup
Tidak bersatu di bawah kepimpinan ulama politik yang sesat
Tidak bersatu di bawah kepimpinan anak beranak
Tidak bersatu di bawah pemimpin yang kencing rakyat
Tidak bersatu di bawah pemimpin yang tunduk
Tidak bersatu di bawah pemimpin yang banyak kepentingan peribadi
Rugi ke Melayu kalau tolak pemimpin garet umpama pelacur dan jalang
Parah ke Melayu kalau menjauhkan diri dari pemimpin alat dan kuda tunggangan
Rosak kah Melayu Islam kalau tidak mengikut pemimpin yang merubah kiblat
Melayu tidak derhaka kepada pemimpin yang mengkhianati dan hipokrasi
Pemimpin mana, apabila mereka berselisih telah kembali kepada Al Kitab, Al Quran (?)
Solidariti untuk apa (?) al kocek al saku (?)
Bila, kenapa, di mana Melayu perlu bimbang...
Kita perlu bimbang apabila tidak bersatu menentang kemungkaran...
Kita perlu bimbang apabila pakar-pakat sokong dan bodek ke arah kemudaratan..
pEMIMPIN mENCONGAK sOLIDARITI
8hb Mac..Usaha Solidariti dari Ketua-Ketua Bahagian UMNO kepada Najib...
Majlis Perpaduan Melayu
28 Februari...
Angin tak ada, ribut tak ada.......memang cuaca panas sekarang ni......boleh goyang !!!!!
Sejarah menunjukkan apabila "masa" sudah sampai, memberi tanda turun..... Perancangan Allah lebih baik....doa rakyat lebih termakbul.
Solidariti kepada Anwar juga gagal sama sekali....
Pemimpin yang lemah memerlukan solidariti dari segi kosmetik perhimpunan... Pengaruh dan Pangkat sudah tidak mempunyai kuasa..
Pemimpin yang gagah akan terus bersuara walaupun sudah tidak ada jawatan dan kuasa...

Friday, February 27, 2015
Selepas Harakah, NEXT ?
Tahniah dan sokongan penuh ke atas PM dan Najib kerana mengambil tindakan permulaan undang-undang yang bermaruah dan tegas ke atas Harakah PAS dalam pelaporan ‘Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz’.
‘‘Kita kena saman dan buat permintaan akhbar ini tarik balik apa yang disebut (tulis) kerana dakwaannya adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.
“Mereka pun tak ada menunjukkan bukti saya salah
gunakan kuasa. Jadi saya berhak untuk membela diri saya dan keluarga,”
katanya dalam sidang akhbar selepas majlis peletakan batu asas Hospital
Pakar Minor Sri Aman di sini hari ini.Diharap Najib juga mengambil tindakan yang sama ke atas mana-mana pihak dalam isu 1MDB atau isu-isu lain kerana semuanya itu memang sedang merosakkan imejnya selaku individu peribadi, anak Tun Razak, suami Rosmah, PM dan atau Presiden UMNO.
Selain 1MDB, beban keroskan imej yang besar juga sedang berlaku ke atasnya dalam isu altantuya, jet rasmi yang digunakan secara peribadi yang melibatkan keluarganya, pengurusan kehilangan mistri MH370, pemenjaraan Anwar dan pelbagai lain isu. Tindakan permulaan undang-undang yang sama perlu dibuat.
Jika tidak, semua yang diperkatakan adalah benar belaka.
Semua itu tidak berbaloi sekadar mendiamkan diri atau sekadar menafikan.
Jika tidak, semua yang diperkatakan adalah benar belaka.
Thursday, February 26, 2015
1MDB, FGV, UMNO, Petronas, MPRC (Petroleum Resources Corporation), Media Prima, Utusan Melayu semuanya ok...
Pertama sebab aku sudah tidak melanggannya sejak 7 tahun lalu..itu aku, baru sorang..mungkin beberapa orang lain, ratusan dan mungkin ribuan..
Jika yang tidak melanggan adalah mereka yang sokong pembangkang, itu belum jadi kudis tetapi apabila penyokong UMNO sudah tidak hingin beli..itulah puncanya
Kenapa perlu beli..kalau saban masa dan hari, hanya cerita yang dibaguskan tentang seorang dua pemimpin
...kalau aku kata, akar umbi sudah tutup TV bila pemimpin muncul, ada pula balacinya tanya..aku nampak ke..aduh saolan cepu mas tu !!! Dia sendiri tidak peka rupanya... dia pun lebih kurang Utusan Melayu...
Kalau Utusan Melayu sudah kurang pelanggan kerana mata penanya sudah tumpul,
bererti pemimpin dan parti yang ditatangnya juga akan bermasalah...
