Dengan perkembangan isu politik semasa, ketika Tun Dr Mahathir seolah sudah bersedia dengan satu politik marathon dan siap di tangannya ada pisau dan alat pembedahan. Sudah tidak dapat di elakkan lagi, koma dan noktah juga semakin hampir samada Najib perlu berundur atau Mahathir perlu berhenti dan berkompromi serta sedia mengaku kesilapannya.
Adakah sesuatu yang sukar untuk mengatakan Mahathir hentam kromo dalam segala isu yang diperkatakannya termasuk yang terkini, menghampiri peribadi Najib dan keluarganya.
Sikap berdiam diri seperti Paklah menunjukkan itu menjadi kelebihan kepada Mahathir, Najib mengulangi kesilapan tersebut...
Apakah sudah ada petanda Najib akan berundur (?)
Sudahkah ada petanda seorang demi seorang menjauhkan diri darinya (?)
Sudahkah ada petanda seorang demi seorang mula merapati Muhyiddin (?)
Muingkin semua itu terlalu awal tetapi pasti ada penghujungnya...
Dalam ketika isu semakin panas,Kj telah mencuri tumpuan dan menunjukkan kematangannya...ianya lebih sukar buat Najib...
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata
persoalan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dijawab supaya masalah tidak
terus meruncing lagi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 April,
2015.Pelbagai isu yang dibangkitkan bekas perdana menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad perlu segera dijawab Putrajaya bagi mengelak
masalah yang dibangkitkan menjadi lebih meruncing, kata Khairy
Jamaluddin Abu Bakar.
Menteri belia dan sukan itu berkata, pandangan Dr Mahathir sebagai
seorang bekas perdana menteri tidak boleh diabaikan kerana isu yang
dibangkitkan adalah isu yang mendapat perhatian ramai.
"Sebagai seorang bekas perdana menteri, kita harus mendengar dan
menghayati apa yang ditulis beliau. Bagi saya, kita tidak boleh buat
tidak tahu saja apa yang dibangkitkan Dr Mahathir.
"Buat tidak tahu bukan pilihan. Kita tidak boleh cuba buat tidak
tahu. Kalau kita buat tidak tahu masalah ini akan menjadi lebih teruk
lagi.
"Kita perlu selesaikan masalah itu. Apa yang Dr Mahathir bangkitkan kita
perlu jawab walaupun kita rasa jawapan sudah diberikan, kena jawab
lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Universiti Teknologi
Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Khairy berkata sama ada isu syarikat pelaburan strategik 1Malaysia
Development Berhad (1MDB), pembelian jet kerajaan atau dakwaan pembunuh
warga Mongolia Altantuya Sharibuu, Putrajaya perlu bersedia menjawabnya.
Katanya, apa yang dimahukan Dr Mahathir ialah semua persoalan dijawab
Najib sendiri supaya lebih berkesan.
"Saya fikir itu yang Dr Mahathir mahu. Kita boleh buat penjelasan tetapi
pada pandangan saya, yang paling berkesan apabila perdana menteri
sendiri memberi penjelasan tersebut," katanya.
Dr Mahathir pada Khamis menyenaraikan pelbagai tuduhan terhadap Najib
selama ini, dan mengatakan tiada satu pun antaranya dijawab sempurna.
Katanya, ia termasuk pembunuhan Altantuya dan dakwaan oleh salah seorang
yang disabitkan, bekas komando Sirul Azhar Umar, iaitu bekas pengawal
peribadi Najib.