Kerugiannya mungkin masih boleh ditampung parti yang disokongnya.... tetapi bagaimana undi untuk menang pilihanraya...bolehkah Utusan Melayu memainkan peranan untuk mempengaruhi seperti masa-masa lalu, kali ini sudah agak lambat sebab pelanggannya sudah benar-benar lari...
Untuk tidak rugi, untuk partinya menang cemerlang di pilihanraya, Utusan Melayu tidak perlu burukkan pembangkang yang sudah sememangnya buruk, tidak perlu fitnah...memadai cantikkan semula UMNO, betulkan yang bengkok, sokong kebenaran.... kalau kepala busuk...lambat laut badan, kaki dan ekor turut busuk...

Wednesday, February 25, 2015
Yang perlu bertanding di DUN CEMPAKA kerajaan atau parti ?
1. Yang perlu bertanding di DUN Cempaka Kelantan, parti atau kerajaan ?
2. Apabila Najib umumkan UMNO tidak bertanding di DUN Cempaka kerana beberapa sebab atas kapasiti PM atau Presiden UMNO ?
Itu dua saolan yang perlu dijawab sebenarnya untuk melihat realiti.
Alasan Najib bahawa untuk penumpuan kepada mangsa banjir, sangat lemah - itu bukan kerja parti, itu kerja kerajaan membantu rakyat, kerajaan bermaksud agensi dan jabatan di bawahnya, tanggungjawab Pegawai
Kerajaan..
Yang akan bantu bukan Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan (?) So, di mana katanya UMNO akan memberi tumpuan di situ ?
Apapula alasan jika tidak bertanding di Permatang Pauh kelak (?)
Alasan yang tepat ialah UMNO tiada peluang untuk memang di situ dan untuk tidak membuang masa, tenaga dan wang ringgit adalah wajar UMNO tidak bertanding - itu statement barulah kata"berani".
Bukankah pilihanraya DUN Cempaka sebenarnya satu pentas yang sesuai untuk Kj heret Shafie bagi menelanjangkan Anwar? Kenapa pula tidak mengambil peluang tersebut...
Sekurang-kurang MB Kelantan lebih faham dengan jelas bahawa PAS sebagai sebuah parti sedia bertanding mempertahankan haknya dan tidak menggunakan alasan Kerajaan Negeri Kelantan ingin menumpu kepada pemulihan mangsa banjir.
Plan B Anwar (?)
Perkembangan semasa tidak dapat dielakkan untuk kita menoleh seketika bila Anwar kononnya tanpa restu telah mohon perutusan pengampunan melalui keluarga yang pritahatin.Analisa meramalkan harapan pengampunan adalah tipis tetapi situasi sebeginilah yang sangat Anwar suka, unsangkarable...lebih dramatik.
Apakah memenjarakan Anwar hanya satu pra-syarat (?)Anwar mempertahankan egonya untuk tidak merasa bersalah atas hukuman liwat dan secara peribadi tidak membuat permohonan? Saiful liwat diri sendiri secara paksa? Anwar akan kekal bersih jika diampunkan, terus layak memegang AP, kekal layak sebagai Ketua Pembangkang, layak juga dilantik sebagai TPM sekaligus PM juga bukan satu yang tidak mungkin..
Apapun inilah kejayaan terbaru untuk Anwar berpotensi diampunkan setelah berjaya menghantar isyarat yang jelas kepada lawannya bahawa dia juga mempunyai 'senjata' yang tidak kurang bisanya untuk didedahkan dan jika tidak ditangani dengan betul, jawatan akan melayang.
Anwar harus berterima kasih kepada Mahathir yang memberi tekanan kepada kerajaan yang membolehkan kerjanya lebih mudah samada melalui perancangan bersama, perancangan sendiri, plan A ataupun plan B.
Teori politik sebegini tidak harus dipandang enteng kerana dalam keadaan terdesak dan tersepit, ada pihak yang sanggup lakukan apa sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KESILAPAN LALU
1️⃣ Ramai orang bercakap tentang emas, tetapi tidak semua memiliki emas sebenar. Ada yang aktif mempromosi, berkongsi ilmu, atau berniaga ...
-
Bonda yang sudah berusia, lagi sakit patutnya Nik Abduh nasihatkan supaya berehat dan lebihkan masa di tikar sembahyang, main dengan cucu² ...
-
Sangat pelik dan terlalu pelik kalau terus langsung dianggap dan dijamin najib selamat dan pasti menang di Pekan (?) Apakah kita menidakan...
-
Perkembangan politik terkini memungkinkan perubahan idola di kalangan pemimpin PAS lebih lebih lagi tuan presideng mereka sendiri ada gay...